
Demi membendung penularan wabak Covid-19 gelombang ketiga, baru-baru ini kerajaan telah memumutuskan untuk melaksanakan perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri termasuk di Selangor.

Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana SOP untuk aktiviti keagamaan?
Terbaru, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata solat Jumaat digantikan dengan solat zuhur di rumah masing-masing sepanjang tempoh PKP memaklumkan mulai esok sehingga 26 Mac ini semua aktiviti di masjid dan surat termasuk solat Jumaat berjemaah ditangguhkan.
Beliau memaklumkan, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau itu selepas mendapat titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Bagaimanapun katanya, hanya lima petugas masjid, surau kebenaran Jumaat dan surau dibenarkan menunaikan solat Jumaat serta solat fardu secara berjemaah pada setiap waktu.
Bagi majlis akad nikah pula katanya, ia akan dijalankan secara sidang video hanya kepada pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin dan tarikh janji temu akad nikah oleh Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau di masjid pengurusan.
Bagaimanapun, penangguhan ini khusus untuk negeri Selangor sahaja. Bagi negeri lain seperti Pulau Pinang,Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor dan Sabah mereka perlu menunggu kenyataan daripada Mufti Negeri masing-masing.
Sumber : Bernama
Unik, Kucing Dua ‘Wajah’ Jadi Perhatian Dunia

Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang paling terkenal di Malaysia.
Terdiri daripada kategori mamalia karnivor, hubungan antara manusia dan kucing telah terjadi sejak sekian lamanya, hingga ia dipuja dalam banyak kisah lagenda dan dogengan sastera dan ada hadis mengatakan kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW.
ARTIKEL BERKAITAN : Rekod Kucing Paling Tua Di Dunia Berumur 26 Tahun, Umur Kucing Korang Berapa?

Malah, seekor kucing menjadi bualan dunia dek rupanya yang unik. Kucing yang diberikan nama Narnia ini menjadi unik apabila mempunyai wajah dengan dua tona. Kucing berusia lima tahun itu dilaporkan mempunyai bulu bewarna kelabu pada bahagian sebelah kanan mukanya manakalan bulu bewarna hitam pada sebelah kiri.
Pemiliknya, Jimenez, ibu kepada lima orang anak yang tinggal di Paris, Perancis, telah membiakkan kucing baka itu selama sembilan tahun.
“Saya sangat terkejut apabila melihat Narnia buat pertama kali. Ada kemungkinan Narnia merupakan chimaera, jadi dua embrio dalam rahim ibunya bergabung. Seorang pakar genetik sedang menjalankan ujian baharu ke atas Narnia untuk mendapatkan jawapan yang tepat,” kata Jimenez.
Kucing comel ini turut mempunyai akaun media sosial Instagram tersendiri iaitu amazingnarnia dan mempunyai 279, 000 pengikut.
Rata-rata pengikutnya mengakui terpesona dengan kecantikkan yang dimiliki oleh Narnia, walaupun ada sebilangan kecil yang tidak mempercayainya dan menganggap gambar-gambar Narnia yang dimuat naik adalah palsu.
Seperti kucing biasa mengikut pemiliknya, walaupun wajah Narnia unik, namun Narnia tetap mempunyai tabiat yang sama seperti kucing-kucing yang lain. Dia banyak menghabiskan masa dengan membuka pintu rumah dan gemar dengan pelukan pemiliknya. Apabila tidur, Narnia suka berdengkur dan setelah bangun pasti akan mencari makanan sebelum sambung bermain.
Comelnya dia kan..
BACA: 8 Filem Tentang Kucing Yang Confirm Buat Cat Lover ‘Cair’
Sumber: The Thaiger
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kate Middleton & Charlotte Pakai ‘Headpiece’ Sedondon Di Pertabalan Raja Charles

Gelaran puteri pasti sangat sinonim dengan mahkota ataupun tiara. Begitulah juga dengan kerabat wanita di dalam keluarga DiRaja Britain.
ARTIKEL BERKAITAN: Milik Duchess of Cambridge Sehingga Akhir Hayat, Ini Tiga Tiara Pemberian Ratu Elizabeth II Kepada Kate Middleton
Tiara biasanya dihadiahkan dan dipinjamkan kepada seorang puteri dalam keluarga DiRaja apabila umur mereka sudah mencecah 18 tahun.
Namun begitu berbeza dengan Princess of Wales ini. Baru-baru ini, di majlis pertabalan Raja Charles III, Kate Middleton bersama puterinya; Puteri Charlotte telah mencuri perhatian ramai dengan penampilan mereka.

Kedua-dua mereka telah tampil mengenakan mahkota sedondon yang bermotifkan daun. Bagi Kate dan Puteri Charlotte, anak beranak ini memilih headpiece yang bersulam daun 3D yang direka oleh Jess Collect dan Alexander McQueen.
Untuk pengetahuan kamu, mahkota daun ini diperbuat daripada jongkong perak dan kristal dengan sulaman daun 3D. Mahkota tersebut merupakan rujukan daripada cinta Raja Charles III terhadap alam semula jadi. Bukan itu sahaja, sulaman daun ini turut membawa maksud simbol musim bunga, pertumbuhan serta kelahiran semula.
Untuk Kate, Puteri Wales ini tampil mengenakan gaun sutera crepe Alexander McQueen dalam rona ivory yang disulam di bawahnya. Sulaman itu terdiri daripada floral kebangsaan United Kingdom; ros untuk England, duri untuk Scotland, daffodil untuk Wales dan shamrocks untuk Ireland. Mantelnya pula diperbuat daripada Royal Victorian Order dalam rona biru dan merah scarlet.
Tidak ketinggalan, Puteri Charlotte pula mengenakan gaun dan mantel dalam rona ivory yang sama seperti ibunya, hasil rekaan daripada Alexander McQueen.
Kate juga dilihat memakai beberapa barang kemas yang memukau. Dia kelihatan memakai anting-anting mutiara dan berlian milik mendiang Puteri Diana.
Memang comel ibu dan anak ini bila sedondon!
Sumber : ( 1 )
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa Rayhan Kabir, Lelaki Bangladesh Ditemuramah Al Jazeera Dalam ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown?

Di saat kekecohan dan kemarahan warga Malaysia mengenai dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang mendakwa terdapat diskrimanisi perkauman ketika negara ini mengendalikan pandemik COVID-19 yang disiarkan oleh stesen tv Al Jazeera, hal yang sama mendapat perhatian dari kerajaan Malaysia.
Terkini, dalam sidang media hari ini oleh Menteri Kanan (kluster keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, memaklumkan kerajaan Malaysia mencabar agensi media antarabangsa, Al Jazeera untuk mengemukakan bukti negara mana yang memberi kebebasan mutlak kepada warga asing yang tiada dokumen untuk berada dalam negara itu.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, tindakan kerajaan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) diambil berdasarkan undang-undang yang ditetapkan.
“Saya cabar Al Jazeera untuk memberikan nama negara yang beri kebebasan mutlak kepada warga asing yang tidak mempunyai dokumen termasuk tinggal secara bebas dalam negara mereka.
“Setahu saya, tiada negara yang akan berbuat demikian termasuk di negara Al Jazeera ada sekarang ini,” tegasnya dalam sidang media di sini pada Isnin (sumber Astro Awani).

Dalam pada itu, di sebalik pembikinan dokumentari berkenaan, pasti antara kita dapat menyaksikan seorang warga Bangladesh, M Rayhan Kabir yang bertindak sebagai “jurucakap” bagi warga asing.
Dalam temuramah berkenaan M Rayhan mendakwa pendatang tanpa izin adalah manusia, bukan penjenayah. Mereka hanya tidak punya dokumen.
Dia turut berkongsi nasib rakannya yang buntu untuk membuat dokumen sah selepas lockdown ini.
Jelas, dek kerana kata-katanya ini, warga netizen pantas mencari identitinya. Di fbnya atas nama M Rayhan Kabir (ada dakwaan dia menutup fbnya selepas hal ini kecoh), Rayhan menyatakan dirinya adalah seorang Head Of Marketing Malik Streams & Distribution, Head Of News di Narayanganj24seven, belajar di Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute dan tinggal di Kuala Lumpur.
Malah pada kali terakhir fbnya dikemas kini, dia meminta agar ada sesuatu yang lebih baik selepas temuramah tersebut. Malah dia menulis selesai sudah temuramah bersama world top news channel (merujuk kepada Al Jazeera).
Ermm ternyata doanya terbalik kerana dokumentari ini menerima kecaman dari seluruh warga Malaysia termasuk di pihak kerajaan yang menuntut Al Jazeera mengemukakan bukti kukuh.
Malah dalam video dokumentari yang disiarkan oleh Al Jazeera berdurasi 25 minit 50 saat mendakwa terdapat diskrimanisi perkauman ketika negara ini mengendalikan pandemik COVID-19.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, tindakan media antarabangsa itu jelas tidak beretika dan berniat jahat untuk memburukkan nama Malaysia.
“Tuduhan yang dibuat itu amat tidak wajar dan berniat tidak baik kerana menuduh secara membuta tuli. Saya percaya agensi media itu mempunyai niat kurang baik kerana melaporkan perkara yang tidak betul.
“Apa yang dilakukan kerajaan bagi menangani penularan wabak COVID-19 adalah berdasarkan undang-undang dan dilakukan secara menyeluruh termasuk rakyat di negara ini,” katanya.
Beliau menambah, laporan agensi media itu yang mendakwa kanak-kanak warga asing digari sebelum dibawa ke pusat tahanan juga merupakan suatu pembohongan.
“Saya ingin jelaskan, kanak-kanak yang ditahan tidak pernah digari, malah mereka ditempatkan di kawasan khas dan diasingkan daripada ibu bapa mereka.
“Ini fakta sebenar, tapi saya percaya Al Jazeera tidak tahu fakta sebenar tapi atas niat tidak baik terhadap Malaysia, maka perkara tidak betul dilaporkan termasuk menuduh kita rasis,” katanya.
Sementara itu, Ismail Sabri menggesa agar agensi media itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia atas kesilapan yang dilakukan. (sumber Astro Awani).
Sebagai rakyat Malaysia, kita tentu tidak boleh menerima jika maruah negara diperlekehkan atau pemberitaan diberitakan secara tidak tepat. Ya kita perlu bersatu hati seiring dengan nada kerajaan menuntut agar Al Jazeera meminta maaf atas penerbitan dokumentari tersebut.