Negara kita sebenarnya antara yang menyediakan fasiliti terbaik dan buktinya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) pernah dipilih sebagai antara lapangan terbang terbaik dunia dalam kategori masing-masing bagi tahun 2021 dalam kaji selidik global Airport Service Quality (ASQ) yang dijalankan oleh Airports Council International (ACI).
ARTIKEL BERKAITAN : KLIA Terus Jatuh Pada Kedudukan Ke-63 Sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Terbaik Dunia
Terbaharu, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sekali lagi membuat perubahan apabila mengumumkan KLIA kini dikenali sebagai Terminal 1, manakala KLIA2 pula dikenali sebagai Terminal 2.
Dalam kenyataan Februari lalu, Pengarah Urusan MAHB Datuk Iskandar Mizal Mahmood menyatakan penjenamaan semula itu membolehkan pihaknya memasarkan perkhidmatan lapangan terbang dengan lebih berkesan sekali gus mengukuhkan kedudukan Lapangan Terbang Antarabangsa KL sebagai hab serantau.
MAHB juga mengumumkan bahawa ia telah mendapat kelulusan secara prinsip daripada kerajaan mengenai syarat material Perjanjian Operasi (OA 2023) untuk mengendalikan, mengurus, menyelenggara dan membangunkan 39 lapangan terbang dan STOLports di seluruh negara sehingga 2069.
Untuk info, pada awal Februari lalu Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengumumkan pihak mereka senang mendapatkan kelulusan pihak kerajaan untuk menjenamakan semula KLIA dan KLIA2 di Sepang.
SUMBER :FB Malaysia Airports
BACA LAGI: SPM 2022: Subjek Sejarah Catat Peningkatan Prestasi Terbaik, Pendidikan Moral Catat Penurunan
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.