
Jika sebelum ini kemunculannya di sebuah program realiti hiburan pernah dikecam netizen, kini nama Nuha Bahrin kembali menjadi viral tetapi kerana lagu nyanyian duet bersama Naufal Azrin berjaya mencuri hati peminat.

Lagu berjudul Casablanca begitu popular, lebih-lebih lagi di platform TikTok kerana rata-rata warganet menggunakan lagu nyanyian mereka sebagai ‘background music’.

Rakan duet itu juga dilihat kerap melakukan promosi lagu tersebut di kaca televisyen. Namun, apa yang menarik perhatian apabila Nuha dan Naufal begitu profesional menyanyikan lagu Casablanca secara langsung walaupun tiada muzik iringan gara-gara masalah teknikal.

Video tersebut telah dimuat naik di akaun TikTok @radiotelevisyenmalaysia yang menunjukkan bagaimana dua penyanyi itu tetap meneruskan nyanyian walaupun muzik tidak kedengaran.
Watch on TikTok
Tindakan profesional dua penyanyi baharu itu dipuji warganet kerana bijak mengawal situasi ketika berhadapan dengan masalah teknikal. Rata-ratanya turut memuji kebolehan kedua-dua penyanyi ini menyanyikan secara langsung tanpa muzik.
Dinobatkan 10 Finalis Global Teacher Prize 2020. Cikgu Samuel Isaiah Pendidik Malaysia Yang Penuh Dedikasi.

Memang cukup membanggakan apabila anak Malaysia disenarai pendek dalam 10 kedudukan terbaik untuk memenangi hadiah US$1 juta sempena Global Teacher Prize 2020. Guru Bahasa Inggeris dari Sekolah Kebangsaan Runchang, Muadzam Shah, Pahang itu telah dipilih dari lebih 12’000 pencalonan dari lebih 140 negara di seluruh dunia. Anugerah ini merupakan program pengiktirafan guru yang dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Dalam satu kenyataan menerusi laman sesawang globalteacherprize.org. Setelah menamatkan ijazah sarjana muda pada tahun 2011, jejaka ini berharap dapat berkhidmat di sekolah bandar elit dengan kemudahan dan persekitaran terbaik di mana dia dapat menerapkan idea pendidikannya dan memulakan kerjaya yang hebat.
Namun tidak seperti apa yang diinginkan, Cikgu Samuel ditempatkan di sekolah rendah desa untuk anak-anak orang Asli yang mana pada hari pertamanya, seorang guru lain mengatakan kepadanya, “Samuel, kamu tidak perlu banyak melakukan apa-apa perubahan, mereka hanyalah anak orang asli”.
Tidak endah dengan kata-kata itu, sebaliknya Cikgu Samuel menjalin hubungan dengan pelajar orang Asli dan menerapkan budaya serta memimpin untuk melihat potensi mereka. Namun, dia juga mendapati bahawa mereka tidak memiliki peluang yang sama jika hendak dibandingkan dengan sekolah bandar dek kekurangan kemudahan.
Oleh itu, dia menubuhkan projek mengumpul dana untuk membuat kelas bahasa Inggeris abad ke-21 yang lengkap dengan peralatan canggih seperti tablet dan komputer. Hasil usaha itu, kini kanak-anak Orang Asli menggunakan teknologi dan merasai pembelajaran bahasa Inggeris setaraf dengan sekolah bandar.
Selain itu dia juga telah melancarkan projek-projek lain untuk mempercepat pembelajaran bahasa Inggeris muridnya, termasuklah projek pertukaran e-mel di mana anak-anak muridnya boleh mempraktikkan komunikasi dalam bahasa Inggeris dengan sukarelawan di seluruh Malaysia dan luar negara.
Majlis pengumuman pemenang tahun ini akan dilangsungkan secara virtual pada 3 Disember 2020 dan akan diacarakan dari Muzium Sejarah Semulajadi, London oleh Stephen Fry yang merupakan seorang pelawak, pengacara, pelakon dan penulis.
Sumber: Bernama & globalteacherprize.org
Melawat ‘Zoo’ Di Singapura Secara Virtual, Penonton Berpeluang Berinteraksi Bersama Haiwan

