Bergelar anak sulung kepada komposer popular tanah air, Iman Wan bukanlah tiket ekspres untuk Arena Wan Mun Yi mengejar populariti dalam industri seni hiburan.
Bakat Arena, 24 pada awalnya dicungkil menerusi penyertaan dalam pencarian Dewi Remaja 2018/19. Biarpun tidak berpeluang untuk melangkah ke pusingan akhir bersama 5 peserta lain, Arena membuktikan dia punyai sokongan orang ramai bagi mengejar impian sebagai anak seni apabila dinobatkan sebagai Dewi Favourite hasil undian peminat.
Lima tahun menerokai bidang ini, Arena mengakui ada naik surutnya sebagai pendatang baharu. Kehadiran ramai selebriti muda lain dalam dunia digital sedikit sebanyak memberikan cabaran buatnya untuk menyerlah.
Bukannya Arena tidak berbekalkan penglibatan dalam drama-drama tempatan termasuklah untuk SMK Musim 2 (2020), Hati Yang Dikhianati (2021), She Was Pretty Malaysia (2022) dan Kau vs Aku (2022). Cuma rezeki untuk menjadi pilihan pertama pengarah bagi watak utama belum jatuh ke riba..
..sehinggalah munculnya naskah Journal Sara-haeyo pada tahun ini!
Arena Wan merasakan rezeki berpihak kepadanya pada tahun 2023 berkat kesabaran dan usaha selama lima tahun bergelar anak seni.
Hello Sara!
Menemui Arena dalam sidang media Journal Sara-haeyo yang dibawakan oleh VIU Malaysia, sukar buatnya berselindung di sebalik rasa teruja di atas peluang yang diperolehinya ini.
“Apabila saya terima panggilan untuk menjadi sebahagian daripada projek Journal Sara-haeyo, saya memang dapatkan rasakan keterujaan berganda. Bukan sahaja saya menjadi pilihan utama untuk memegang watak Sara, saya juga menerima panggilan tawaran oleh Blimey sendiri!
Ads
“Selama ini, saya hanya meminati Jade dan Dasoul dari jauh dan menonton mereka di YouTube seperti orang lain. Kini, saya sudahpun bekerjasama dengan mereka.
“Rasa gementar itu tentulah ada kerana untuk kali pertama, saya bergelar pelakon utama dan ‘membawa’ jalan cerita Journal Sara-haeyo. Tetapi, sebahagian besar daripada diri saya merasa yakin. Drama ini seakan ditulis untuk saya kerana saya juga adalah peminat K-pop dan K-drama tegar,” katanya.
Tidak Dibuat-Buat
Arena sendiri merasakan personalitinya 90 peratus menyamai watak Sara yang dilakonkannya. Sara digambarkan sebagai pelajar tahun akhir universiti yang menulis sebuah jurnal khas tentang impiannya untuk ke Korea Selatan dan mencari jodoh ‘Oppa’-nya satu hari nanti.
Ads
Sara kemudian mendapat peluang ke Korea Selatan apabila dia dan rakan sekelas perlu merancang lawatan universiti ke sana. Begitupun, perancangannya tidak berlangsung dengan mudah apabila Sara dibuli di ruangan digital dan secara face to face kerana minatnya terhadap K-pop dan K-drama.
Menariknya, pengalaman Arena ke Korea Selatan untuk penggambaran Journal Sara-haeyo juga adalah pengalaman pertamanya ke negara tersebut.
“Kali pertama ke Korea, kali pertama ke luar negara, kali pertama buat pasport! (Ketawa) Sama seperti watak Sara. Oleh itu, saya rasakan reaksi dan lakonan saya dalam drama ini adalah reaksi sebenar saya. Ada momen yang tidak dibuat-buat,” ujarnya lagi.
