Misompuru yang membawa maksud keramaian menjadi judul yang dipilih bagi album terbaru juara Anugerah Juara Lagu ke-39, Marsha Milan!
Marsha ketika ditemui REMAJA baru-baru ini di pelancaran koleksi raya ShawlPublika x SethandLuna berkata, Misompuru merupakan impian yang dipendam olehnya sejak 20 tahun lalu dan akhirnya tiba juga waktu yang tepat untuk menerbitkannya.
“Sejak awal berada dalam industri ini, saya memang teringin mempunyai sebuah album muzik Borneo. Bila saya sudah ada sumber mencukupi, dana kewangan pun ada serta pasukan sudah kuat untuk keluarkan sebuah album, maka terhasillah Misompuru.”
“Jujurnya saya sebak sangat bila habis rakaman pada Januari lalu kerana saya rasa projek ini dekat dengan hati saya. Saya suka lagu-lagu Borneo dan saya bangga dengan budaya turun-temurun kami. Ini merupakan ‘passion project’ yang saya sudah lama teringin nak buat. Alhamdulillah,” kata penyanyi yang berasal dari Tamparuli, Tuaran di Sabah itu.
Misompuru memuatkan lima buah lagu gabungan dialek serta kebudayaan negeri Sabah dan Sarawak. Marsha turut merasakan dirinya bertuah kerana mempunyai rakan-rakan kolaborasi bagi Misompuru.
Ini termasuklah Velvet Aduk (dari Akademi Fantasia musim keempat), Alena Murang, Amir Jahari dan Rich Gimbang (vokalis kumpulan Estranged). Kalau nak tahu, Marsha juga tidak ketinggalan untuk menyumbang idea bagi lirik salah satu lagu berjudul Santai Saja.
Ads
Berikut merupakan senarai trek bagi Misompuru:
Trek 1: Nalan Nalan (Marsha Milan & Alena Murang)
Trek 2: Lintah Darat(Marsha Milan & Velvet Aduk)
Trek 3: Pelangi Pasti (Amir Jahari)
Trek 4: Santai Saja (Marsha Milan)
Ads
Trek 5: Hey Aramai Ti(Marsha Milan & Datuk Francis Landong)
Saya Berasal Dari Suku Kaum Minoriti, Jadi…
Kalau korang masih ingat, Marsha dan Velvet sebelum ini pernah muncul dengan single Sumandak Sabah iaitu sebuah lagu Borneo yang sehingga kini menjadi siulan orang ramai.
Sedari awal, Marsha tidak pernah lupakan asal-usulnya. Tolak ketepi penampilannya bak penyanyi antarabangsa di pentas berprestij, Marsha tetap berdiri di bumi nyata sebagai seorang anak seni kelahiran Sabah. Lalu, penyanyi berusia 39 tahun ini merasakan bahunya digalas dengan tanggungjawab untuk mempromosikan kebudayaan masyarakat dari Borneo.
Ads
“Terus terang saya cakap dalam industri seni kita, saya datang daripada suku kaum minoriti. Misompuru bukan hanya projek nyanyian saya tetapi ia adalah satu langkah ke hadapan bagi suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak dalam industri arus perdana.
“Dengan konsep keramaian yang menggabungkan pelbagai elemen budaya, album ini dihasilkan sebagai satu perayaan muzik yang meraikan keindahan kepelbagaian,” katanya.
Tidak cukup dengan projek album baharu ini, Marsha juga berkongsi mengenai kemunculan sebuah lagi runut bunyi drama bersiri. Ia hadir selepas kejayaan Hening Rindu di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 yang pernah menjadi runut bunyi drama Aku Bukan Ustazah musim pertama.
Nak tahu lagu kali ini adalah untuk drama yang mana satu, kenalah tunggu!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, gara-gara kenyataan pelakon berkaliber, Datuk Aaron Aziz mengenai pengarah kontroversi, Syamsul Yusof yang sempat menjamah kuetiau goreng masakan isteri tercintanya, Datin Diana Halik ketika berkunjung ke kediaman mereka sebelum ini, ia sekaligus meraih perhatian warganet.
Apa yang menarik lagi, Aaron berkongsi pengarah filem Mat Kilau itu sampai menambah dua kali menikmati hidangan masakan isterinya sehingga rata-rata warganet meminta Diyana untuk berkongsi resipi tersebut.
Menerusi siaran langsung yang dimuat naik semula seorang Youtuber, Diyana tampil berkongsi resipi kuetiau goreng yang tular selepas menerima ‘demand’ yang tinggi daripada netizen.
Dalam sesi tersebut, isteri pelakon filem popular Ombak Rindu itu menyenaraikan bahan-bahan yang digunakan dalam masakannya bagi orang ramai yang ingin mencuba resipi berkenaan.
“Kuetiau itu biasa sahaja lah, pakai cili serbaguna jenama Sufi, sos tomato dan cili.
“Selepas itu letak sos tiram sedikit, dan kemudannya letak pula makanan laut dan kicap jenama ABC, itu sahaja,” kongsinya kepada pengikut.
Terdahulu, Aaron menerusi satu hantaran videodi laman Instagram mendedahkan hal sebenar yang terjadi antara dia dan pengarah filem Munafik itu.
Isu berkenaan timbul disebabkan Syamsul sebelum ini memaklumkan bahawa nama Aaron digugurkan atas beberapa faktor antaranya usia, saiz fizikal dan masalah kesihatan yang dialami laitu slip disc.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tidak ramai komposer yang mampu menggabungkan disiplin kerja tinggi dengan sifat mesra dan mudah didekati, namun bagi pemenang tempat ketiga Raise The Star Malaysia 2025 (RTSMY), Rayme, Audi Mok ialah contoh terbaik.
Berkongsi pengalaman bekerjasama dengan komposer prolifik itu, penyanyi muda ini mengakui terkejut dengan cara kerja Audi Mok yang luar biasa fleksibel, pantas, dan sentiasa terbuka menerima idea baharu.
“Dia sangatlah gila, tapi gilanya yang bukan berlagak. Dia sangat friendly, bila kita nak berkomunikasi dengan dia kita rasa tak gementar atau takut kerana dia buat kita sangat dekat dengan diri kita.
“Selain itu, dia buat kita tak rasa gementar untuk bercakap dengan dia. Paling menarik, dia okey sahaja jika WhatsApp dia pada tengah pagi di mana waktu orang lain sedang nyenyak tidur,” katanya kepada Remaja.
Menurutnya, Audi Mok tidak terikat dengan waktu kerja yang rigid, sebaliknya mengutamakan kelancaran komunikasi demi menghasilkan karya terbaik.
“Kalau ada idea baharu, dia minta komunikasi di WhatsApp sahaja terus. Bila telefon atau mesej, Audi Mok memang pantas untuk reply. Dia sememangya sifu yang sangat baik hati,” tambahnya lagi.
Bagi penyanyi tersebut, gaya kerja Audi Mok membuktikan bahawa kreativiti tidak mengenal waktu dan hubungan kerja yang baik adalah kunci kepada hasil yang berkualiti.
“Dia bukan sekadar memberi arahan, tapi turut mendengar pandangan kami sebagai artis baru. Itu yang buat saya rasa selesa dan lebih berani mencuba,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bintang terkenal K-Pop, Yugyeom GOT7 baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila mengumumkan tarikh rasmi pendaftarannya untuk menjalani latihan wajib ketenteraan dan akan memulakan perkhidmatannya...