Sejak tahun lepas lagi, Kwon Mina sudah beberapa kali mencuri tumpuan peminat hiburan K-pop tetapi kebanyakkannya disebabkan alasan yang negatif.
Mei tahun lalu, Mina pernah mendakwa dibuli ahli kumpulan lamanya AOA iaitu Shin Jimin selama 10 tahun. Pada Jun tahun ini pula, dia dituduh merampas teman lelaki orang yang dikenali sebagai Yoo. Walaupun pada awalnya menidakkan tuduhan itu, sebulan kemudian Mina memberi kenyataan maaf di Instagram dan mengaku dia telah curang bersama jejaka bernama Yoo itu.
Fuh..
Kini satu berita tidak enak hadir mengenai penyanyi ini. Mina dilaporkan oleh JoongAng Ilbo terpaksa berdepan satu pembedahan kecemasan dek kerana pendarahan keterlaluan akibat percubaan membunuh diri dengan cara mencederakan diri.
Dakwaan itu timbul setelah Mina ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya oleh seorang rakan yang berniat untuk menziarahi Mina.
Ads
Setelah penyanyi itu tidak membalas panggilan telefon rakannya itu, dia mulai merasa risau dan bertindak menghubungi ambulan bagi mendapatkan bantuan kecemasan. Buat masa ini, Mina masih dikatakan belum sedarkan diri selepas pembedahan.
Mengikut tinjauan beberapa hari lalu di akaun Instagram Mina, dia telah memuat naik beberapa hantaran setelah kira-kira sebulan ‘menjauhi’ Instagram demi kesihatan mentalnya. Maaf, kami tidak dapat memuat naik kesemua gambar tersebut memandangkan ia agak keterlaluan termasuklah imej lengan berdarah.
Salah satu hantaran tersebut termasuklah foto sepucuk surat yang mengandungi empat muka surat. Antara kandungan surat itu menceritakan bagaimana Mina memohon maaf di atas segala perilaku dan pertutturannya selama ini. Mina juga berjanji ingin meninggalkan media sosial.
Ads
Kesemua hantaran tersebut telah dipadamkan daripada akaun Instagram Mina.
Dalam pada itu, Mina turut tidak teragak-agak membongkarkan beberapa mesej negatif daripada warganet. Ada yang inginkan Mina meninggal dunia dan ada juga yang masih menghentamnya setelah dia ‘merosakkan’ kehidupan lima orang ahli AOA lain hinggakan kumpulan itu kini hanya terdiri daripada tiga orang ahli saja; Hyejeong, Seolhyun dan Chanmin.
Buat masa ini, wakil daripada kumpulan AOA ataupun label mereka FNC masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan.
Janganlah kita sesekali mengambil keputusan membunuh diri guys sekiranya hidup dalam tekanan sekalipun. Lihat sajalah kepada selebriti yang pernah membunuh diri ini dan betapa sedih ahli keluarga dan rakan rapat mereka sejurus mengetahui berita tersebut.
Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya ada beberapa selebriti popular dunia sebenarnya pernah memegang atau menyertai pertandingan ratu cantik.
Tidak hairanlah sekiranya mereka terlibat dalam pertandingan kecantikan seumpama ini kan? Nah, berikut kami senaraikan antara barisan selebriti popular yang pernah bergelar ratu cantik.
1. Halle Berry
Halle pernah memenangi Miss Teen All American pada tahun 1985 dan Miss Ohio USA pada 1986. Selebriti ini akhirnya menjadi naib juara bagi gelaran Miss USA pada tahun 1986.
2. Eva Longoria
Sebelum bergelar pelakon, Eva telah memenangi gelaran Miss Corpus Christi, Amerika Syarikat pada tahun 1998.
3. Olivia Culpo
Selepas mendapat gelaran Miss Rhode Island, Olivia terus memenangi mahkota Miss USA pada tahun 2012 dan selepas itu dia menyertai Miss Universe dan memenangi gelaran dalam pertandingan itu juga.
4. Priyanka Chopra
Pernah dinobatkan sebagai Miss India pada 2000 dan dalam tahun yang sama juga dia telah memenangi gelaran Miss World.
5. Michelle Yeoh
Anak kelahiran Malaysia yang kini menjadi pelakon Hollywood ini juga pernah menerima gelaran Miss Malaysia pada tahun 1983.
6. Gal Gadot
Selepas berkhidmat dalam tentera Israel, Gal bertanding dalam pertandingan Miss Israel dan menang pada tahun 2004. Pada tahun yang sama, dia bertanding dalam pertandingan Miss Universe, tetapi tidak membawa pulang mahkota.
7. Aishwarya Rai
Populariti selebriti Bollywood ini naik secara mendadak selepas berjaya menerima gelaran Miss World pada tahun 1994.
