Perhatian kepada seluruh rakyat Malaysia, ProtectHealth Corporation mengumumkan bahawa suntikan bagi dos penggalak kini tidak lagi dibenarkan secara walk-in di luar kawasan PPV.
ARTIKEL BERKAITAN : Jika Tidak Ambil Dos Penggalak, Status Vaksinasi Bertukar Tidak Lengkap Selepas Februari Depan
Untuk info, suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 ini diberikan kepada masyarakat bagi meningkatkan kembali kadar imuniti rendah selepas keberkesanan vaksin semakin menurun. Dos penggalak dikatakan boleh menjadi benteng ketahanan imuniti badan daripada risiko jangkitan dan penularan COVID-19.
Keputusan itu dibuat setelah melihat keadaan sepanjang minggu lepas, suasana sesak dan orang ramai kelihatan beratur panjang untuk menunggu di beberapa pusat vaksin walk-in di kawasan sekitar Lembah Klang.
Hal ini takut akan mengundang peningkatan kes Covid-19 akibat orang ramai datang beramai-ramai untuk mendapatkan suntikan penggalak ini.
Oleh hal yang demikian, ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) menyarankan orang ramai untuk menunggu tarikh temu janji yang ditetapkan di aplikasi MySejahtera.
Sebelum ini, Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata status vaksinasi individu yang sebelum ini telah menerima dos lengkap vaksin Sinovac serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas akan ditukarkan menjadi tidak lengkap sekiranya tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas Februari tahun depan.
Sabar okay buat korang yang belum dapat tarikh tu!
BACA LAGI : Sela Masa Dos Penggalak Pfizer & AstraZeneca Disingkatkan Kepada 3 Bulan
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: The Star