Tidak Lagi Wajib Matikan Telefon Sewaktu Berlepas & Mendarat Dengan Pesawat MAS, Firely

Share

Syarikat penerbangan di bawah Malaysia Airlines Group (MAG) seperti Malaysia Airlines, Firefly dan MASwings tidak lagi akan melaksanakan peraturan memadamkan peranti elektronik mudah alih termasuklah telefon pintar sewaktu pesawat berlepas, mendarat dan sepanjang perjalanan mulai 1 Julai 2023.

Pengumuman yang dilakukan oleh Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) itu sekaligus menjadikan ketiga-tiga syarikat penerbangan itu sebagai syarikat penerbangan pertama tempatan yang membenarkan sambungan internet pintu-ke-pintu untuk penumpang.

Peraturan Menjadi Longgar

Seperti yang kita semua tahu, sudah menjadi kewajiban agar semua anak kapal dan penumpang pesawat untuk mematikan peranti seperti telefon pintar, tablet atau sebarang peranti mudahalih kecil. Kesemua itu seharusnya disimpan di dalam poket di belakang kerusi.

Namun dengan peraturan baru ini, peranti ini boleh terus digunakan selagi korang mengaktifkan mod penerbangan pada peranti. Jadi, korang bolehlah terus menonton kandungan yang telah dimuat turun ataupun merakam foto serta video pada bila-bila masa.

Seperkara lagi, bagi penumpang kelas perniagaan dan suite perniagaan di dalam pesawat Malaysia Airlines, mereka juga boleh menikmati jaringan Wi-Fi berkelajuan 512kbps dan had kuota 100MB secara PERCUMA dari 1 Julai sehingga 31 Disember 2023. Sekiranya korang merupakan ahli Enrich Platinum, korang juga akan menerima tawaran ini tanpa mengira kelas penerbangn.

Selain itu, MAG juga menyatakan bahawa ia akan terus memodenkan pengalaman di dalam pesawat seperti menggunakan kerusi lebih ringan tanpa skrin, tempat meletak peranti, dua post USB jenis A dan C di samping memastikan keselamatan dan keselasaan penumpang.

Jadi selepas ini sekiranya korang lihat sesiapa ligat menggunakan telefon pintar sewaktu pesawat berlepas dan mendarat, janganlah jadi ‘pembaris’ dengan menegur mereka. Hehe..

Tidak mustahil lebih banyk syarikat penerbangan yang akan mengaplikasi peraturan baharu ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