Saban tahun, tanggal 7 April pasti dinanti-nantikan oleh peminat kumpulan K-Pop generasi kedua, Super Junior yang mengelar diri mereka sebagai ELF.
Ini memandangkan ia merupakan hari kelahiran salah seorang ahlinya yang paling disayangi, Choi Siwon yang telah meningkat ke usia 35 tahun pada hari ini.
Seperti kebiasaan, ELF akan melakukan sesuatu yang istimewa dan ekstra (so extra!) buat Siwon sempena sambutan hari kelahiran idol mereka ini seperti menempah papan iklan elektronik tertera dengan wajahnya di perhentian bas.
Begitupun, ada sesuatu berbeza yang dilakukan oleh Siwon semalam demi menghargai segala sokongan dan ucapan manis oleh ELF.
Menerusi hantaran beberapa foto ke akaun Instagram-nya, Siwon bergambar dengan ucapan yang dilakukan oleh ELF di sekitar bandaraya Seoul yang sempat dikunjunginya.
Serba kasual tanpa kehadiran orang lain di sekeliling, Siwon berdiri bersebelahan dengan papan iklan dan di sebuah kafe yang dihiasi dengan ucapan selamat hari jadi pada dinding dan dekorasi cawan.
Keseluruhan kafe tersebut penuh dengan foto wajahnya sendiri, namun Siwon tidak merasa awkward pun dengan dekorasi seperti itu.
Malah, Siwon merasa terharu dengan sokongan dan kesetiaan ELF selama ini yang sentiasa ada di belakangnya walaupun Super Junior sudah lama menyepi daripada mengeluarkan single baharu.
Catatnya, “Saya merasa amat dihargai. Saya ingin berterima kasih kepada semua peminat walaupun saya tidak mampu mengunjungi ke semua lokasi. Saya sentiasa menerima kasih sayang daripada kalian dan saya sentiasa bersyukur.”
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Tidak mustahil pada hari ini, ramai peminat Siwon yang akan mengerumuni kafe yang menerima kunjungannya semalam untuk bergambar!
ARTIKEL BERKAITAN : Mega Betul! Sambutan Hari Lahir Jisoo Blackpink Dihiaskan Oleh ‘Wedding Planner’ – REMAJA