Keputusan salah salah seorang anggota kumpulan Blackpink, Lisa untuk melakukan persembahan tarian di Kelab Kabaret Crazy Horse di ibu kota Paris, Perancis pada minggu lalu, ternyata menjadi perhatian ramai pihak.
Penyanyi berusia 26 tahun itu bagaimanapun, terlebih dahulu telah mendapat lampu hijau daripada ibu tercintanya iaitu Chitthip Bruschweiler.
ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink Pecah Rekod Penyanyi K-Pop Pertama Capai 1 Billion Penstriman Muzik Global
Menurut laporan media antarabangsa, ibunya turut hadir menyaksikan persembahan tarian bintang pujaan ramai itu dan menyifatkan tarian Lisa tidaklah lucah sebagaimana yang disangka ramai.
“Saya ingatkan, tariannya akan lebih seksi daripada apa yang dipersembahkan,” kata Chitthip merujuk kepada persembahan anaknya di kelab kabaret terkemuka tersebut.
Malah, menurut beberapa pengunjung yang berada di lokasi yang sama, ibu penyanyi lagu hit Lalisa itu merupakan antara penonton yang paling kuat bersorak sebagai tanda sokongan semasa artis popular tersebut melakukan persembahan tarian.
Sehubungan itu, rata-rata peminat Blackpink yang dikenali sebagai Blinks mula menghujani ruangan komen di platform X dan menyifatkan Chitthip sebagai seorang ibu terbaik di dunia.
Malah, rata-ratanya menzahirkan rasa kagum dengan sokongan penuh yang diberikan oleh Chitthip yang secara tidak langsung ‘bersetuju’ bahawa anaknya itu kini sudah cukup dewasa.
Terdahulu, keputusan Lisa untuk membuat persembahan di Kelab Kabaret Crazy Horse Paris mendapat kritikan ramai memandangkan kelab tersebut terkenal menyajikan persembahan bercorak lucah.
Di sebalik kritikan yang diterima, Lisa bagaimanapun mendapat sokongan penuh daripada keluarga dan teman-teman artis lain.
Antara artis yang turut hadir memberikan sokongan ialah anggota Blackpink, Jennie, Jisoo dan Rose.
SUMBER FOTO: Instagram Lisa
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.