Hiburan

Tiba-Tiba Terputus Bekalan Elektrik Semasa Konsert Di Kuala Lumpur! The Boyz Tenangkan Peminat Dengan Nyanyi Lagu ‘Happy Birthday’!

Share

Baru-baru ini, kumpulan K-Pop, The Boyz baru sahaja memeriahkan Megastar Arena pada 7 September dengan konsert jelajah The Boyz World Tour: Zeneration II di Kuala Lumpur.

Konsert yang dihadiri oleh ribuan peminat yang dikenali sebagai The B atau Deobi sememangnya menghangatkan suasana dan kumpulan penyanyi itu juga sempat mempersembahkan sebanyak 23 lagu hit mereka istimewa untuk Deobi.

Walau bagaimanapun, keadaan semasa konsert The Boyz World Tour: Zeneration II yang pada awalnya berjalan dengan lancar itu tiba-tiba menjadi riuh selepas bekalan elektrik terputus apabila The Boyz hampir menyanyikan lagu terakhir.

Meskipun begitu, The Boyz sempat menenangkan dan mengalihkan perhatian para peminat dengan menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ ketika keadaan bertukar menjadi kecoh.

Selepas pihak pengajur memohon maaf dan menyelesaikan beberapa isu teknikal (bekalan elektrik terputus) yang terjadi semasa konsert sedang berjalan langsung, The Boyz memberikan ucapan terakhir kepada peminat di Kuala Lumpur dan mereka juga turut meneruskan dengan lagu penutup berjudul ‘Fire Eyes’.

Dalam pada itu, The Boyz turut menyanyikan beberapa lagu popular mereka seperti Maverick, Reveal, The Stealer, Thrill Ride, Levitating, D.D.D dan Bite Back.

Konsert jelajah dunia The Boyz ini telah rasmi dimulakan dengan tiga malam persembahan berturut-turut di Seoul, Korea Selatan pada awal Julai lalu.

Seterusnya, pelantun lagu Nectar ini juga telah meneruskan perjalanan mereka di Eropah, Amerika Syarikat dan beberapa negara di Asia Tenggara termasuk melawat beberapa bandar seperti New York, Los Angeles, Bangkok, Jakarta, Kuala Lumpur, Manila, Macau, Osaka, Paris, London, dan beberapa lagi.

Sekadar info, The Boyz terdiri daripada 11 anggota iaitu Sangyeon, Jacob, Younghoon, Hyunjae, Juyeon, Kevin, New, Q, Ju Haknyeon, Sunwoo, dan Eric telah memulakan debut sejak tahun 2017. 

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN