“Aku park tadi di mana eh….?”
Haha, mesti ramaikan keliru parking dekat mana terutama di pusat beli belah yang luas dan besar. Paling ketara hal lupa parking ni biasanya melibatkan gadis-gadis yang keliru di level berapa mereka letakkan kenderaan. Masa tu gerenti gelabah dan penat sebab pusing banyak kali.
ARTIKEL BERKAITAN : Kalau Selalu Lupa Park Kereta, Aplikasi Ini Akan Senangkan Kerja Korang
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini di mana sebuah keluarga sedang mencari kereta mereka selepas pulang daripada melancong.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @natazsyah.roslan, seorang wanita akui kagum melihat alat mengesan parkir kenderaan di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).
@natazsyah.roslankakak je ke baru tau kewujudan benda ni?🤣🤣♬ original sound – Faeez Cikelon
Seperti yang dapat dilihat, pengguna hanya perlu menaip nombor plat kenderaan lalu skrin akan memaparkan kedudukan kenderaan.
Bukan itu sahaja, alat tersebut juga turut menunjukkan tingkat dan lokasi dengan terperinci di mana tempat sebenar kenderaan itu berada.
Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai. Rata-rata warga maya turut teruja melihat kecanggihan sistem berkenaan. Malah ramai yang berharap teknologi itu turut diguna pakai di semua pusat membeli belah agar mudah untuk mengesan parkir kereta.
BACA LAGI : Canggih! Tiada Lagi ‘Drama’ ‘Double-Parking’ Di China, Guna Robot Alih Kereta
Sumber & Foto : TikTok @natazsyah.roslan
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.