Walaupun arahan Perintah Kawalan Pergerakan sudah pun dilonggarkan sedikit di kebanyakan negara, namun masih ramai lagi masyarakat yang tidak berani untuk keluar rumah kerana masih khuatir dengan wabak COVID-19 yang masih berleluasa.
Berikutkan dengan isu ini, Wildlife Reserves Singapore (WRS) telah mengambil inisiatif dengan melancarkan rangkaian secara virtual untuk pengunjung berinteraksi bersama haiwan secara langsung di rumah.
Mahukan pengalaman eksklusif melihat behind-the-scenes bersama gajah di Zoo Singapura, Backstage Pass menawarkan sesi ekslusif selama 30 minit dimana penonton dapat melihat persembahan gajah dan berpelung untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pengayaan mereka. Sesi ini juga akan diketuai oleh pasukan penjagaan haiwan WRS yang akan berkongsi cerita mengenai haiwan yang terdapat dalam pusat riadah tersebut.
Remaja berpeluang juga menyertai sesi bersama Double Yellow-Headed Amazon, Scarlet Macaw & Toco Toucans, dibawa secara langsung dari Jurong Bird Park Singapura. Dalam sesi selama lebih kurang 25 minit itu, korang bakal dihiburkan dengan aksi haiwan yang menonjolkan bakat luar biasa seperti bercakap dan menyanyi.
Selain itu juga, jika ingin meraikan atau membuat kejutan kepada seseorang, korang juga boleh membuat video istimewa dengan memberi Personalised Message kepada orang tersayang melalui Yellow Napped Amazon yang mana ia juga berbakat dalam menyanyikan lagu Happy Birthday.
Orang ramai yang berminat boleh memilih daripada lima sesi yang berbeza dan ianya terhad kepada hanya tiga profil pengguna. Penonton akan menikmati sesi beramah mesra dengan pasukan penjaga haiwan dan berpeluang untuk bertanyakan soalan.
Antara lima sesi yang ditawarkan adalah seperti berikut:
• Capybara & Great White Pelican (River Safari)
• African Penguins (Singapore Zoo)
• Oriental Pied Hornbill & White Cockatoo (Jurong Bird Park)
• Double Yellow-Headed Amazon, Scarlet Macaw, Toco Toucan (Jurong Bird Park)
• Great Horned Owl, Asian small-clawed Otters & White Raccoon (Night Safari)
Sesi interaktif bersama haiwan ini menawarkan harga daripada $50 (RM151.36) sehingga $250 (RM756.80) dan pendapatan daripada sesi ini juga sedikit sebanyak akan disalurkan bagai menyokong usaha berterusan WRS untuk menjaga dan melindungi hidupan liar di seluruh Asia Tenggara.
So guys, untuk si pencinta haiwan rasanya inilah peluang bagi korang merasai pengalaman ‘zoo’ di rumah dan bukan hanya itu, secara tidak langsung dapat memberi sumbangan untuk memulihara haiwan-haiwan tersebut.
BTS Sah Punya ‘Fan Club’ Terbaik Di Anugerah MTV EMA 2020

Bukan setakat membawa pulang kategori Biggest Fans, BTS juga mendominasi beberapa kategori lain.
Buat kali pertama dalam sejarah penganjuran anugerah MTV Europe Music Awards (EMA), acara yang berlangsung pada pagi ini sedikit berbeza apabila ia dianjurkan dari beberapa buah bandaraya di seluruh Eropah seperti London dan Budapest.
Ini memandangkan masyarakat dunia masih terikat dengan arahan kuarantin Covid-19 dan tidak boleh merentas negara. Para pemenang anugerah MTV EMA juga hadir dari seluruh pelusuk dunia dan mereka meraikan kemenangan masing-masing dari negara mereka.
Menariknya, walaupun anugerah MTV EMA seringkali didominasi olehh artis Barat, penganjuran 2020 mengubah landskap pemenangnya apabila kumpulan sensasi dari Korea Selatan, BTS berjaya membawa pulang 4 daripada 5 buah kategori yang melibatkan mereka!
Congrats to @BTS_twt on winning the #MTVEMA Best Song for #Dynamite!! 💜✌ pic.twitter.com/WobFWylTcz
— MTV EMA (@mtvema) November 8, 2020
“Kami ingin memberikan shout out kepada ARMY (kelab peminat) dan EMA untuk penghargaan ini. Kemenangan ini adalah untuk anda, ARMY.
“Kami telah berkerja keras untuk menghasilkan sesuatu yang boleh menyentuh perasaan mereka dan memberikan mereka harapan. Terima kasih!”
BTS membuktikan bahawa mereka merupakan salah satu kuasa dunia muzik sekarang apabila membolot beberapa kategori utama. Bukan satu tugas mudah ya untuk menundukkan nama-nama besar yang turut tersenarai dalam kategori yang dipertandingkan.
Antara kemenangan yang dicatatkan oleh BTS temasuklah:
LAGU TERBAIK
BTS : Dynamite
DaBaby ft Roddy Ricch – Rockstar
Dua Lipa – Don’t Start Now
Lady Gaga ft Ariana Grande – Rain On Me
Roddy Ricch – The Box
The Weeknd – Blinding Lights
KUMPULAN TERBAIK
BTS
5 Seconds of Summer
BLACKPINK
Chloe x Halle
CNCO
Little Mix
KELAB PEMINAT TERBAIK
BTS
Ariana Grande
BLACKPINK
Justin Bieber
Lady Gaga
Taylor Swift
PERSEMBAHAN VIRTUAL LIVE TERBAIK
BTS – Bang Bang Con
J Balvin – Behind The Colores Live Experience
Katy Perry – Around The World
Little Mix – UNCancelled
Maluma – Papi Juancho Live
Post Malone – Nirvana Tribute
*
Selain BTS, berikut merupakan beberapa lagi pemenang kategori lain yang dipertandingkan.
Video Terbaik (DJ Khaled ft Drake – Popstar)
Artis Terbaik (Lady Gaga)
Kolaborasi Terbaik (Tusa ft Nicky Minaj – Karol G)
Artis Pop Terbaik (Little Mix)
Artis Baru Terbaik (Doja Cat)
Artis Latin Terbaik (Karool G)
Artis Rock Terbaik (Coldplay)
Artis Hip Hop Terbaik (Cardi B)
Artis Elektronik Terbaik (David Guetta)
Artis Alternatif Terbaik (Hayley Williams)
Kategori Video For Good (H.E.R. – I Can’t Breathe)
Kategori Best Push (Yungblud)