Ramai menafsirkan jika mimpi ular, ia berkait dengan ilmu sihir yang dihantar seseorang. Namun tafsir mimpi berkait ular ini sebenarnya memberikan tafsiran berbeza termasuk memperoleh pangkat, kuasa, kekayaan, harta benda, rezeki, jodoh dan banyak lagi. Penjinak ular berpengalamanan atas nama MijiSnakeMaster berkongsi tafsiran mimpi berkaitan ular.
MIMPI ULAR
Seringkali juga saya ditanya oleh orang awam dan rakan-rakan tentang tafsir mimpi berkaitan ular. Oleh kerana saya berkecimpung secara langsung dalam bidang ini maka ada jugalah saya kaji dan belajar bab ni.
Dalam Islam mimpi bertujuan untuk mengukur tahap kejujuran seseorang. Semakin jujur seseorang maka semakin benar mimpinya. Namun tetap ada mimpi mainan tidur atau godaan jin dan syaitan. Ada juga mimpi kerana asyik teringat-ingat. Sehingga hari ini saya belum pernah bermimpi ular. Hehe.
Mengikut Ibn Sirin yang merupakan seorang pentafsir mimpi terkenal dalam kitabnya Tafsir Al-Ahlam (الأحلام) mengkelaskan mimpi kepada dua (2) iaitu mimpi yang tidak perlu ditafsir kerana sudah nyata, dan mimpi yang perlu ditafsir kerana ada simbol yang perlu dihuraikan.
Dalam kes mimpi "Ular" ia perlu tafsiran. Dalam bahasa Arab ular disebut "Hayyah" (حَيَّة). Tafsir ular dalam mimpi membawa beberapa simbol seperti harta, anak, negara, musuh (benda jahat), wanita, dan sumber kehidupan yang lain.
Antara mimpi yang selalu wujud dan dihuraikan dalam kitab tersebut ialah:
Ads
1. Melihat ular besar : Jika tiada perasaan takut saat melihatnya bermakna kita akan beroleh kekuasaan, kekuatan, pangkat, dan seangkatan dengannya. Mimpi ini juga membawa maksud kita akan mendapat rezeki dari sumber yang tidak dijangka.
2. Ular masuk rumah : membawa maksud kita perlu berwaspada kerana ada sesuatu yang tidak baik cuba mengganggu hidup kita. Namun ada tafsiran mengatakan kita akan menerima kehadiran seorang tetamu yang membawa khabar baik.
3. Berjaya tangkap ular : Berkait dengan mimpi ke (2), bermaksud kita akan beroleh keuntungan atau kebaikan daripada orang yang berbuat jahat itu. Mimpi ini juga membawa maksud kita akan mendapat harta atau pangkat.
4. Ular keluar dari salur kencing : membawa maksud kita akan dikurniakan rezeki atau anak.
Ads
5. Memukul ular dan memotongnya : Bermakna kita akan berpisah dengan seseorang.
6. Membunuh seekor ular : Ini membawa khabar gembira iaitu kita bakal berkahwin dengan seseorang. Ada juga tafsiran lain iaitu kita berjaya mengalahkan musuh.
Antara mimpi lain yang tidak disebut dalam kitab tersebut seperti: 1. Digigit ular : kita akan mendapat pasangan atau kebahagiaan dalam hidup.
Ads
2. Melihat Ular : Mendapat rezeki. Namun ada tafsiran mungkin membawa bencana bergantung kepada situasi.
3. Dikejar ular : Jika kita belum berkahwin bermakna bakal berjumpa pasangan sebenar yang mencintai. Jika sudah berkahwin bermakna orang mulai menyukai kita. Banyak peminat la katakan.
4. Melihat banyak ular : Insya-Allah kita akan dipanjangkan umur. (#) Namun harus diingat! setiap mimpi memberi isyarat agar kita berbuat sesuatu dalam memperbaiki diri. Bukan tujuan saya ingin memberi firasat supaya mempercayainya 100% tetapi peringatan pada diri kita supaya menjadi lebih baik.
(#) Jika memperoleh rezeki atau harta bermakna kita bakal diuji oleh-Nya. Banyakkan bersedekah dan bersyukur, jangan riya' dan sentiasa merendah diri. Jika dikurniakan umur yang panjang maka pergunakanlah dengan baik untuk membantu manusia dan alam. Jika kita berjaya mengalahkan musuh maka disarankan kita supaya jangan sombong dan lebih baik memaafkan.
Apa yang saya tulis ini tidak semestinya betul, apa yang saya nak sampaikan adalah perenggan yang bertanda (#).
Sekian, semoga bermanfaat. Sumber : Miji Snakemaster
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, di negara ini terdapat dua syarikat penerbangan tempatan iaitu AirAsia dan Malaysia Airlines. Sebelum ini ada ura-ura mengatakan bahawa sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Terbaharu, menerusi laman Facebook rasmi MYAirlines Sdn Bhd, pesawat milik syarikat penerbangan tempatan itu sudah pun dilihat berada di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) sejak 1 Mei lalu. Ramai yang sudah tidak sabar untuk mencuba perkhidmatan syarikat penerbangan baharu ini dan ada yang sudah mula bertanyakan berapa harga yang ditawarkan untuk tiket kapal terbang.
