Selama ini, pengguna kad Touch ‘N Go di kawasan parkir kenderaan selalu akan mengomel setiap kali mereka dikenakan surcaj 10 peratus ketika keluar dari bangunan.
Iyalah, sudahlah tempoh masa kita letakkan kenderaan sama dengan kereta sebelah tetapi kita pula yang dikenakan bayaran lebih.
Nasib baik isu itu akan diselesaikan tak lama lagi.
Hari ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan iaitu Yang Berhormat Chong Chieng Jen mengumumkan kerajaan dalam proses pemansuhan surcaj tersebut secara berperingkat.
Ia tidak boleh dimansuhkan secara serta-merta kerana pihak Touch ‘N Go dan pengendali kawasan parkir kenderaan masih terikat dengan kontrak berasaskan surcaj sedia ada. Ia masih belum berakhir, hanya setelah mereka menandatangani perjanjian baharu ia dapat dikuatkuasakan.
Pada awal minggu ini, tular di media sosial apabila pengguna Touch ‘N Go meluahkan rasa tidak puas hati dengan caj tambahan sebanyak RM0.50 yang dkenakan apabila mereka menambah nilai kad mereka.
Ia mendapat reaksi luar biasa sehingga wujud tanda pagar #mansuhtouchngo.
Sumber: BHarian