Mulai 1 April 2022, umat Islam di Selangor sudah dibenarkan menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau tanpa penjarakan fizikal. Hal ini telah diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, ketetapan tersebut dibuat dalam rundingan baginda bersama Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor dan Timbalan Mufti Selangor.
Rundingan turut diadakan bersama Pengarah Kesihatan Negeri Selangor dan beberapa orang Ahli Dewan di Raja Selangor. Baginda berkenan membuat penelitian dan memperhalusi beberapa perkara penting terutama langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan mendalam akibat jangkitan Covid-19 dan memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara serta masjid, surau dan musolla terus berfungsi sebagai pusat ibadah bagi umat Islam di Selangor.
Bagi individu yang berusia di bawah 18 tahun dan telah lengkap menerima dua dos vaksin sahaja dibenarkan hadir ke masjid, surau dan musolla. Individu yang hadir ke masjid, surau dan musolla dikehendaki membawa sejadah sendiri dan sentiasa memakai pelitup muka.
Ads
Walau bagaimanapun, Selangor masih bimbang kerana penularan wabak Covid-19 masih tinggi di negeri itu dan oleh yang demikian, baginda menasihati rakyat negeri Selangor agar tetap berhati-hati dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta mengikuti semua arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Satu ketetapan secara lebih terperinci mengenai perkara ini untuk dikuatkuasakan pada 1 April dikeluarkan oleh JAIS kepada pentadbir masjid, surau dan musolla seluruh negeri Selangor dalam masa terdekat.
Ads
Alhamdulillah, akhirnya umat Islam di Selangor dapat menyambut Ramadan ini seperti biasa dengan solat berjemaah tanpa perlu penjarakan sosial lagi. Semoga Ramadan kali ini disambut lebih bermakna bagi seluruh masyarakat Islam seluruh dunia.
**
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bak kata orang kalau tak jadi kaya baik jangan jadi artis. Itulah hakikat yang dialami oleh banyak K-pop idol yang kini mampu menjana pendapatan tinggi bukan sahaja menerusi karier muzik tetapi pelbagai cabang bidang seperti penajaan, duta produk dan juga perniagaan.
Jadi tidak hairanlah semakin hari semakin ramai K-pop idol yang bergelar jutawan. Apatah lagi nilai komersial mereka kini telah berkembang dengan pesat di peringkat global.
Antara K-pop idol yang sering dijadikan isnpirasi di atas kejayaannya menjadi jutawan ialah bekas ahli TVXQ iaitu Kim Jaejoong. Menurut sebuah artikel daripada penerbitan Jepun iaitu Kban melaporkan Kim Jaejoong memiliki kekayaan yang bernilai lebih USD100 juta (RM419 juta).
Nak tahu apakah aset yang dimiliki oleh Kim Jaejoong? Jom check out di bawah!
1. Pendapatan Hartanah
Memiliki sebuah kondominium mewah berukuran 300 meter persegi bernilai USD2.5 juta di Samsung-dong. Dia menyewakan kediaman tersebut dengan nilai bulanan USD4900.
2. Memiliki Bangunan
Pada tahu 2014, Kim Jaejoong membeli sebuah bangunan iaitu J-Line Building dengan harga USD7 juta di Seocho-dong. Menjanan pendapatan tinggi selepas menyewakan kesemua unit di dalam bangunan tersebut.
3. Kediaman Mewah
Minatnya dalam bidang hartanah menyaksikan Kim Jaejoong turut membeli sebuah kediaman mewah dengan harga USD2 juta di Seongsu-dong. Dilaporkan nilai hartanah tersebut telah meningkat dua kali ganda.
4. Cafe
Turut menceburi perniagaan dalam food and beverages. Cafe J-Holic yang dimilikinya telah dibuka di Samsung-dong dan kini sentiasa dipenuhi peminatnya dan penggemar kopi.
Antara industri yang sentiasa berkait rapat dengan selebriti di Korea ialah kelab malam. Tidak terkecuali Kim Jaejoong yang memiliki sebuah kelab malam diberi nama Holic-J Bar yang terletak di kawasan mewah, Gangnam.
6. Coffee Cojjee
Demi memenuhi permintaan kopi premium, Kim Jaejoong membuka sebuah resotran khusus untuk kopi iaitu Coffee Cojjee yang terletak di Samsung-dong.
7. Restoran
Kim Jaejoong bersama rakan niaganya Park Yoochun membuka sebuah restoran masakan Jepun, Bum’s Story di Gangnam.
