“Tiada Masalah Untuk Amalkan DIY Skincare, Cuma Kena..” Netizen Kongsi Tip Berguna

Share

Isi Kandungan

Toggle

Setelah satu perkongsian daripada REMAJA semalam berkenaan penggunaan DIY skincare pada wajah, ramai pembaca yang berkongsi tip yang mereka amalkan sendiri.

Walaupun DIY skincare mempunyai risiko seperti yang dikatakan oleh Doktor Norbaizura, namun jika dilakukan dengan cara yang betul, tak mustahil masalah kulit wajah boleh diatasi.

TIP 01

Instagram:dindadelisha

Jangan pakai hari-hari, paling kerap adalah untuk memakai seminggu sekali atau dua kali. Jika terlalu kerap, kulit akan mudah bertambah kasar dan menggerutu.

TIP 02

Instagram:  diniemzln

Ketahui dulu masalah kulit wajah yang korang hadapi. Ini agar korang boleh bezakan bahan apa yang boleh dipilih. Tak semua sayur dan buah di luar sana itu berkesan untuk semua jenis masalah. Kalau tersilap pilih, takut kulit bertambah rengsa pula kerana ia tak sesuai dengan masalah korang.

Contohnya, jika korang nak hilang kulit jeragat, korang boleh campurkan madu dan kulit pisang. Madu diketahui ramai elok untuk menghilangkan kesan jerawat pada wajah.

TIP 03

Instagram: atikaazman

Fokus kepada hanya satu atau dua bahan saja bergantung kepada masalah kulit yang korang nak atasi.  Elakkan campuran bahan yang terlalu banyak kerana tidak semuanya boleh dicampur aduk.

Seperkara lagi, pastikan bahan tersebut adalah asli dan bersih.

* * * * *

Apa pun, seperti yang kami katakan pada artikel terdahulu, lebih baik jika pengamal DIY skincare ini merujuk kepada pakar dahulu sebelum mencuba. Kalau makin teruk kondisi kulit, kan dah susah.

Published by
FZ