Tahniah Sufian Suhaimi!
Hanya dalam tempoh 10 jam saja setelah video muzik ‘Di Matamu’ dimuat naik ke YouTube, ia telah berjaya mencatatkan 800,000 ribu tontonan setakat ini. ‘Di Matamu’ juga kini menjadi video kedua paling trending di Malaysia.
Kebanyakan pendengar memuji lirik dan susunan lagu single tersebut yang bagi mereka menunjukkan kematangan Sufian sebagai penyanyi dan penulis lirik. Namun, setelah menonton video tersebut, sebahagian besar daripada kita seakan kurang memahami dengan jelas tentang jalan cerita yang cuba disampaikan oleh pengarahnya, Ji3Moon.
Pada permulaan video, kita memahami mesej “Setiap apa yang kita impikan, tak semua menjadi kenyataan.”
Tetapi apabila Sufian berkata, “Hiduplah dalam kebenaran. Kenyataan akan lebih jujur dari penantian”, well, kami rasa ramai yang perlukan pencerahan tentang maksud ayat tersebut.
Adakah Sufian ingin berkata dia pernah menipu sebelum ini, atau adakah dia ingin mengajak penonton untuk tidak berangan. Like, live your own life people.
Betul ke tekaan kami, Sufian?
Tiga Teori Jalan Cerita Oleh Peminat
Apapun, jalan ceritanya selepas itu telah mengundang lebih banyak persoalan berbanding pencerahan. Cuba baca teori yang telah diberikan oleh penonton video muzik ini. Korang paling setuju dengan teori yang mana?
Teori A
Sufian mempunyai GF free hair dan macam social sikit. Pergi karaoke la, jalan-jalan pegang tangan semua.
Pada waktu yang sama, dia terjumpa perempuan bertudung cun, dia pun jatuh cinta. Dia pergi semula jumpa GF free hair dan minta putus kerana dia sudah jatuh cinta dengan perempuan lain. Jadi dia teruskan hubungan baru sampailah ada orang (mungkin peminat atau hhm, ibu GF bertudung) korek semula cerita lama Sufian dengan GF free hair. So GF bertudung minta putus kerana terlebih emosional.
Teori B
Ada 3 orang perempuan, seorang bertudung. Lagi dua tu free hair. Mulanya, Sufian ada hubungan tidak serius dengan dua orang perempuan free hair (bukan status couple ya!). Kemudian dia terjumpa dengan perempuan bertudung dan ingin berkenalan dengannya.
Masa tu, diorang tak couple lagi tapi just nak jadi teman tapi mesra. Itu yang sampai bagi hadiah bunga walaupun belum declare. Tapi dia terkantoi pula apabila perempuan bertudung menuduh Sufian memainkan perasaan dua orang perempuan tadi.
Umpamanya, Sufian ni seorang playboy dan ‘layan’ perasaan perempuan free hair walaupun Sufian inginkan status kawan je.
Teori C
Sufian rasakan diri dia hina sangat kerana dia masih terfikirkan tentang 2 perempuan free hair walaupun dia sedang menjalinkan hubungan dengan perempuan bertudung. Sebab itulah, dia berdiri bersebelahan dengan bayang-bayang sendiri dalam bilik merah kerana dia cuba untuk menyalahkan diri sendiri kerana tak berlaku jujur dengan dirinya dan kesemua 3 orang perempuan yang ada.
Haish, pening pulak kami bila dengar 3 teori ni.
Satu saja part yang kami tak faham. Sufian menyanyikan lirik “Dan kau membuang diriku, sesuka hatimu. Dan memilih dia”.
Err, siapa ‘dia’? Takkanlah perempuan bertudung itu curang, kerana muzik video ini menunjukkan Sufian yang curang.
Ataupun, lirik itu sebenarnya adalah isi hati perempuan free hair, kerana mereka beranggapan Sufian membuang cinta mereka demi memilih perempuan bertudung?
Harap-harap Sufian boleh jelaskan mengenai jalan cerita video muzik ini. Kalau tak, ada juga peminat yang tak boleh tidur setiap malam nanti hehe.
Apa kata korang tonton sendiri dan comment mengenai jalan cerita sebenar ‘Di Matamu’.