Tidak Sedar Dirinya Mengandung, Wanita Ini Melahirkan Anak Di Dalam Kapal Terbang

Share

Pelik bukan? Wanita ini tiba-tiba sakit perut dan rupa-rupanya dia sakit mahu bersalin. Itulah yang dialami oleh Lavinia ‘Lavi’ Mounga ketika dalam penerbangan dari Salt Lake City menuju ke Honolulu.

Setelah separuh perjalanan kapal terbang di atas awan, dia mula merasa sakit perut dan melahirkan seorang bayi lelaki pada usia kandungan 29 minggu. Mujurlah terdapat penumpang pesawat tersebut yang merupakan seorang doktor dan juga tiga orang jururawat.


Dr Dale Glenn, yang merupakan doktor perubatan keluarga dari Hawaii Pacific Health dibantu oleh Lani bamfield, Amanda Beeding dan Mimi Ho yang merupakan jururawat unit rawatan intensif neonatal.

Bayi lelaki yang diberi nama Raymond itu tidak mengalami sebarang komplikasi biarpun dilahirkan tidak cukup bulan.


Sebaik sahaja dia disambut oleh doktor di atas pesawat, mereka menggunakan botol ketuhar gelombang untuk memanaskan bayi tersebut selain menggunakan Apple watch untuk memantau denyutan nadi.

Selain itu, kerana mereka tidak mempunyai alat biasa yang mereka lakukan di hospital, Dr Glenn bergantung pada latihan perubatan hutan belantara, dia dan jururawat menggunakan tali kasut untuk mengikat dan memotong tali pusat bayi.

Sumber: People, Sumber gambar: Instagram Hawaii Pacific Health

Published by
Fiezreen