Tidak Perlu Malu, Halim Othman Pesan Pasangan Bernikah Di Thailand Untuk Daftar Perkahwinan

Share

 

“Dengan segala keterangan diperoleh itu, saya sudah berbincang dengan Myra dan akhirnya kami sepakat..”

Pendedahan pelakon, pengacara dan finalis Dewi Remaja 2019, Yusmyra Natasya mengenai ayah kandungnya yang merupakan pengacara dan bekas penyampai radio terkenal, Halim Othman telah menarik perhatian ramai pihak sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini.

Ia memandangkan ramai tidak menyangka bahawa Halim, 56 pernah berkahwin sebelum ini; apatah lagi memiliki seorang anak perempuan yang telah bergiat dalam bidang seni seperti dirinya.

Seperkara lagi yang membuatkan ramai bingung adalah status ‘binti Abdullah’ yang diletakkan pada nama Myra, dan bukannya ‘binti Halim.

ARTIKEL BERKAITAN : “Tak Perlu Berahsia Lagi,” – Anak Halim Othman, Myra Natasya Gembira Penantian 27 Tahun Berakhir – REMAJA

Menerusi temubual dalam program TV dan bersama rakan media cetak, Halim menjelaskan bahawa situasi ini berlaku setelah beliau dan bekas isteri, Yusnita Omar yang merupakan ibu kepada Myra memilih untuk bernikah di Thailand satu ketika dahulu pada tahun 1994.

Namun, mereka tidak lagi mempunyai dokumen perkahwinan yang sah daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) lalu membuatkan pelbagai isu termasuk ‘binti’ anaknya sendiri menjadi sulit.

Begitupun, kes ini disifatkan sebagai bukan kes terpencil. Ramai sebenarnya pasangan yang berdepan dengan isu ini kerana mereka malu atau takut untuk bertemu dengan pihak JPN demi mendapatkan dokumen yang sah.

(Dari kiri) : Myra Natasya bersama Halim Othman menjadi tetamu jemputan di program temubual MeleTOP pada Selasa lalu.

Kata Halim, pasangan muda di luar sana seharusnya mengambil iktibar daripada situasi yang dialaminya sekarang dan mengingatkan pasangan yang bernikah di Thailand supaya tidak mengambil jalan mudah dan teruslah mendaftarkan perkahwinan mereka dalam negara. Ia pentng agar tiada stigma yang akan menyelubungi keluarga itu kelak terutamanya bagi pihak anak.

Langkah mendaftarkan diri bersama pihak JPN juga akan memberi lebih pencerahan terhadap situasi pasangan itu sendirI dengan perkhidmatan kaunseling, nasihat dan penjelasan lanjut daripada pihak JPN.

Dalam pada itu, Halim berkata bahawa selepas mendapatkan penerangan daripada Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh kelmarin berhubung masalah Halim yang sudah tidak mempunyai dokumen perkahwinan; dia, bekas isteri dan Myra sendiri telah berbincang dan bersepakat untuk mengekalkan saja nama Yusmyra Natasya binti Abdullah.

Ini memandangkan proses pertukaran nama bapa agak sulit di samping mereka percaya ada hikmah di sebalik penggunaan nama Abdullah tersebut.

BACA LAGI : Selepas 26 Tahun, Myra Natasya Bakal Sambut Aidilfitri Pertama Bersama Halim Othman – REMAJA

*

Di sini, REMAJA tidaklah ingin menggalakkan pasangan muda di luar sana untuk bernikah di negara jiran. Kami pasti, ramai yang ingin mengikat tali perkahwinan seperti orang lain di tanah air di samping ahli keluarga sendiri.

Begitupun, jika pernikahan di Thailand adalah keputusan yang diambil oleh pasangan tersebut, ambillah langkah yang bijak dan daftarkanlah perkahwinan tersebut bersama pihak JPN demi mengelakkan kesulitan kepada keluarga mereka nanti.

BACA LAGI : Myra Natasya : ‘Pertandingan’ Sebenar Bermula Selepas Dewi Remaja – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