Menurut admin mereka, pengumuman akan dibuat sewaktu hari pelancaran yang mungkin diadakan tidak lama lagi.
Untuk info lanjut, korang boleh layari laman web MYAirline. Hm, pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk menantikan pelancaran rasmi syarikat penerbangan tempatan baharu ini kan?
Penubuhan syarikat penerbangan ini khabarnya bakal mencetuskan persaingan harga yang agresif dan mencabar syarikat penerbangan tambang murah lain seperti AirAsia Group Bhd. Semoga harga tiket penerbangan yang ditawarkan mampu milik untuk memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman terbang di awan biru.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu perkataan yang boleh digambarkan tentang Pak Cik Kuan ni ialah ‘salute’ dengan sikapnya.
Nama Uncle Kuan ini, mungkin bukan asing lagi dikalangan masyarakat kita. Walau berlainan bangsa tetapi beliau banyak membantu masyarakat malah amat “popular” di kalangan golongan tidak berkemampuan.
Banyak perkara baik dilakukannya. Misalannya memperkenalkan tambang teksi hanya 10 sen dan banyak lagi kebaikan dilakukannya kepada golongan susah.
Malah baru-baru ini, Uncle Kentang gembira dengan semangat Malaysia tanpa mengira kaum sehingga dapat mengumpul wang dalam tempoh dua hari untuk membeli sebuah van jenazah.
Dia berjaya mengumpul sebanyak RM90,000 dalam tempoh dua hari melalui laman Facebook bagi membeli sebuah van jenazah.
Menerusi laman sosial Facebooknya, Uncle Kentang berkongsi penghargaan itu untuk tatapan umum.
“Sejarah bagi kita semua. van jenazah berjaya direalisasikan melalui laman sosial Facebook.
“Terima kasih. Kita berjaya hasilkan van jenazah melalui kutipan derma di Facebook dalam masa 2 hari.
“Ini membuktikan kerjasama dan perpaduan dalam Malaysia wujud dan kental. Tabik kepada anda semua. Hidup Malaysia!” tulisnya dalam Facebook dengan penuh semangat.
Uncle Kentang menunjukkan keadaan van jenazah hasil sumbangan orang ramai melalui Facebooknya.
Uncle Kentang dikenali apabila sering mendapat liputan dalam media elektronik dan cetak. Dia banyak melakukan sumbangan amal kepada golongan yang memerlukan baik dalam bentuk barangan keperluan, termasuk wang hingga perkhidmatan ambulans percuma serta mewujudkan polis komuniti.
Cuma baru-baru ini, Uncle Kuan menyatakan bajetnya sudah habis dan tidak dapat memberi perkhidmatan baik seperti dahulu.
Wah mulianya Uncle Kuan ni kan, moga kita semua diberikan ‘hidayah’ dan peluang untuk melakukan kerja-kerja amal kebajikan ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seramai 21 atlet olahraga digugurkan daripada Program Podium dan Pelapis Kebangsaan bagi mengurangkan belanjawan Majlis Sukan Negara (MSN).
Peruntukan untuk Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) juga dipotong 50 peratus yang menyebabkan kesukaran kepada badan kebangsaan itu untuk merancang penganjuran kejohanan dan menghantar atlet ke luar negara untuk pendedahan.
Bagi atlet sepenuh masa dan menyumbang pingat buat negara pada setiap kejohanan yang disertainya, Rayzam Shah Wan Sofian terpaksa menerima hakikat apabila elaunnya turut merosot kira-kira 60 peratus.
Jika sebelum ini beliau dibayar RM2,000 sebulan oleh MSN, kini atlet ini hanya diberikan sebanyak RM800.
“Kalau RM1,500 tak apa lagi, tapi kalau sudah jatuh sehingga RM800, saya pun terfikir-fikir mungkin lebih baik kerja lain sahaja yang berikan gaji lumayan… lebih baik kerja McDonald,” ujarnya.
Rayzam Shah Wan Sofian sebelum ini pernah memenangi pingat emas Sukan SEA 2007 dan 2017 melalui acara 110 meter lari berpagar. Beliau turut menyumbang pingat perak untuk Malaysia pada Sukan SEA 2019 di Filipina.
Jelasnya lagi, beliau memang terkilan dengan pemotongan tersebut dan kadar sebegitu sudah pasti membuatkan atlet sepertinya berdepan cabaran untuk menjalani kehidupan harian.
“Saya harap MSN ada budi bicara untuk mempertimbangkan potongan elaun ini kerana ramai atlet yang berjaya mengekalkan prestasi meskipun tanpa pingat emas,”
“Bagi saya, MSN perlu lebih telus dan ada budi bicara menilai prestasi atlet, tidak wajar pencapaian hanya dinilai berdasarkan pingat, bukan prestasi tahunan atau bahkan ranking di Asia,” tambahnya lagi.
Pemotongan elaun ini juga sedikit sebanyak menurunkan semangat atlet-atlet sekali gus memberi kesan kepada performance mereka. Diharap pihak MSN dapat mempertimbangkan semula keputusan yang telah dibuat ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelumba sensasi negara, Hakim Danish Ramli terus mencuri tumpuan dunia motosikal apabila berjaya menamatkan perlumbaan dua Grand Prix (GP) Sepanyol dan merangkul dua podium...