Kali pertama digandingkan bersama dalam sebuah drama, tidak ramai tahu Arena Wan dan Aniq Suhair merupakan rakan lama sebelum masing-masing menyertai Dewi Remaja dan Hero Remaja.Arena bersama Alisya Rashid yang membawakan watak BFF-nya, Layla.Journal Sara-haeyo turut dibintangi Alvin Chong sebagai Han.
Percaya Pada Rezeki
Arena turut berkongsi perasaannya merakamkan lagu tema berjudul In My Head bagi siri tersebut yang disifatkan sebagai impian yang bertukar kenyataan.
Karya cipta sepenuhnya oleh MFMF itu dianggapnya sebagai hadiah kepada kesabarannya yang tidak berputus asa menempatkan diri dalam dunia lakonan dan nyanyian.
Ads
“Saya percaya kepada rezeki. Tahun lalu, emosi saya pernah sedikit terganggu dengan beberapa perkara yang berlaku dalam kehidupan peribadi. Bukan itu sahaja, industri seni tempatan juga amat kompetitif dan agar sukar untuk bakat baharu seperti saya mendapat peluang sebesar ini.
“Peluang menyanyikan OST Journal Sara-haeyo ini juga adalah pengalaman nyanyian pertama saya. Oleh itu, saya bersyukur apabila rezeki berpihak kepada diri saya pula pada tahun 2023,” simpulnya.
Journal Sara-haeyo sudahpun memasuki tayangan episod kedua di platform VIU dan turut dibintangi oleh Aniq Suhair, Alvin Chong, Adriana Adnan, Alisya Rashid, Andi Bernadee dan ramai lagi.
FOTO: VIU Malaysia
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mudah untuk kita lakukan sesuatu tindakan, tetapi impak yang terhasil amat besar.. Terutamanya jika korang bergelar Noor Neelofa.
Angkara memuat naik babak tertentu daripada filem Disney, The Lion King sewaktu menonton di pawagam, selebriti dan entrepreneur Noor Neelofa pantas dikecam oleh netizen yang tidak faham mengapa dia perlu melakukan perkara berikut.
Babak yang direkod menggunakan telefon pintar sebelum dimuat naik ke Instagram Story miliknya memaparkan lagu Circle of Life yang dimainkan dalam filem terbabit.
Seperti yang korang tahu, perbuatan merekod dan memuat naik adalah salah di sisi peraturan ketat kesemua pawagam di Malaysia termasuklah TGV Cinemas, GSC Cinemas, MBO dan sebagainya.
Apatah lagi sewaktu wakil media seperti REMAJA menerima jemputan screening awal sesebuah filem, pihak pawagam akan berlaku amat tegas terhadap kesemua wakil media. Kesemua telefon pintar kami akan diambil, dilabel dan disimpan oleh pegawai yang bertugas bagi mengelakkan kejadian ‘filem bocor’.
Lalu, apabila seorang ikon seperti Neelofa yang memiliki 6.8 juta pengikut di akaun Instagram melakukan perbuatan itu, kecohlah warga net jadinya!
Tak Faham Purpose
Tapi, Neelofa Boleh Promosikan Lion King
Lion King Tak Perlukan Promosi Percuma
Dalam satu bebenang pemilik akaun @MegatAliff yang menyuarakan rasa tak puas hati terhadap perbuatan Neelofa itu, wakil daripada GSC Cinemas dan TGV Cinemas hadir memberikan respon mereka.
Hhm, takut juga bila baca..
Twitter
Respon TGV Cinemas
Respon GSC Cinemas
Wow, sampai perlu laporkan kepada Disney yang juga merupakan pergeluar filem The Lion King ke?
Hhm, bagi penulis perbuatan Neelofa itu nyata salah. Sebelum ini, seorang lagi selebriti iaitu Ara Johari juga turut teruk dikecam netizen setelah memuat naik Instagram Story semasa menonton filem Avengers Infinity War.
