Satu-persatu bekas peserta pertandingan nyanyian Big Stage telahpun berganjak dari alam bujang ke perkahwinan biarpun masih berada di usia muda.
Terbaru, penyanyi Sakit Hati iaitu Syafiq Farhain telah mendedahkan bahawa dirinya kini telahpun bergelar seorang suami selepas desas-desus bertiup kencang dalam kalangan peminatnya yang percaya dirinya sudah berpunya.
Syafiq, 28 yang ditemui di majlis berbuka puasa ajurag syarikat pengurusannya, MVM dan Rusa Music berkata dirinya tiada niat pun untuk merahsiakan pernikahan mereka. Namun atas dasar selesa untuk tidak berbicara secara berlebihan mengenai perihal peribadi, Syafiq memilih untuk berdiam diri selama ini dan enggan mendedahkan tarikh pernikahannya.
“Saya tidak mahu merahsiakan dan tidak juga menghebahkan. Bila saya mendirikan rumah tangga dan sebagainya, tidak perlu diperbesarkan.
“Jika ada datang berjumpa dan bertanya sama ada saya sudah berkahwin saya pasti menjawab (sudah berkahwin) dengan jujur.
“Saya berkahwin dengan gadis pilihan yang juga sekampung dengan saya iaitu Terengganu. Senang hendak pulang beraya nanti. Kami berkenalan pun sudah lama sebelum saya bergelar artis lagi. InsyaAllah, majlis resepsi juga dalam perancangan,” ulas anak kepada penyanyi lagenda, Saleem itu.
Syafiq, 28 dalam pada itu menidakkan tindakan tidak menghebahkan berita pernikahan adalah disebabkan enggan ‘saham’-nya jatuh selepas ini. Namun, Syafiq sudah bersedia sekiranya ia akan sedikit-sebanyak memberikan impak terhadap kerjaya.
“Awalnya, saya merancang hendak umumkan berita pernikahan dalam satu majlis. Tetapi nampaknya ia terlebih dahulu berjaya dihidu media. Saya berharap agar semua pihak mendoakan yang baik-baik buat kami sekeluarga,” pinta Syafiq.
Tahniah kami ucapkan kepada Syafiq Fahain dan isteri!
ARTIKEL BERKAITAN : “Cantik! Ingatkan Foreigner..” Peminat Kirim Ucapan Tahniah Usai Usop Tamat Zaman Bujang – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.