Tidak Mahu Perkahwinan Diatur Keluarga. Pemuda Nekad Mengiklankan Diri Sendiri

Share

Mencari cinta adalah satu perkara subjektif, ada yang bertemu jodoh dengan kenalan sendiri ada juga yang menggunakan perkhidmatan laman bertemu jodoh. Apa sahaja cara tidak salah asalkan niatnya betul.

Namun ada satu perkara yang ditakuti pemuda pemudi masa kini. Jodoh yang diatur keluarga! Inilah yang terjadi kepada soerang pemuda berusia 29 tahun yang berasal dari London. Muhammad Malik mengambil pendekatan tersendiri akibat tidak mahu jodoh yang dipilih oleh keluarganya.

Caranya memang cukup berbeza dan menggunakan pemikiran di luar kotak! Dia mengiklankan dirinya sendiri di papan iklan siap dengan gambarnya yang berbaring sambil tersenyum.

Menjadikan iklannya itu lebih menarik, mesej yang digunakan cukup berterus terang. “Selamatkan saya daripada perkahwinan yang diaturkan,” ujarnya dalam papan iklan itu. Di samping mesej itu turut disertakan adalah laman sesawang dengan alamat findmalikawife.com bagi memudahkan mana-mana wanita untuk menghubunginya.

Dalam laman sesawang itu pemuda itu berkata yang dia merupakan seorang usahawan, penggemar makanan dan beragama.

Menerangkan mengapa dia memilih cara tersebut bagi mencari jodoh, Malik menyatakan di dalam video tersebut yang dia belum berjumpa dengan wanita yang sesuai. “Saya masih belum menemui gadis yang sesuai. Ia sukar di luar sana. Saya terpaksa mendapatkan papan iklan untuk dilihat!” ujarnya.

Tambahnya lagi mengenai kriteria isteri yang dicari, “Pasangan ideal saya mestilah wanita Muslim yang berusia 20an yang juga berusaha untuk memperbaiki deennya. Saya juga terbuka dengan gadis dari etnik mana sekalipun, tetapi mereka harus tahu yang saya dibesarkan dalam keluarga Punjabi yang amat tegar.”

Malik menjelaskan bahawa dia tidak menentang perkahwinan yang diatur. Dia memberitahu pengunjung laman seswangnya bahawa dia berpendapat perkahwinan yang diatur mempunyai tempat dan tradisi dalam banyak budaya Islam, namun dia mahu mencari jodohnya dengan sendiri dahulu.

+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1), (2)

 

 

Published by
Fiezreen