8. Shopping Mall
Kim Jaejoong turut bergelar sebagai CEO di KAVE Mall yang terletak di Shibuya, Jepun. Dia juga merupakan pemilik kepada tingkat 3 dan 4 gudang membeli belah tersebut dengan kadar sewaan USD40 ribu per unit.
9. Fesyen
Dia juga merupakan CEO kepada jenama fesyen MOLDIR, sebuah gedung pakaian mewah yang terletak di Cheongdam-dong.
Antara aset lain yang dimiliki olehnya ialah kereta Lamborghini Murcielagi L-P640 (USD520 ribu), Bentley Continental (USD300 ribu), Mitsuoka Himiko (USD115 ribu) dan Audi R8 (USD240 ribu).
Sumber: Allkpop
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pembikinan dokumentari 'Locked Up in Malaysia's Lockdown' yang disiarkan oleh stesen tv Al Jazeera telah memburukkan nama Malaysia di arena antarabangsa. Fakta yang kurang tepat serta cubaan memburukkan negara mengenai layanan terhadap warga asing ketika situasi pandemic COVID-19 bukan saja membuatkan seluruh rakyat Malaysia bangkit marah malah pihak kerajaan juga menuntut Al Jazeera mengemukakan bukti kukuh dan meminta maaf.
Ramai pihak melihat Al Jazeera mempunyai kepentingan tertentu kerana melaporkan berita tidak tepat sedangkan negara sudah memberikan 101 peratus demi menyelamatkan nyawa pendatang tanpa izin yang telah dijangkiti.
Terkini, di sebalik isu Al Jazeera tengah panas, seorang Pegawai Penerangan Malaysia, atas nama Anna Amdan di fbnya telah berkongsi kisah di sebalik pembikinan dokumentari tersebut. Malah beliau turut berkongsi call card penyampai yang juga wartawan kanan 101 East Al Jazeera English Program, Steve Chao yang dalam perkongsian di fbnya malam tadi.
Rupanya memang ada isu kerana Al Jazeera “berlakon” termasuk menyuruh krewnya berlakon menjadi Pati dan juga pesakit ketika pembikinan dokumentari itu dilakukan.
Pergh, memang panas. Ternyata Al Jazeera tiada kredibiliti dalam menyampaikan maklumat benar, seolah-olah ada udang di sebalik mi mengenai pembikinan dokumtari ini. So korang bacalah sendiri perkongsian pegawai penerangan ini.
Baca perkongsian ditulisnya.
Harap kali ini AlJazeera bertemu buku dengan ruas!!!. Allahu Akhbar!
Bukan kali pertama membuat onar memburukkan nama negara kita.
Macam mamat hensem Steve Chao ni konon buat dokumentari nak tunjuk perkhidmatan kesihatan kita yang prihatin tanpa mengira bangsa, kaum, warganegara. Beriya-iyelah kita membuat persiapan membantu proses pengambaran, bukannya susah pun memang setiap hari doktor-doktor kita merawat warga asing, legal ke illegal ke stateless ke semua ada.
Yang utama adalah 'meneyelamatkan nyawa'!. Tuh belum lagi yang cerita doktor dengan nurse kat wad pungut duit belikan tiket kapal terbang, eh macam-macamlah kita buat bantu mereka ni.
Kalau dekat negara mereka? Ada duit? Ada insurans? Itu yang doktor tanya dulu baru rawat. Kita? Rawat dulu!!! Rupanya lain yang dirakam lain yang dikata. Mereka kata kita tidak memberikan rawatan kepada warga asing.
Siap pulak tiba-tiba dalam dokumentari tu ada pesakit di wad duduk atas katil yang sebenarnya pelajar intern orang Sarawak yang merupakan salah seorang krew mereka yang kononnya pesakit warga asing yang kita tidak rawat sewajarnya.
Memang hati rasa tak sedap masa terima permohonan mereka tapi sebab ada lampiran surat kelulusan DG waktu itu maka kita pertimbangkanlah.
Bukan setakat perkhidmatan kesihatan khususnya HKL sahaja yang KENA tetapi pihak Imigresen juga ditipu hidup-hidup oleh spesis ini. Mereka masuk ke pusat tahanan kalau tak silap area Negeri Sembilan, kononnya nak buat CSR yang diketuai oleh seorang paderi.
Rupanya paderi olok-olok tu pakai kamera kecil yang diletakkan dalam jubahnya. Memanglah pusat tahanan kita bukan macam hotel 5 bintang, tapi makan 5-6kali free sehari tu apa citer.
Sambil memberi goodies mereka berlakon, ada sahaja krew mereka yang tiba-tiba menjadi orang tahanan jadi-jadian. Samalah seperti di wad dahulu tu. Patutlah bila aku selidik macam-macam pasal krew jadi-jadian tu mereka tak berapa nak layan. Rupanya ada udang di sebalik mee goreng mamak.
Berombonganlah selepas itu, aku, wakil imigresen, Wisma Putra, entah mana lagi agensi terlibat dipanggil oleh MKN gara-gara mamat AlJazeera hensem. Berkajanglah pulak nak membuat report.
Akhir kalam don't judge the book by it's cover hehehe. Kredit sumber : FB Anna Amdan
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kekurangan bukan halangan untuk berjaya. Inilah dibuktikan oleh seorang pelajar yang mengalami masalah penglihatan dan buta mata kanan akibat penyakit glaukoma antara yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang diumumkan, hari ini.
SINAR HARIAN negeri Terengganu melaporkan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Abang, Dungun, Ahmad Shahir Safwan Ahmaf Sabri, 18, mendapat 5A termasuk satu A+ bagi subjek Pendidikan Syariah Islamiah.
Keputusan cemerlang yang dicapai itu membolehkan dia tersenarai sebagai Calon Berkeperluan Khas (CBK) terbaik Terengganu.
Anak kepada pasangan pengawal keselamatan dan guru itu berkata, dia mengalami kerosakan saraf optik pada mata sebelah kanan manakala mata sebelah kiri cuma boleh berfungsi 20 peratus.
“Saya disahkan menghidapi glaukoma sejak dua tahun lalu ketika di tingkatan tiga. Pada mulanya, saya banyak rahsiakan keadaan diri daripada pengetahuan ibu bapa saya sebab tak nak mereka susah hati.
“Sehinggalah satu ketika memang saya dah tak boleh melihat langsung. Ibu bapa saya bawa ke hospital untuk pemeriksaan dan disahkan menghidap penyakit itu,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman SPM 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek, di sini.
Pelajar kudung tangan sebak dinobat pelajar terbaik
Seorang lagi calon berkeperluan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2, Kota Bharu tidak dapat menahan sebak apabila diumumkan pelajar terbaik SPM sekolah.
Muhammad Rizdwan Roslan, 18, yang kudung tangan kiri berkata, dia tidak menyangka akan memperoleh keputusan 9A dan 1B dalam SPM memandangkan dia hanya mendapat 6A ketika peperiksaan percubaan lalu.
Menurutnya, dia berhasrat untuk melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang kejuruteraan.
“Walaupun tangan saya kudung sejak lahir, saya tidak mahu meletakkannya sebagai penghalang untuk mengejar cita-cita sebagai seorang jurutera.
“Saya mahu cipta pelbagai mesin yang boleh memudahkan tugas harian kita dan mencipta sejarah calon OKU juga mampu berjaya seperti pelajar normal lain,” katanya.
Anak sulung dari empat beradik ini berkata, dia mahu menjadi contoh kepada adik-beradiknya dan kebanggaan kepada ibu bapanya yang bekerja di Jabatan Meteorologi Malaysia Kelantan.
Drama Korea jadi pembakar semangat untuk berjaya
Teruja melihat kehebatan doktor dalam drama Korea Selatan memberi ilham dan semangat kepada pelajar cemerlang SPM 9A SMK Puncak Alam, untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan.
Muhammad Afwan Syahmi Md Adnan, 18 yang juga anak ketiga dari empat beradik itu yang cukup meminati drama Korea dan rancangan masakan itu berkata, dia mempunyai kaedah menelaah pelajaran sendiri apabila membuat latihan di depan televisyen.
“Saya memang ‘study’ sambil tengok TV sebab itu saja cara untuk saya fokus tak suka suasana senyap-senyap ni. Kena ada suara atau bunyi-bunyi dari TV barulah boleh buat latihan.
“Saya juga memang minat subjek Sains dan suka tengok drama doktor hebat buat rawatan dan tolong selamatkan orang. Jadi dari situ saya mahu jadi seorang doktor yang berjaya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian Negeri Selangor.
Muhammad Afwan Syahmi turut menjadikan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha sebagai role model untuk berjaya.
“Saya mahu jadi sepertinya dan mahu jadi yang lebih baik dari abang dan kakak saya yang juga berjaya melanjutkan pelajaran di universiti dalam bidang masing-masing.
“Nak berjaya satu saja rahsianya, niat kita nak belajar hanya kerana ALLAH. Kena juga hormat cikgu dan rajin buat latihan selain tuisyen sebab saya ni jenis suka belajar,” katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pempengaruh dan personaliti media sosial terkenal, Khaby Lame meluahkan rasa syukur mendalam dengan kejayaan dan kekuatan yang dimilikinya sekarang ini.Menerusi perkongsian terbaru...