Tiada Sejarah Perjalanan & Tidak Berdekatan Kontak Covid-19, Malaysia Catat Kes Pertama Sporadic

Share

Sejak semalam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak corona virus atau disebut Covid-19 berubah ke status pandemik. Bermaksud berlaku peningkatan berganda kes dalam tempoh terdekat.

Malah Pandemik membawa erti kejadian  wabak besar-besaran ke seluruh dunia. Ia merentasi  wilayah dan melibatkan populasi yang besar. Kebiasaannya melibatkan jangkitan penyakit baru (Novel). Ciri Pandemik adalah melibatkan kadar serangan yang tinggi dalam masa yang singkat. Ia melibatkan sebaran yang pantas dan menyebabkan kadar kematian yang tinggi.

Malah sebelah petang hari yang sama, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang akhbar menjelaskan  berlaku kes Sporadic pertama di Malaysia melibatkan seorang pesakit.

Menurut Datuk Dr Noor Hisham, kes itu dikesan selepas kementerian menjalankan pengawasan terhadap 600 sampel diambil daripada individu mempunyai gejala influenza (ILI) dan jangkitan pernafasan akut teruk (SARI).

“Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca jangkitan ‘sporadic’,” katanya dalam kenyataan media.

Apa maksud Sporadic?

‘Sporadic’ bermaksud pesakit positif wabak tidak mempunyai sejarah perjalanan ke negara yang mengalami wabak dan tiada kontak dengan pesakit Covid-19.

Ia membawa erti pesakit dijangkiti Covid-19 biarpun tidak pernah melakukan perjalanan ke luar negara atau berada dekat dengan pesakit yang pernah dijangkiti Covid-19.

Dalam erti kata mudah, pesakit dijangkiti tanpa sedar dan kerana itulah kes ini disebut sebagai agak terpencil.

Jelas, ia sesuatu yang membimbangkan  kerana kita tidak sedar siapa berada di sekeliling kita dan kerana itu tidak digalakkan kita berada di luar rumah khususnya mengikuti perhimpunan beramai-ramai kerana kita tidak tahu siapa sudah dijangkiti. So please be careful dan kalau tiada yang mustahak, duduk saja di rumah dan tidak terlalu terdedah kepada masyarakat.

Malaysia mencatatkan 158 kes untuk hari ini selepas 9 orang lagi dijangkiti Covid-19. Italy mencatat jumlah kematian agak tinggi melibatkan 827 mangsa. Malaysia juga sudah menyekat kemasukan warga Denmark

Malaysia sudah ada 158 kes

Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan sejak semalam, sembilan kes  baru dikesan menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia sebanyak 158 kes melibatkan lebih 131 rakyat tempatan, 15 dari China dan tiga dari lain-lain negara.

Dalam satu kenyataan akhbar sehari sebelumnya, statistik yang dikeluarkan menunjukkan  sebanyak 22 kes adalah dalam kalangan pesakit di bawah siasatan atau Patient-Under-Investigation (PUI) jangkitan Covid-19, kontak rapat (124 kes), misi bantuan kemanusiaan (dua kes) dan satu kes Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS).

Manakala enam (6) kes telah pulih dan dibenarkan pulang. Dengan ini, 32 kes telah pulih dan discaj dari wad.

Terdapat tiga (3) kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi yang memerlukan bantuan alat pernafasan dan keadaan mereka stabil.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros