Langkah dibuat oleh DYMM YDP Agong, Sultan Abdullah menghantar makanan kepada petugas media yang membuat liputan semasa peralihan kuasa bulan lalu pasti masih diingati oleh seluruh rakyat Malaysia.
Bermula dari KFC, dikuti patin tempoyak, Mc Donald dan lain-lain makanan kerana petugas media perlu bersedia 24 jam untuk mendapatkan bahan berita, hari-hari seterusnya selepas melihat baik budi Sultan Abdullah mengagihkan makanan bermulalah episod terlalu banyak syarikat menghantar makanan sehingga petugas media mendapat begitu banyak hadiah juga makanan.
Milo, Nescafe, Saji, Ali Maju, HOUSEBOOM, Redoxon dan pasar raya Giant serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) turut memberi sumbangan makanan, minuman serta kelengkapan asas kepada petugas media. Itu belum lagi payung, tuala, tisu basah, power bank, penyembur sanitizer dan pengalas tempat duduk untuk memudahkan petugas media membuat kerja.
Ads
Namun di saat Malaysia diuji dengan wabak Covid-19 yang semakin menggila dengan 673 kes dicatatkan dengan mencatat dua kematian, dapat kita lihat petugas barisan hadapan iaitu para doktor, jururawat, pemandu van hospital dan lain-lain jawatan bertungkus lumus berbungkus dalam keadaan panas demi mempertahankan nyawa pesakit telah dijangkiti Covid-19.
Dapat kita lihat dengan baju berbungkus bagi mengelak petugas barisan hadapan dijangkiti, ditambah bukan mudah untuk memasang dan memakainya kembali, dalam sut yang pastinya panas, ada pula dikisahkan doktor dan jururawat yang tidak pulang ke rumah kerana bimbang ahli keluarga dijangkiti, sudah tentulah pengorbanan mereka cukup besar.
Ads
Satu pertanyaan, tiadakah siapa yang sudi menghantar makanan dan minuman kepada petugas barisan hadapan ini?
Ads
Bukan mahu membuat perbandingan tapi pekerjaan setiap orang adalah penting.Cuma di mana kita berada dan gerak kerja bagaimana. Moga kita lebih prihatin. Atau perlu YDP Agong Sultan Abdullah mulakan dahulu dan baru berpusu-pusu syarikat lain ikut? REMAJA tanya saja!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Syurga seorang anak lelaki terletak di bawah telapak kaki ibunya. Sementara syurga bagi seorang anak perempuan yang berkahwin terletak di bawah kaki suaminya.
Benarlah seperti tertulis dalam al-Quran, muliakanlah ibumu nescaya Allah memuliakan kehidupanmu, dunia dan akhirat.
Penerima anugerah Tokoh Tahfiz 2018 peringkat negeri Kelantan, Abdul Rauf Sapuan, 16 dari MTAQ Pulai Chondong yang menerima anugerah berprestij ini pagi tadi seharusnya merasa bangga di atas kejayaan diraihnya.
Betapa terangnya hati anak remaja ini, dalam tempoh lapan minit, Abdul Rauf mampu menghafal satu muka surat ayat al-Quran sekaligus namanya dipilih sebagai penerima Tokoh Tahfiz 2018 peringkat Negeri Kelantan.
Seperti dilaporkan oleh Bernama, Abdul Rauf turut berkongsi satu kisah yang boleh dijadikan pengalaman buat kita semua.
Hanya kerana melengahkan suruhan ibu, ayat-ayat al Quran yang dibaca gagal dihafal seperti biasa, kata hafiz muda Abdul Rauf Sapuan, 16, yang diumumkan sebagai Tokoh Tahfiz bahagian lelaki pada Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan kali kesembilan di sini.
Beliau berkata jika pada kebiasaannya beliau hanya mengambil masa 15 minit untuk menghafal satu muka surat, namun pada satu ketika di bulan Mac 2016, akibat melengah-lengahkan satu suruhan ibunya, beliau dapati amat sukar sekali untuk mengingati biar satu pun ayat yang baru dibaca sekalipun.
“Atas nasihat seorang ustaz, saya telefon ibu bapa mohon ampun daripada dua hamba Allah yang paling berjasa dalam hidup saya, mendoakan saya.
Alhamdulillah selepas itu semuanya kembali seperti biasa,” kata hafiz dari Maahad Tahfiz Al-Quran Pulai Chondong ditemui selepas Majlis Graduasi Tahfiz di sini pada Selasa. Seramai 281 pelajar tahfiz dari sembilan buah sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan menerima sijil masing-masing daripada Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di majlis pada Selasa.
Pada majlis sama Ainul Mardhiah Hamdan dari Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah dinobatkan sebagai Tokoh Tahfiz 2018 (perempuan).
Tahniah adik, moga dirinya mampu memberi syafaat buat ibu bapamu di akhirat kelak.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak tengah hari tadi, tumpuan seluruh Malaysia nampaknya terarah kepada demonstrasi serta mogok beramai-ramai oleh kira-kira 5000 daripada sejumlah 23,000 doktor kontrak di 24 buah pusat kesihatan bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seluruh negara.
Mogok yang dilakukan secara aman itu adalah hasil kesepakatan para doktor kontrak tempatan yang memperjuangkan dua perkara saja; iaitu kerajaan untuk menawarkan perlantikan tetap kepada pegawai perubatan dan inginkan penjelasan terperinci daripada kerajaan.
