Hiburan

Tidak Boleh Burukkan Dan Buka Aib Antara Satu Sama Lain. Fazura, Fattah Amin Boleh Dikenakan Perintah Hina Mahkamah – Peguam

Share

Kurang daripada satu jam selepas bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Isnin, pelakon terkenal, Fazura boleh dikenakan perintah menghina mahkamah kerana tidak menjaga aib bekas suaminya, Fattah Amin.

Menurut peguam syarie, Zulkifli Che Yong yang mewakili Fattah Amin atau nama penuhnya, Abdul Fattah Mohd Amin (34) berkata ia hanya boleh dilaksanakan jika Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin (41) benar-benar melanggar persetujuan perjanjian perceraian.

ARTIKEL BERKAITAN: #Fattzura Berakhir: Fattah Dan Fazura Sah Cerai Talak Satu, Sebak Keluar Dari Mahkamah

Kredit: Utusan Borneo

Jelasnya, ini kerana mahkamah telah merekodkan persetujuan sebagai suatu perintah, yang mana ia tidak didedahkan secara terperinci kepada umum.

“Jika berlaku pelanggaran perjanjian, maka pihak itu didapati tidak menghormati atau gagal mematuhi peruntukan. Mangsa dalam kes sini, boleh memfailkan permohonan menghina mahkamah dan jika dibenarkan, notis tunjuk sebab akan dikeluarkan, mengapa seseorang itu tidak patut dipenjara kerana melanggar perintah yang dibuat”

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin Nafi Curang & Abai Tanggungjawab Sebagai Bapa, Akui Terkejut Dengan Pendedahan Fazura

Kredit: Utusan Borneo

Dalam pada itu, dakwaan keretakan rumah tangga pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin semakin jelas apabila pelakon itu memfailkan perceraian pada 13 September lalu.

Sebelumnya, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Awani

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE