Malang tak berbau apabila sebuah pesawat peribadi yang masih tidak dikenalpasti identitinya dilaporkan jatuh terhempas di Elmina, Shah Alam sebentar tadi.
Kejadian yang berlaku secara tiba-tiba itu disahkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (Selangor) dan buat masa kini operasi menyelamat sedang dijalankan.
Tiada pengesahan mengenai saiz atau jenis pesawat dan kemalangan jiwa buat masa ini.
Turut dilaporkan, lokasi nahas terletak berhampiran Jambatan Pelangi Elmina iaitu sekitar 4.87km dari Lapangan Terbang Subang.
Ada pihak turut mendakwa seorang penunggang motosikal berkemungkinan maut dek kerana kapal berkenaan jatuh ke atasnya.
Buat masa kini, semua jalan ke Elmina West ditutup untuk memberi peluang kepada para petugas untuk melaksanakan pembersihan jalan.
Menjenguk ke ruangan komen di media sosial, majoriti netizen jelas terkejut dengan berita malang ini.
“Allahu, semoga segala urusan dipermudahkan,” komen netizen.
“Abang rider yang terlibat sempat bangun jalan dengan badan terbakar nak selamatkan diri namun nyawa tak panjang,” komen simpati seorang warganet yang turut menjadi saksi kejadian.
“I’m shaking, betul-betul depan rumah,” komen warganet lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Sinar, Berita Harian