Fesyen

Tidak Mahu Tanggung Dosa, Dahlia Rizal Tidak Akan Tipu Buat Ulasan Produk!

Share

Terbaru, pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal menjelaskan bahawa dia tidak akan menerima tawaran sebagai duta sebelum mencuba sendiri produk terbabit.

Jelas Dahlia, pendirian itu dibuat kerana enggan menanggung dosa dan bimbang azab di akhirat dengan menipu pengguna menerusi ulasan produk yang belum dicuba terlebih dahulu.

Menurutnya lagi, kesedaran itu timbul selepas dia menghadiri kelas agama bersama suaminya yang juga pelakon, Imran Aqil baru-baru ini.

Kredit: Dahlia Rizal

“Saya tidak mahu tanggung dosa dan takut di akhirat nanti. Ketika menghadiri kelas agama bersama suami, ustaz itu mengatakan saya akan mendapat dosa besar jika menipu dalam membuat ulasan produk”

“Contohnya jika sesuatu produk itu tidak bagus atau makanan tidak sedap, tetapi saya menipu kata bagus. Bayangkan jika 100,000 orang beli produk atau makanan itu hanya kerana melihat ulasan yang saya lakukan”

“Saya akan mendapat dosa besar daripada setiap orang yang beli kerana saya. Dulu semasa muda tidak berfikir panjang dan kejar duit saja, sekarang saya sedar tanggungjawab seorang pempengaruh sangat besar,” katanya.

Dahlia berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelantikannya sebagi duta terbaharu produk makanan kesihatan K-Colly di sebuah hotel, di sini, baru-baru ini.

Kredit: HibGlam

Dalam pada itu, Dahlia yang juga duta kepada produk K-Colly juga turut berkongsi bahawa dia telah mencuba sendiri produk tersebut selama hampir dua bulan sebelum mengambil keputusan untuk menjalinkan kerjasama dengan jenama itu.

Katanya, “saya tidak suka makan ubat dan tidak pernah amal sebarang suplemen untuk kulit wajah. Jadi saya cuba sendiri dan lihat keberkesanan sebelum setuju untuk jadi duta”.

Jelasnya, produk seperti suplemen akan masuk ke dalam tubuh badan. Jadi dia tidak akan mengambil risiko dengan mempromosi produk yang tidak selamat untuk digunakan.

Sekadar info, Dahlia Rizal merupakan pempengaruh yang terkenal dengan perkongsian tips kecantikan, fesyen wanita berhijab dan juga

lifestyle. Dahlia juga merupakan isteri kepada pelakon Imran Aqil dan mereka telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023 selepas setahun mengikat tali pertunangan.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE