Tiada Lagi Logo Merdeka ‘Crop & Paste’, Netizen Diajak Masuk Pertandingan

Share

 

Ingat lagi rasa tidak puas hati semua orang terhadap logo Hari Kemerdekaan tahun lalu?

 

Selepas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia melancarkan logo rasmi Hari Kemerdekaan ke 60 dengan tema ‘Sehati Sejiwa’ pada tahun lalu, netizen tak teragak-agak untuk mengkritik rekaan logo tersebut yang dikatakan semudah ‘crop dan paste’ menggunakan feature

Paint.

 

 

Nampaknya tahun ini, kementerian yang sama akan menggunakan  pendekatan berbeza untuk mencipta logo Hari Kemerdekaan.

Mereka mengajak netizen untuk menyertai pertandingan mencipta logo Hari Kemerdekaan dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku’.

Logo yang terpilih akan digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan datang. How cool is that!

 

Facebook

 

Korang yang berminat dan berbakat besar dalam penciptaan logo bolehlah menghantar penyertaan melalui Facebook Malaysia 360

atau ke laman web malaysiamerdeka.my

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 Julai 2018. So bagi kaki kritik logo tahun lepas tu, apa lagi? Tunjukkan kreativiti korang pula.

 

Published by
FZ