Foto Via The Star

Aplikasi MySejahtera memang sangat membantu bagi mengenalpasti titik penyebaran COVID-19 serta langkah pencegahan untuk mengawalnya di lokasi tersebut dengan lebih efisen. Malah, beberapa perubahan telah pun dibuat sebelum ini bagi menambah baik aplikasi ini.

Jika sebelum ini Kiosk Bantuan MySejahtera dilancarkan dalam bentuk fizikal buat penduduk sekitar Lembah Klang.

ARTIKEL BERKAITAN : Aplikasi MySejahtera Ditambah Baik, Kini Ada Kiosk Bantuan

Terkini aplikasi ini sekali lagi diupdate, tiada lagi perubahan status di aplikasi MySejahtera sekiranya orang ramai dikesan sebagai kontak kasual (kuning) kepada kes positif COVID-19.

Tiada Lagi Status Kontak Kasual Warna Kuning. Ini Update Terbaru Aplikasi MySejahtera
Foto via twitter KJ

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di laman Twitter beliau berkata sebaliknya individu berkenaan hanya akan menerima notifikasi memaklumkan mereka adalah kontak kasual.

 

Ads

“Sebelum ini apabila MySJ trace/check-in mengesan anda sebagai kontak kasual kes positif, status di MySJ akan bertukar kepada kontak kasual (kuning).

“Kini tiada lagi perubahan status. Tetapi anda akan menerima notifikasi. Jika bergejala, asingkan diri dan lakukan ujian kendiri,” katanya.

Khairy turut memuat naik poster mengenai langkah meningkatkan penilaian kendiri Covid-19 Kementerian Kesihatan: Tingkatkan Penilaian Kendiri Covid-19 merangkumi lima peringkat iaitu Test; Report; Isolate; Inform; dan Seek.

Ads
Tiada Lagi Status Kontak Kasual Warna Kuning. Ini Update Terbaru Aplikasi MySejahtera
Foto Via Twitter KJ

Bagi Test, orang ramai digesa segera melakukan ujian saringan Covid-19 secara kendiri sekiranya mengalami simptom jangkitan seperti selesema, demam, batuk dan lain-lain.

Manakala bagi Report pula, orang ramai digesa melaporkan keputusan saringan secepat mungkin di aplikasi MySejahtera, dan untuk Isolate, mereka yang positif perlu melakukan pengasingan kendiri dengan segera, berdisiplin, selain mematuhi perintah Kementerian Kesihatan (KKM).

Bagi Inform pula, orang ramai perlu segera memaklumkan kepada kontak rapat sekiranya ujian Covid-19 didapati positif, dan kepada pihak berwajib berhampiran sekiranya kesihatan diri semakin merosot ketika menjalani kuarantin kendiri.

Sementara Seek pula, pesakit perlu mendapatkan rawatan segera di pusat-pusat perubatan atau CAC berhampiran jika mengalami gejala berat seperti kesukaran bernafas dan suhu badan yang tinggi.

Ads

BACA LAGI : Tak Perlu Lagi Kuarantin Jika Kontak Rapat, Mulai 1 Mac Tapi Pastikan…

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : Twitter KJ/ Berita Harian

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI