Tidak Seindah Filem, Ini Kisah ‘Remaja Mowgli’ Sering Jadi Mangsa Buli Di Dunia Nyata

Share

Buat kaki movie, pasti anda pernah menonton atau sekurang-kurangnya tahu mengenai kewujudan animasi The Jungle Book dan filem Mowgli : Legend of the Jungle, dua filem yang diadaptasi dari karya pelukis terkenal Britain, Rudyard Kipling iaitu The Jungle Book bukan?

Tapi rupanya memang wujud Mowgli di dunia yang sebenar. Seorang remaja lelaki yang dikenali sebagai Zanziman Ellie yang hidup di hutan akibat dibuli oleh penduduk setempat.

Disebabkan itu, Zanziman Ellie sanggup berjalan 20 batu setiap hari demi mengelakkan dirinya menjadi mangsa buli oleh penduduk setempat. Bukan itu sahaja, remaja tersebut mempunyai potensi berlari dengan laju dan mahir memanjat pokok.

Selain itu, dirinya yang tidak bersekolah hanya meluangkan masa dengan menggembara ke dalam hutan. Menurut laporan, dirinya juga pernah menjelajahi hutan sehingga 230 km bahkan hanya makan rumput sepanjang berada di dalam hutan tersebut.

Menerusi video, dapat menggambarkan perasaan pasangan suami isteri yang sedih dengan kehilangan lima orang anak mereka sehingga mereka memohon kepada Tuhan untuk dikurniakan seorang anak. Bahkan, pasangan tersebut tidak kisah fizikal anak selagi anak itu tidak meninggal.

Sembilan bulan kemudian, lahirlah seorang bayi yang diberi nama Zanziman Ellie tetapi bayi tersebut menderita microcephaly. Microcephaly adalah keadaan yang mempengaruhi ukuran kepala seseorang individu semasa dilahirkan.

Walaupun, penampilannya dipandang pelik oleh masyarakat sekeliling. Remaja tersebut dianggap “keajaiban” oleh ibunya setelah kehilangan lima orang anaknya.

Ibunya turut menjelaskan bahawa anaknya itu tidak boleh bercakap seperti manusia normal, tetapi anaknya itu boleh memahami segala apa yang dikatakan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Centers for Disease Control and Prevention (CDC) di Amerika Syarikat yang diterbitkan pada 13 April 2016 berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pasukan-pasukan pengkaji di seluruh dunia, para saintis bersetuju bahawa jangkitan virus Zika ketika bayi masih dalam kandungan berisiko untuk menyebabkan microcephaly. Selain microcephaly, jangkitan virus Zika juga dikaitkan dengan insiden sindrom Guillain-Barre.

Sumber: The Sun

Published by
Nana