Mereka mulai keluar dari lobi hospital masing-masing setelah menyerahkan tugasan penting kepada pegawai perubatan yang masib berada di dalam wad. Biarpun berdemonstrasi, mereka terlebih dahulu memastikan tiada pesakit yang terjejas ataupun rawatan terpinggir.
Demonstrasi ini sedikit sebanyak membuatkan ramai pihak terpanggil untuk mengetahui sebab utama ia dijalankan. Tinjauan di media sosial mendapati ada yang menyokong tindakan tersebut demi menjamin masa hadapan petugas perubatan di Malaysia. Ada juga yang merasakan ia tidak perlu memandangkan nyawa pesakit di hospital kini bergantung sepenuhnya kepada petugas kesihatan.
*
Tentunya, insan nombor satu yang menggesa agar mogok atau demonstrasi aman ini tidak diteruskan ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham.
Catat beliau di akaun rasmi media sosialnya di Facebook dan Twitter, beliau meminta agar para doktor dan petugas kesihatan untuk kembali memperingati mengapa mereka mengambil sumpah ‘Primum Non Nocere’ semasa memulakan profesion dahulu. Ia adalah untuk tidak membahayakan atau menzalimi para pesakit.
“Saya ingin mengingatkan bahawa keselamatan para pesakit adalah keutamaan kita. Ingat sumpah ikrar yang kita ambil secara ikhlas dan jagalah pesakit semasa mereka dan negara memerlukan anda sekarang.
“Kita adalah ‘benteng pertahanan’ terakhir yang menentukan nasib pesakit. Setiap nyawa itu bernilai.
“Kepada rakan sekerja junior yang berada pada posisi kontrak, saya seru agar anda tidak menyertai demonstrasi dan meninggalkan tugas menjaga pesakit. Ingatlah berapa ramai nyawa yang sedang dipertaruhkan dan demonstrasi (seperti ini) boleh memberi kesan kepada nyawa dan karier anda,” tegas beliau.
Ada ura-ura mengatakan kontrak doktor junior kerajaan mungkin berdepan risiko kehilangan kerja setelah tamat tempoh lima tahun perkhidmatan wajib mereka di hospital kerajaan. Kegagalan kerajaan menyerap mereka dalam perkhidmatan tetap sehingga kontrak hampir tamat itulah yang menyebabkan ramai petugas berdemonstrasi. Petugas inginkan jaminan pekerjaan tetap agar nasib kerjaya mereka terbela oleh pihak KKM.
Kata Dr. Noor Hisham untuk menjawab persoalan itu, kerajaan telah mengumumkan lanjutan dua tahun kontrak demi memberi ruang pindaan Akta Pencen agar posisi pekerjaan tetap diluluskan. Ia juga akan didatangkan dengan pilihan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Di samping itu, kerajaan juga akan membenarkan petugas kontrak menyambung pengajian ke peringkat sarjana walaupun masih lagi berstatus kontrak.
Bagaimanapun, para petugas mempersoalkan semula kelongggaran untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana apabila jumlah posisi kerja untuk doktor yang mempunyai sarjana masih kecil. Kebanyakan masih akan ditamatkan kontrak apabila tiba masanya.
Mereka yang berdemonstrasi hari ini bukan hanya memikirkan nasib diri dan kerjaya saja. Malah, soal kenaikan gaji apabila bertukar status dari kontrak kepada tetap langsung tidak terlintas di pemikiran kerana ia tidak banyak berbeza.
Mereka hanya memikirkan nasib rakyat Malaysia terutamanya pada waktu pandemik sekarang. Tanpa adanya para doktor yang dikatakan akan tamat kontrak tidak lama lagi, Malaysia berisiko kekurangan tenaga petugas perubatan mahir pada masa akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kala ini Amerika Syarikat berada dalam keadaan huru hara. Hanya kerana satu keegoan iaitu menggunakan kekerasan terhadap tahanan kulit hitam George Floyd, 46 yang merayu saat lehernya ditekan pegawai polis Derek Chauvin di Minneapolis, rusuhan terus merebak ke beberapa buah negeri termasuk Danver, Atlanta, New York, Washington, Kansas City, Louiseville dan banyak lagi.
Malah sejak semalam lagi, tempat bermulanya rusuhan besar-besaran ini iaitu Minneapolis telah diisytiharkan darurat oleh Gabenor Negeri berikutan keadaan sudah jadi tidak terkawal.
Ramai yang marah, geram dan menyifatkan polis sebagai virus dalam masyarakat kerana rayuan George iaitu dirinya tidak boleh bernafas ( I Can’t Breathe) langsung tidak dihiraukan saat lehernya ditekan oleh bekas pegawai polis terbabit.
Namun di saat kita menyaksikan “masih wujud sifat ihsan” di kalangan rakyat Amerika yang tidak mengira warna kulit bersatu menentang kezaliman ini, sebenarnya teknik tekan leher ini sudah lama diamalkan oleh Zionis Israel terhadap penduduk Palestin.
Ya kejam kerana penduduk Palestin sudah lama dikenakan teknik tekan leher ini setiap kali penahanan dilakukan terhadap mereka tanpa mengira kesalahan.
Quds News Network yang memaparkan kekejaman zionis Israel dapat dilihat bagaimana teknik tekan leher ini dilakukan dan mendapat perkongsian 37K.
Bukan George sahaja perlu dibela kematiannya tapi penduduk Palestin juga! Mari doakan agar penduduk Palestins sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan tiada kekejaman dilakukan terhadap mereka lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...