Tapi isu ini boleh diselesaikan dengan permohonan maaf Neelofa kepada semua. Ini kerana beliau adalah ikon yang dipandang tinggi oleh ramai peminat terutamanya di kalangan remaja. Perbuatan mengaku kesalahan tersebut boleh menyelesaikan hal ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi Taylor Swift telah menerima penghormatan sebagai penerima ijazah kedoktoran kehormat dari Universiti New York (NYU) pada Rabu lalu. Penyanyi itu menerima Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Halus kerana merupakan pempengaruh terkenal dikalangan selebriti serta salah seorang pemuzik paling prolifik dan terkenal pada eranya.
Sebelum majlis itu bermula, “Doctor Taylor Swift” telah menjadi trending di Twitter dengan tanda pagar #22GraduatesVersion. Selebriti Hollywood ini berkata dia akan memanfaatkan gelaran doktor yang diterima ini dan tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada Universiti New York kerana sekurang-kurangnya memberikannnya penghormatan diatas kertas untuk bergelar seorang doktor.
Swift turut memuat naik video di Tiktok tentang persiapan dirinya untuk acara graduasi itu dengan kapsyen “Kali pertama memakai topi dan gaun- jumpa nanti NYU”.
Untuk info, penganugerahan ini diberikan bukanlah kerana Swift menyambung pelajarannya di peringkat kedoktoran, tetapi NYU yang terkenal dengan pelbagai jurusan seni visual dan persembahan telah berbesar hati untuk memberikan penghormatan ini atas jasanya di dalam industri muzik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu halal bagi sesuatu produk makanan yang dihasilkan diluar negara sering menjadi persoalan dalam masyarakat Islam kerana khuatir ia mengandungi bahan terlarang atau cara pembuatan yang tidak sah untuk dimakan.
Terbaru, seorang pengguna di media sosial yang dikenali sebagai Noor Ain Zulaiha telah pun berkongsi di grup Backpackers Buddies Malaysia (BBM) tentang kisah kakaknya terbeli coklat pepero perisa strawberi yang dikatakan mempunyai unsur yang berkaitan dengan khinzir.
Ain berkongsi cerita tentang percutian kakaknya di Langkawi pada hari raya Aidiladha baru-baru ini telah pun membawa balik sekotak besar pepero strawberi dan dilihat pada kandungan bahan yang tertulis didalam bahasa Inggeris tidak ada yang membimbangkan.
Lalu, dia mencari logo halal tetapi tidak dijumpai. Pada kotak kecil coklat tersebut mengandungi tulisan Korea sepenuhnya. Disebabkan tidak memahami bahasa tersebut, gadis ini menggunakan google translate dan apa yang mengejutkan terdapat penggunaan ‘pork’ dalam coklat tersebut (rujuk gambar).
Tidak puas hati, dia terus mencari tahu dengan menggunakan google translate perkataan pork kepada Korea dan hasilnya tulisan yang sama seperti yang tertulis di kotak coklat itu. Untuk mengesahkannya, gadis ini bertanyakan kepada rakannya yang belajar bahasa Korea dan individu tersebut mengiyakan bahawa memang terdapat kandungan pork didalamnya.
“Bahan buat biskut tersebut memang tidak ada kandungan babi dalam pembuatannya, namun tetapi kilang itu memproses benda yang berkaitan dengan babi juga,” jelasnya.
Jelas gadis ini lagi, dia bukannya ingin menghalang orang daripada membeli tetapi cuma mahu mengetengahkan cara menggunakan google translate sekiranya bahan-bahan yang ditulis berpandukan bahasa asing.
Sekiranya berasa ragu-ragu sama ada makanan yang dijual mempunyai sijil halal atau tidak, korang boleh melakukan pencarian status halal di Portal Rasmi Halal Malaysia untuk mengesahkannya.
Anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sekali lagi mencuri perhatian ramai di media sosial selepas tampil dengan imej berhijab.
Menerusi...