Tidak Akan Terlepas Dari Tindakan Undang-Undang, Polis Siasat Majlis Neelofa & PU Riz

Share

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada selebriti dan usahawan, Neelofa selamat diijab kabulkan kepada pasangannya, pendakwah Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz, 26 Sabtu yang lepas.

‘Wedding of the year‘ yang dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia ini sudah tentu serba sempurna dan ramai mendoakan pasangan sama cantik sama padan ini.

Bagaimanapun, dalam kegembiraan selepas menerima perkhabaran tersebut, kini timbul pula isu dimana warganet mempersoalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan mereka. Eh, antara dua darjat ke ni?

Rata-rata netizen mula mempertikaikan majlis gah ini apabila terang-terangan tiada penjarakan sosial dilakukan.  Mengikut laporan dari Berita Harian, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah menyatakan pihak polis akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menurut Mohamad Zainal siasatan mendapati majlis tersebut tidak mengikut SOP dan tiada penjarakan sosial dilakukan sepanjang majlis berkenaan berlangsung.

Dipetik dari mStar, majlis ini juga dihadiri ramai seleberti ternama tanah air seperti Hannah Delisha dan suami Imam Shah, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan ramai lagi.

Dipetik dari Berita Harian, Asisten Komisioner Muhamad Zainal Abdullah menyatakan mereka yang melanggar SOP tidak akan terlepas dari tindakan undang-undang. Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dijemput untuk membacakan khutbah nikah dan tazkirah ringkas.

Ha, jangan main-main ye dengan undang-undang. Hmm. Kita bersangka baik sahaja, ya? Doakan semoga jodoh mereka berpanjangan dan tiada kluster majlis perkahwinan kelak!

Published by
Nana