Tiada Lagi Skirt Ketat Dan Kasut Tumit Tinggi. Syarikat Penerbangan Tambang Murah Ukraine Tampil Dengan Uniform Lebih Selesa

Share

Kalau kita membayangkan uniform seorang pramugari, semestinya rekaan baju yang ketat dan skirt pendek sudah sinonim. Di negara kita, Malaysia Airlines kekal dengan rekaan kebaya pendek dipadankan bersama sarung labuh berbelah di hadapan manakala AirAsia dengan kot dan skirt pendek rona merah menyala. Sepatu bertumit tinggi pula melengkapkan gaya keseluruhan uniform.

Mengambil pendekatan berbeza, baru-baru ini SkyUp yang merupakan sebuah syarikat penerbangan tambang murah Ukraine telah mentransformasikan uniform rasmi pramugarinya kepada stail yang lebih selesa dan sopan.

Uniform lama SkyUp

.

Dari pemakaian skirt pendek dan blazer sendat, pengurusan penerbangan ini terlah menukar uniform pramugarinya kepada penggayaan stail pantsuit yang merangkumi blazer longgar, seluar panjang longgar dan kasut Nike Air rona putih untuk keselesaan maksimum.

Uniform baru yang lebih moden dan selesa.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook, SkyUp menjelaskan, “Kerjaya pramugari sudah diwujudkan hampir serratus tahun dahulu. Sepanjang masa ini, banyak perkara telah berubah dan paling penting sekali, wanita juga sudah berubah. Kerjaya ini memerlukan visi yang baharu berserta dengan perubahan besar yang jelas. Dan sekarang kami memulakan perubahan tersebut.”

Uniform pantsuit berona jingga itu dihasilkan oleh jenama fesyen terkenal Ukraine, GUDU akan dipadankan dengan aksesori skaf berona biru dari jenama GUNIA PROJECT. Kebiasaannya skaf akan dililit di leher, namun dalam tatagaya pemakaian baharu, skaf tersebut dipinkan di bahu kanan.


.

Protokol penampilan juga menjalani perubahan ketara. Jika sebelum ini pramugari perlu mengikat sanggul rambut mereka. Kini mereka boleh melepaskan rambut tanpa diikat dan hanya perlu didandan ringkas dengan gaya loose wave

. Untuk solekan pula gaya semulajadi masih disarankan namun mereka dibenarkan untuk bereksperimen dengan rona jingga dan biru untuk solekan mata.

It is such a breath of a fresh air! Menarik dan penampilan pramugari juga nampak moden. Paling penting keselesaan yang terjamin.

Sumber & Gambar: Facebook SkyUp

Published by
Fiezreen