Tiada Lagi #Jelena? Justin Bieber Dilapor Bertunang Dengan Hailey Baldwin

Share

 

Wow, cepatnya.

 

Walaupun kita selalu mendengar cerita mengenai hubungan on-off Justin Bieber dan Selena Gomez, hakikatnya hubungan di antara Justin dan Hailey Baldwin sebenarnya telah bermula lebih lama daripada kisah #Jelena.

Justin dan Hailey (#Jailey?) telah saling mengenali sejak kecil lagi dan selama ini, mereka kekal sebagai sahabat karib. Malah, harapan fans untuk melihat mereka mula bersama secara romantik menjadi kenyataan satu ketika dulu. Walaupun sekejap, tetapi amat diingati oleh peminat pop culture

.

Hailey sendiri mengakui bukan mudah untuk menjadi kekasih kepada bintang pop sebesar Justin, dan tak lama kemudian mereka berpisah. Bagaimanapun, selepas Justin berpisah (SEMULA) dengan Selena Gomez for good pada awal tahun ini, Justin dan Hailey nampaknya cuba untuk kembali semula.

And while at that, mereka kini dikatakan telah bertunang!

 

 

Berita yang disampaikan oleh 2 wanita kepada TMZ ketika berada di sebuah restoran di Bahamas hujung minggu lalu seakan mengiyakan khabar angin ini. Justin dilaporkan menghentikan muzik salsa di restoran tersebut supaya dia dapat melutut dan melamar kepada Hailey di hadapan semua orang.

Oh, sebelum ini, pihak sekuriti penyanyi berusia 24 tahun itu telah memastikan semua orang di sekeliling untuk meletakkan telefon pintar mereka. Duh, of course!

Walaupun masih tiada kenyataan rasmi oleh pihak Justin mahupun Hailey, ibu-bapa kepada Justin nampak seakan memberi hint kepada berita gembira ini. Jeremy Bieber memuat naik foto Instagram Justin di hadapan pancaran matahari terbenam dengan caption, “Excited for the next chapter!”, sementara ibunya Pattie Mallette meluahkan rasa gembira di Twitter.

 

Instagram

 

Twitter

 

BACA : Perlu Ke Delete Foto Bersama Lelaki Lain Selepas Ada BF? Hailey Baldwin Rasakan Ya!

Jika berita ini benar, pertunangan Justin-Hailey masih terasa berlaku dengan terlalu cepat, apatah lagi masing-masing masih segar dengan gosip bersama pasangan lain sebelum ini.

On the other hand, mereka berdua telah mengenali diri masing-masing sejak bayi lagi.

 

 

P.S : Nampaknya, terpaksalah kita refresh akaun Instagram Hailey Baldwin bagi menantikan kenyataan rasmi dari model tersebut!

 

Published by
FZ