Tidak Dapat Edar Rumah Ke Rumah Akibat PKPB Di Sabah, Pemuda Sedia ‘Food Bank’ Bantu Golongan Susah

Share

Kes positif Covid-19 yang semakin meningkat terutamanya di negeri Sabah sejak kebelakangan ini sudah tentu menggusarkan banyak pihak. Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) pun telah dilaksanakan bagi mengelak pendemik Covid-19 terus menular.

Bukan hanya mereka yang duduk dibandar merasa kesannya, malah mereka yang tinggal di kampung dan pedalaman juga terasa ‘sakitnya’ kerana tidak dapat keluar untuk melakukan kegiatan harian.

Baru-baru ini, pihak Remaja dihubungi oleh seorang pemuda bersifat pemurah dalam menyalurkan bantuan kepada golongan yang terjejas terutamanya di Sabah.

Adrian Edy Siaw Chee Hua, berkongsi aktiviti kebajikannya dengan mewujudkan ‘Food Bank’ kerana bimbang dan risau  kepada golongan miskin dan miskin tegar serta golongan berpendapatan rendah. Tambahan lagi dengan pelaksanaan PKPB kepada keluarga yang kurang berkemampuan di dearah Inanam, Sabah.

Free jer, ambil sahaja

Tujuannya adalah untuk memberi kemudahan buat sesiapa sahaja golongan yang memerlukan, mendapatkan bekalan makanan tanpa perlu membayar. Menurut Edy beliau sebelum ini mengedarkan makanan dari rumah ke rumah, tapi disebabkan kes Covid19 yang semakin meningkat menyebabkan idea ‘food bank’ tercetus.

Baru dilancarkan sebulan, menurut Edy setiap keluarga dibenarkan mengambil 4 item yang disediakan. Hal ini bagi memastikan semua keluarga dapat bantuan yang disalurkan ini.

Sebelum PKPB ‘Foodbank’ ini dibuka dari Isnin hingga Jumaat tetapi disebabkan PKPB, Edy menambah sehari lagi sampai Sabtu sebab ramai terjejas dengan keadaan sekarang.


.

Setakat ini. lebih kurang 100 keluarga di daerah Inanam dapat manfaat daripada ‘foodbank’ ni.

Program Sarapan Percuma Dan Bank Alat Tulis

Selain ‘food bank’, pemuda ini juga akan menyalurkan bantuan kepada pelajar-pelajar sekolah dengan program “Sarapan Percuma” dan Bank alat tulis selepas PKPB di Sabah berakhir.

Kalau korang berminat untuk menghulurkan bantuan, boleh la hubungi Edy.

Semoga Eddy terus dimurahkan rezeki dan niatnya untuk membantu orang yang memerlukan di serata daerah di Sabah.

Published by
Ruziana Zainal