8. Lee Hanee
Selebriti dari Korea ini juga pernah menyertai Miss Korea pada tahun 2006 dan kemudiannya bertanding mewakili Korea ke Miss Universe 2007 dan mendapat tempat keempat.
9. Oprah Winfrey
Sebelum popular dengan rancangan The Oprah Winfrey Show, pengacara dan pelakon ini pernah memegang gelaran Miss Black Tennessee pada tahun 1972.
Tak hairanlah kalau mereka pernah mewakili negara dalam pertandingan ratu cantik kan kerana masing-masing punya aura dan kecantikan tersendiri.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas mereka berpecah untuk sementara waktu (yeah right, macamlah sementara sangat) dan melakukan projek nyanyian masing-masing, susah bebenar untuk kita melihat ahli kumpulan One Direction berjumpa.
Kecualilah jika korang ambil kira tweet yang berbalas di antara Louis, Harry, Liam dan Niall. Zayn masih menjauhkan diri.
Kalau di karpet merah, acara anugerah atau dalam rancangan temubual televisyen yang sama, memang tak lah mereka akan ditemukan.
Jadi apabila dua ahli kumpulannya melakukan reunion ringkas semalam, semua Directioners menjerit kegembiraan. Mungkinkah One Direction akan bersatu tak lama lagi?
Louis Tomlinson kini sedang bertugas sebagai juri di rancangan X-Factor UK. Rancangan sama yang menyatukan One Direction pada tahun 2009.
Semalam, Louis menerima bantuan daripada Liam Payne. Episod ujibakat berlangsung di rumah Louis kerana musim ini dikenali sebagai X-Factor UK Judges’ House edition. Liam dilihat duduk bersebelahan Louis dan kadangkala turut menyanyi bersama-sama peserta.
Walaupun Louis dan Liam tidak menyanyi lagu One Direction bersama, namun mereka memuat naik posting di Instagram untuk saling berterima kasih atas persahabatan yang terjalin di antara mereka.
Kata Liam, “Was a pleasure to join my brother @louist91 for his judges house auditions. And of course the legend that is @nilerodgers. Good luck to all of the contestants, I really enjoyed meeting you all and hearing you sing.
Louis juga sempat berterima kasih kepada produser, Nile Rodgers dan Liam.
Walaupun ia bukanlah reunion rasmi One Direction, namun peminat masih teruja dan berharap agar One Direction akan kembali bersatu tak lama lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak sah kalau netizen Malaysia terutamanya K-poppers tidak menyebut nama kumpulan K-pop ataupun ahli K-pop di Twitter setiap hari. Tak sah juga sekiranya dunia K-pop tidak menjadi salah satu daripada 10 topik paling trending di Malaysia pada setiap hari!
Itulah kekuatan yang dimiliki oleh idol kegemaran korang di Malaysia, peminat mereka di sini tidak sesekali jemu untuk melayan perkembangan terbaru idol masing-masing di Twitter. Sekaligus melonjakkan lagi populariti yang mereka ada.
Menurut Twitter hari ini, sebarang perkembangan mengenai K-pop sejak 12 bulan yang lalu telah menerima sejumlah 6.1 bilion tweet walaupun dunia sedang dilanda pandemik Covid-19 sekarang.
Pergh, banyak tu!
Demi meraikan sambutan daripada peminat ini, tanda pagar #KpopTwitter telahpun dimulakan oleh Twitter dengan kolaborasi K-pop Radar bagi mengumumkan 10 kumpulan K-pop paling kerap disebut oleh netizen Twitterdi Malaysia pada tahun ini.
Sementara itu, ini adalah 10 lagu K-pop paling kerap disebut di Twitter Malaysia.
Kongsi Ketua Perkongsian K-Pop, Kim Yeon Jeong di Twitter, mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat atas sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang 10 tahun ini.
Untuk meraikan sokongan peminat ini, Twitter akan menganjurkan siaran langsung ‘Decade #KpopTwitter’ di Blueroom Twitter bersama artis-artis K-pop yang memulakan trend kegilaan K-pop di seluruh dunia. Antaranya termasuklah Wonder Girls, Kihyun dan Hyunwon, MONSTA X, Stray Kids, Sunmi dan Bang Chan.
Dengar cerita, ia berkonsepkan sesi bual bicara bagi mengimbas semula perjalanan K-pop sepanjang tempoh 10 tahun lalu. Korang boleh menonton semula siaran langsung tersebut di akaun @TwitterLive atau @TwitterKorea.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hutang...Urgh, sebut sahaja tentang budaya berhutang hati terus jadi tak keruan. Kata orang disebabkan hutang, hubungan antara ahli keluarga dan rakan karib pun boleh...