Sebelum ini sudah dimaklumkan bahawa negara jiran kita, Indonesia bakal menjadi tuan rumah bagi pertandingan Miss Grand International 2022 yang dikatakan akan berlangsung pada Oktober depan.
Rasanya ramai yang sudah sedia maklum di setiap pertandingan ratu cantik seumpama ini, acara sesi baju renang menjadi salah satu faktor untuk menentukan keputusan juri dalam memilih siapakah yang akan dinobatkan sebagai juara.
Namun begitu, menurut Presiden Organisasi Miss Grand Indonesia (Yayasan Dunia Mega Bintang), Ivan Gunawan menjelaskan tahun ini tiada sesi baju renang untuk Miss Grand International 2022. Kenyataan itu telah pun dimuat naik di laman instagram rasmi @grand_mgi beberapa hari lalu.
“𝗡𝗢 𝗦𝗪𝗜𝗠𝗦𝗨𝗜𝗧 𝗖𝗢𝗠𝗣𝗘𝗧𝗜𝗧𝗜𝗢𝗡 𝗜𝗡 𝗠𝗚𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟮”
Hal ini adalah kerana piak penganjurkan ingin menjunjung adat budaya dan etika Indonesia dan ia juga telah dipersetujui oleh Miss Grand International Organization (MGIO). Sebagai pengganti, sesi baju sukan atau sportswear akan ditampilkan dan mereka menganggap ia juga mampu memberikan tarikan yang tersendiri.
Untuk info, malam final Miss Grand International 2022 akan disiarkan secara langsung dari Sentul International Convention Center (SICC) pada 25 Oktober 2022. Sama-sama kita lihat kelainan yang bakal dibawa oleh tuan rumah Indonesia nanti.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.