Serangan terbaharu Israel terhadap Gaza telah berlaku sejak 8 Mei lalu semakin memuncak apabila tentera negara zionis itu dengan beraninya melangar undang-undang antarabangsa.
Selain membunuh kanak-kanak kini mereka dengan terang-terangan mencabar undang-undang antarabangsa dengan meletupkan bangunan Pusat Media Antarabangsa di Gaza yang menempatkan pejabat Aljazeera dan Associated Press (AP).
Dalam laporan Reuters, pemilik bangunan yang menempatkan pusat media antarabangsa itu telah diberi amaran terlebih dahulu bahawa peluru berpandu akan dilancarkan menyasarkan bangunan tersebut dengan alasan lokasi tersebut menjadi lokasi yang digunakan oleh Pejuang Hamas.
Untuk pengetahuan pembaca, bangunan tersebut bukan sahaja menempatkan pusat media antarabangsa sebaliknya ia juga turut dilengkapi dengan beberapa unit kediaman pangsapuri dan pejabat-pejabat lain.
Tindakan tentera Israel ini disifatkan sebagai satu usaha untuk mengekang media dari melaporkan apa yang terjadi. Namun begitu, jurucakap tentera Israel menafikannya.
Sumber & Gambar: Reuters