Tidak Kisah HERO Siapa, ANNA JOBLING Yakin Peminat Tetap Sokong Drama Lakonannya Sebab..

Share

Fenomena #MeerNa yang tercetus setelah gelombang peminat terhadap drama Melur Untuk Firdaus masih dapat dirasai terutamanya di media sosial.

Sukar sekali fenomena sedemikian yang ‘melimpah’ tempiasnya hingga ke Indonesia untuk terjadi pada drama terbitan tempatan. Namun dengan jalan cerita dan skrip yang menarik serta keserasian seperti yang diukir oleh gandingan peneraju Melur Untuk Firdaus, Meerqeen dan Anna Jobling; tiada apa yang mustahil.

Anna Jobling, 22 secara peribadinya bersyukur dengan perjalanan kerjaya yang kini semakin stabil dan mendapat tempat dalam kalangan produksi seindustri. Terbaru, kelibat Anna dapat ditonton menerusi dua buah drama yang ditayangkan dalam rangka waktu sama iaitu drama Terima Kasih Cinta bagi slot Akasia di saluran TV3 dan drama Dia Yang Ku Jadikan Suami

bagi slot Megadrama di saluran Astro.
Anna bergandingan dengan Amar Baharin dalam drama Terima Kasih Cinta.

Di merata-rata tempat ya wajah Anna Jobling!

“Ya (ketawa) selepas tamat sahaja drama di Akasia, (saya) muncul pula di saluran satu lagi untuk Megadrama. Saya ada tanyakan kepada peminat sekiranya mereka muak melihat wajah saya di merata-rata tempat and they were like, ‘No we love it!’. (Ketawa)

“Bukan salah saya kebetulan dua drama ini ditayangkan pada waktu yang sama. Sebagai pelakon, saya hanya lunaskan tugas sewaktu penggambaran dan keputusan bilakah ia bakal disiarkan terletak di tangan produksi serta stesen televisyen berkenaan.

“Tapi kadangkala saya rasakan juga (situasi dua drama lakonannya ditayangkan serentak) ini kelakar namun tetap bersyukur,” ulasnya sewaktu ditemui di majlis pelancaran butik wangian antarabangsa, Creed di Pavilion Kuala Lumpur.

Anna menghadirinya acara di butik Creed, Pavilion Kuala Lumpur pada 1 Disember.

 

Gandingan Hero Berlainan

Apabila fenomena #MeerNa masih belum hilang kehangatannya dalam kalangan peminat yang gemar menyaksikan Meerqeen dan Anna digandingkan, tidakkah Anna risau sekiranya peminat sukar menerima gandingannya dengan hero yang lain?

“Saya sangat-sangat bersyukur kerana peminat amat menyokong kerjaya saya. Tidak kisahlah hero siapa, mereka akan sentiasa pastikan drama saya tular.

“Bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara-negara luar seperti Filipina, Mesir, Singapura, Indonesia. Mereka akan selalu bekerja keras untuk pastikan orang ramai menontonnya walau bagaimana sekalipun menerusi ciapan serta hantaran di media sosial,” tambah Anna.

Fun fact! Penggambaran drama Dia Yang Ku Jadikan Suami sebenarnya telah dilakukan kira-kira setahun ke dua tahun yang lalu lagi. Anna sendiri perasan perubahan terhadap fizikalnya yang, “kelihatan baby sangat di samping Malek McCrone berbanding sekarang”.

Anna bersama gandingannya dalam drama Dia Yang Ku Jadikan Suami, Malek McCrone.

REMAJA pasti peminat Anna akan terus memberikan sokongan tidak kiralah bagaimana paras rupa, genre cerita, gandingan hero dan watak yang dibawakannya selepas ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Persis Barbie Bergerak! Jurusolek Anna Jobling Bongkar 5 Produk Rahsia Untuk Solekan Ini – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