Tidak Kisah Raya Sekejap. Usai Dilantik Duta YSL, Meerqeen ‘Terbang’ Ke NYC Pula Bagi Tiffany & Co

Share

Perkataan lelah tiada dalam kamus kehidupan pelakon dan jurucakap jenama, Meerqeen.

Demi memenuhi tuntutan tugas di luar negara, jejaka berusia 21 tahun ini terpaksa memendekkan cuti perayaan Aidilfitri-nya sehingga hari Isnin sebelum dirinya ‘terbang’ ke kota metropolitan New York bagi menyertai acara pelancaran butik Tiffany And Co baharu di lokasi berprestij, 727 Fifth Avenue.

Di antara selebriti Malaysia yang turut berada di sana termasuklah Zahirah Macwilson dan Jane Chuck.

Selain itu, beberapa nama antarabangsa lain yang juga memeriahkan acara pelancaran tersebut ialah pelakon sensasi Thailand, Win Metawin; Henry Lau, Anne Curtis dan duta jenama Tiffany And Co., Gal Gadot.

Terdahulu, Meerqeen juga baru dilantik sebagai duta jenama warga Malaysia pertama untuk Foundation & Fragrance Franchise di bawah YSL Beauty Malaysia.

Sebagai seorang yang menjangkaui batasan dan bebas dalam menentukan hala tuju kehidupannya, Meerqeen mempunyai kriteria yang sepadan dengan jenama seperti YSL Beauty dalam mengetengahkan aspirasi tidak konvensional dan berkarakter dalam apa jua yang dilakukan.

“Saya tidak merasa sebarang tekanan. Saya tahu apa yang saya buat. Saya suka apa yang saya sedang buat. Jadi saya tidak tertekan pun dengan jadual yang silih berganti antara dunia lakonan dan tugas sebagai duta jenama produk. I love my job so much

dan saya ‘layan’ sahaja perjalanan ini.

“Sebelum saya menjadi figura am, saya sudah meletakkan goals yang tinggi untuk saya kecapi dalam industri seni hiburan ini.”

“Saya pernah mengimpikan peluang bekerjasama dengan jenama-jenama antarabangsa sejak di bangku sekolah lagi. Apabila impian itu kini bertukar realiti, tak kan saya nak rasa tertekan. Saya lihatnya sebagai kerja harian saya and I’m loving every second of it,” ulasnya sewaktu ditemui REMAJA baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini Yang Saya Pilih..” Meerqeen Abaikan Kata-Kata Nakal Kononnya Wajah ‘Terlalu Mainstream’ – REMAJA

Jom klik paparan Remaja BFF Tag di bawah bagi mengetahui siapakah celebrity crush

Meerqeen dan Hun Haqeem!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