“Tidak Ada Hari Yang Suram Bila Abang Azim Bersama Kami,” – Titipan Kata Pengiran Muda Abdul Mateen Buat Almarhum Kekanda.

Share

 

Semua telah maklum tentang kemangkatan Almarhum Pengiran Muda Abdul Azim pada Sabtu lalu.

Semestinya seluruh Brunei Darussalam terkesan dan bersedih di atas kemangkatan almarhum. Namun ada satu titipan di laman Instagram yang cukup menyentuh hati.

Hantaran Instagram Pengiran Muda Abdul Mateen seolah-olah membuka isi hati dalam menzahirkan kerinduan beliau kepada almarhum kekandanya itu.

*

“Tiada hari yang suram bila abang Azim berada bersama kami. Dia selalu menyakat, berlawak dan tidak mengambil kehidupan ini dengan terlalu serius.

“Ketawanya cukup membuatkan orang lain tersenyum juga tidak kiralah perkara itu kelakar atau pun tidak, yang pastinya kami akan tertawa juga. Dia semestinya menikmati kehidupan dengan sepenuhnya.

“Saya menghabiskan setiap hari semasa kecil dengan abang saya dan dia banyak mengajar saya dan juga menjadikan siapa saya hari ini, dan untuk itu saya sangat bersyukur. Awal tahun ini, abang saya telah didiagnos dengan vasculitis sistemik yang teruk yang mana ia merupakan penyakit autoimun yang mana menyebabkan antibody menyerang tisu badannya sendiri.

“Pada masa yang sama dia juga turut berdepan dengan gangguan bipolar yang menjadikan perjuangannya melawan penyakit lebih susah.

Pengiran Muda Abdul Mateen bersama Almarhum Pengiran Muda Abdul Azim, Bonda dan Kekanda. Sumber gambar via Instagram @tmski

“Akhirnya, abang saya kalah dengan kegagalan beberapa organ disebabkan oleh jangkitan kuman yang berterusan disebabkan oleh penyakit autoimun yang menjadi sebab kemangkatannya pada pagi 24 Oktober 2020.

“Kami mahu berkongsi tentang penyakit ini kerana saya tahu itu adalah apa yang abang saya mahukan. Dia merupakan penyokong besar terhadap pelbagai kempen kesedaran.

“Seluruh keluarga dan juga saya sangat patah hati dan semestinya kami terlalu sayang padanya. Kami tahu yang Allah lebih menyayanginya dan benarlah yang kita semua milik Allah dan kepadaNya juga kita akan pulang.

“Terima kasih semua di atas ucapan takziah dan mengingati Pengiran Muda Abdul Azim dan keluarga saya difikiran dan juga doa anda. Kami semua ok, kami hanya merinduinya. 

Sehingga kita berjumpa lagi bang. Al-Fatihah.”
Sumber gambar: Tangkap layar via Instagram @tmski

Itulah bait kata-kata luahan hati seorang adinda kepada kekandanya. Tulisan Pengiran Muda Abdul Mateen ini memberikan kita kesedaran yang sentiasalah berkasih sayang dan hargai adik-beradik yang kita miliki.

Dalam hantaran ini ramai personaliti antarabangsa yang turut menyampaikan kata-kata takziah termasuklah supermodel terkenal dunia, Naomi Campbell.

Sumber: Instagram Pengiran Muda Abdul Mateen @tmski

 

Published by
Fiezreen