Pelakon dan model, Haneesya Hanee tampil ‘membuka mulut’ dirinya kini mengalami masalah kewangan berikutan tidak menerima sebarang tawaran berlakon, pada tahun ini.
Menerusi saluran podcast Myaudioplus, pelakon drama hit Aku Bukan Ustazah itu memaklumkan ibu tercintanya terpaksa menggadai barangan kemas untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga sementara dia mendapatkan peluang pekerjaan.
“Tahun ini tak ada shooting langsung. Sekarang ini kewangan tengah goyang sikit. Tapi rezeki itu sentiasa ada. Saya pun tak tahu datang dari mana. Ada kala ada masa gelang emas mak saya kena pergi gadai, rantai dia.
Ads
“Lepas itu, kalau ada duit balik, saya pergi beli balik. Terkadang sampai marah dia supaya jangan jual. Penat saya kerja bagi dia melawa, jangan jual tapi dia mak kan. Dia tak membebankan anak dia, dia jual juga,” kongsinya sambil mengalirkan air mata.
Tambahnya lagi, pengorbanan yang dilakukan oleh ibunya itu menjadi pembakar semangat supaya dia bangkit dan bekerja keras demi keluarga kecilnya.
“Tapi kadang-kadang saya rasa bila dia buat macam itu, benda itu yang bakar semangat saya. Saya kena cari kerja cepat cepat supaya dapat beli balik emas dekat dia.
Ads
“Mak Haneesya ini kuat dan saya nak jadi sekuat dia. Perjalanan hidup mak saya lagi susah dan banyak cabaran. Apa yang saya lalui ni saya rasa sakit. Saya suka orang nampak saya kuat. Cuma keluarga saya yang tahu apa sebenarnya yang saya lalui,” ujarnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pendakwah selebriti dan penyanyi, Da’i Syed yang baru sahaja bergelar suami kepada suri hati pilihannya, Hana Ismail, Sabtu lalu tampil berkongsi saat perkenalan mereka berdua.
Menerusi satu perkongsian di InstaStory, Da’i Syed memaklumkan detik pengenalan bersama isteri tercinta yang juga pengacara televisyen tersebut hanya mengambil masa yang singkat.
Katanya, mereka cuma mengambil masa satu jam sahaja bagi sesi bertaaruf (mengenali satu sama lain) dan tujuh hari kemudian diluang untuk melakukan istikharah.
Hanya selepas itu, Syed dan ahli rombongannya bertemu dengan keluarga pihak wanita bagi menghalalkan hubungan mereka.
Dalam pada itu, Syed mengharapkan perkahwinan mereka ini dapat melengkapi kekurangan antara satu sama lain.
“Demi tuhan! Kami tidaklah berkenalan lama, hanya ‘satu jam’ bertaaruf dan tujuh hari istikharah.
“Kemudian bertemu dengan keluarganya untuk menghalalkan dia. Jodoh ini sangat misteri. MasyaAllah! Semoga dia melengkapi kekurangan ku. Insya-Allah,” coretnya ringkas.
Sekadar informasi, pasangan dua sejoli itu selamat diijab kabul dengan sekali lafaz di Masjid Mas’ud, Jalan Damai pada jam 11.43 pagi.
Da’i Syed dan Hana sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 16 November lepas. Namun momen tersebut tidak dihebahkan kepada mana-mana pihak luar termasuk penggiat media.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Aina Abdul menjelaskan konsep persembahan tersebut menerusi akaun Instagram.
“Hati yang berdarah!
“Alhamdulillah, persembahan Aina tadi merupakan kesinambungan video muzik SUMPAH. Persembahan tadi merupakan simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya sendiri terhadap orang yang amat disayanginya.
“Hati yang berdarah melambangkan kesakitan yang ditangggung oleh wanita itu selepas melukakan hati insan yang disayanginya. Aina harap anda semua terhibur dan dapat merasakan apa yang cuba Aina sampaikan,” tulisnya lagi.
Tiga minggu lepas, karpet merah di anugerah Golden Globes menjadi medan selebriti wanita Hollywood memperjuangkan hak agar 1) Dibayar sama seperti pelakon lelaki, 2) Tak lagi menjadi mangsa cabul, 3) Diberi penghormatan selayaknya seperti selebriti lelaki dengan memakai pakaian berwarna hitam.
Hari ini,SAGS Award kembali menyaksikan selebriti Hollywood berpakaian seperti biasa. Yayy!
Bukanlah penulis nak perkecilkan inisiatif Hollywood pada anugerah Golden Globes lepas.
Tapi, seriously, lepas tengok 7 dress hitam di karpet merah, I personally think everyone looked the same.
Cumanya, panjang pendek dress je yang membezakan mereka pada mata kasar.
Jadi pagi tadi, bila kami dapat saksikan selebriti mula menyarung dress berwarna seperti biasa di Twitter dan Instagram, apa lagi, excited la!
Kami lagi teruja apabila selebriti remaja di bawah usia 20 tahun betul-betul datang penuh bergaya tapi masih kelihatan remaja. Bukannya dibuat-buat untuk mendewasakan diri.
Malah, tak keterlaluan kalau penulis katakan yang sebahagian daripada mereka boleh ‘mengajar’ selebriti senior di Hollywood dalam bab bergaya.
Jom tengok siapa 6 orang selebriti muda paling menyerlah untuk karpet merah SAGS Award, kali ini:
Millie Bobby Brown, 13
Yasss Millie, thank you for being you! Datang dengan menyarung dress daripada koleksi Calvin Klein, bukan dress Millie yang menjadi sebutan ramai pagi tadi tetapi 2 perkara lain yang dipakainya: rambut bun dan kasut Converse Chuck Taylor!
Pelakon Stranger Things ini berani untuk mencabar gaya konvensional Hollywood di karpet merah seperti Kristen Stewart dan Emma Watson sebelum ini yang berani memakai sneakers dan seluar di acara sebesar ini. Rambut Millie kemas diikat bun oleh stylist, Thomas Carter Brown menggunakan riben hitam.
Yara Shahidi, 17
Berlainan pula dengan Yara. Walaupun ramai selebriti wanita yang menarik nafas lega kerana boleh memakai warna selain hitam, Yara tetap memilih warna kedam itu.
NAMUN, dia bijak untuk mengubah cara pemakaian dengan mengenakan jumpsuit Ralph Lauren dengan train (!) bersama aksesori Tiffany & Co.
Gabungan seluar dan train itu yang membuatkan bintang siri Grown-ish ini sebagai satu-satunya selebriti wanita yang menyerlah dengan jumpsuit. Yela, kalau diberi pilihan dress sendat dengan seluar berpoket, of course kami pun pilih jumpsuit! Boleh sorokkan phone dan menari terkangkang macam di bawah:
Caleb McLaughlin, 16
Okay, bukan salah kami sebab senaraikan fashionista No 3 hingga No 6 ini dengan pelakon daripada siri Netflix, Stranger Things! Tapi sebab mereka datang dengan penuh gaya, haruslah kami hargai effort mereka tu, tak gitu.
Caleb membuktikan lelaki pun boleh menyerlah dengan pilihan seluar berfabrik tartan daripada Antonio Marras, blazer putih Louis Vuitton, bow tie merah baldu dan loafers Jimmy Choo. WHOA, that is a lot to take in !
Tapi kalau kombinasi warna dan saiz nampak menarik, apa salahnya. Dan Caleb pun memang yakin apabila berjalan di karpet merah tadi.
Sadie Sink, 15
Oh la la Sadie! Sama seperti rakan pelakonnya dalam Stranger Things, Millie Bobby Brown, Sadie memilih warna merah jambu bubble gum pada kali ini. Cumanya, dia bijak tampil berbeza dengan dresstea-length daripada Chanel, aksesori Chanel dan sepatu Sergio Rossi yang seakan kena je dengan personaliti Sadie yang sedikit tomboy dan sedikit feminin.
Apa yang kami suka tentang dress ini adalah bahagian sleeves yang mempunyai perincian pleated lalu membuatkan Sadie nampak lebih ‘present‘, setanding dengan pelakon yang lebih senior seperti Dakota Fanning.
Noah Scnapp, 13
Walaupun baru berusia 13 tahun (what?!), Noah yang mempunyai seramai 6.2 juta followers di Instagram tak nak kalah bila bergaya. Tengok je pada suit baldu hijau yang dipadankan dengan bow tie – err – bercorak harimau bintang ke tuh? Coolness!
Noah ialah antara pelakon yang kami nanti-nantikan pada kali ini kerana keberaniannya untuk meletakkan skaf baldu pada bahu ketika berjalan di karpet merah anugerah Golden Globes 3 minggu lepas.
Dan Kesemua Pelakon Stranger Things
Okay fine, pelakon Stranger Things pada hari ini semuanya onz !
Tak percaya lihat (dari kiri) Dacre Montgomery, Natalie Dyer dan Joe Keery yang masing-masing bergaya sakan dalam persalinan suit dan dress A-line. Natalie contohnya, mengambil langkah berbeza daripada Millie dan Sadie dengan dress Dior yang mempunyai corak zodiak. Bukan setakat corak unicorn je, ada bintang – bulan – awan – and all of our dreamland creatures di atasnya.
Seperti Millie, Natalie juga bijak memakai sneakers Converse dengan dress-nya!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...