Demi menghormati dunia yang sedang ‘berperang’ dengan wabak Covid-11, tahun ini tiada sambutan April Fool akan dilakukan oleh Google.
Google yang merupakan sebuah syarikat teknologi multinasional Amerika Syarikat setiap tahun akan hadir dengan idea lawak jenaka kreatif pada hari ‘April Fool’ yang akan jatuh pada tarikh 1 April setiap tahun. Google sebelum ini yang sering hadir dengan sejumlah lawak jenaka berbeza mengikut produk dan negara – yang sering mencuit hati ramai pengguna seluruh dunia.
Namun, untuk tahun 2020 ini, Google dilihat membatalkan hasrat berkenaan. Melalui emel yang dikongsikan kepada Business Insider, Google dikatakan mengatakan supaya membatalkan perkongsian lawak jenaka untuk 1 April tahun ini, dan mungkin hadir dengan lawak seperti biasa pada tahun akan datang. Google dilihat mengambil langkah ini dalam menghormati semua orang yang kini “berperang” dengan Covid-19.
Buat masa ini, tidak diketahui lagi sama ada syarikat teknologi lain akan meneruskan lawak jenaka mereka, atau turut mengambil langkah untuk membatalkannya untuk tahun 2020 ini.
Bagus langkah yang dilakukan oleh syarikat Google ni, yelah dalam keadaan dunia dalam kesedihan, tak kan kita nak buat lawak April fool pula kan…
SUMBER RUJUKAN: BUSINESS INSIDER