Dari luaran, peragawati yang berjalan di pentas peragaan jenama fesyen terkenal, Victoria’s Secret kelihatan cukup yakin dan lincah memperagakan persalinan pakaian dalam, sukan serta kostum yang diberikan.
Siapa sangka, tidak semuanya indah belaka. Ada masanya, mereka juga tidak selasa melakukan semua itu.
Nampak saja reaksi wajah mereka seperti wanita yang tidak mempunyai sebarang masalah dengan persepsi penonton seluruh dunia mengenai penampilan seksi di pentas Victoria’s Secret. Hakikatnya, ada dalam kalangan peragawati Victoria’s Secret yang pernah hilang keyakinan terhadap jenama itu dan tidak merasa ’empowered’ berpakaian seksi; di mana salah seorang daripadanya ialah peragawati popular, Bella Hadid.
Setelah beberapa tahun Victoria’s Secret ‘hilang’ dari radar tanpa pertunjukan fesyen tahunannya, mereka baru-baru ini kembali dengan kempen koleksi percutian terbaru yang dibintangi Bella Hadid.
Kongsi Bella kepada E! News, dia sanggup untuk kembali memberikan sokongan kepada Victoria’s Secret disebabkan perubahan yang telah jenama itu lakukan setelah diheret dengan pelbagai kontroversi.
Bella pernah menjauhkan diri daripada sebarang perkaitan dengan VS sejak terlibat dengan pertunjukan fesyen tahunan pada tahun 2018. Pada waktu itu, Victoria’s Secret sedang menghadiri sesi ‘fitting’ sebelum pertunjukan fesyen dan menurut dakwaan, seorang bekas pegawai Victoria’s Secret bernama Edward Razek telah memberikan komen tidak senonoh terhadap tubuh badan Bella dan komen seperti ‘lupakan saja seluar dalam’.
Malah, Razek didakwa telah menyentuh bahagian sulit peragawati lain semasa sesi ‘fitting’ yang sama.
Merujuk kepada laporan New York Times pada tahun 2020, insiden yang membenarkan tingkah laku ‘misogyny’ terhadap wanita seperti inilah yang menjadi punca masyarakat mula memulau jenama tersebut. Lebih-lebih lagi apabila kita berada dalam dunia digital sekarang, segala informasi ‘hangat’ seperti ini akan mudah tersebar kepada pengetahuan wanita di seluruh dunia.
Insiden tersebut dan banyak lagi kontroversi lain yang melanda Victoria’s Secret sejak itu juga adalah punca mengapa lebih 100 orang model menandatangani petisyen bagi memaksa Victoria’s Secret TIDAK lagi mendiamkan diri dan segera melaporkan kes gangguan seksual yang pernah dilakukan dalam syarikat itu kepada pihak berkuasa .
ARTIKEL BERKAITAN : Bella Hadid Berisiko Hilang Kontrak Kerana Lantang Pertahankan Palestin? – REMAJA
Berbalik kepada Bella Hadid, katanya salah laku seperti yang pernah dihadapinya dulu kini tidak lagi berlaku dan Victoria’s Secret sedang berada dalam era baharu.
Jenama itu kini tidak lagi mempromosikan imej wanita sempurna atau yang mereka gelarkan sebagai ‘Angels’. Sebaliknya, mereka kini memberikan fokus kepada imej wanita sebenar yang mempunyai warna kulit, bentuk badan dan keperluan berbeza.
Victoria’s Secret mula memperkasakan wanita dengan menampilkan patung (mannequin) bersaiz montok di dalam stor mereka. Selain itu, mereka juga telah memperkenalkan siri bra khas untuk wanita yang pernah menjalani pembedahan mastectomy (bagi pesakit kanser payudara) – yang pertama seakannya dalam industri pakaian dalam wanita global.
Dengan perubahan ‘mindset’ dan arah tuju baru perniagaan ini, tidak hairanlah Bella kembali memberikan sokongannya kepada Victoria’s Secret.
“(Perubahan) ini adalah petanda kepada ‘personal growth’ untuk mereka dan untuk saya sebagai seorang wanita. Saya pernah merasakan ‘unempowered’ sebelum ini di Victoria’s Secret. Kini apabila itu semua sudah berubah, barulah saya yakin untuk kembali.
“Percayalah, jika anda merasa tidak selesa berpakaian dalam apabila bersendirian, kami lagi tidak selesa berpakaian dalam semasa terlibat dengan rakaman iklan. Tapi situasinya lebih memudahkan kami sekarang. Victoria’s Secret lebih mengambil berat mengenai perasaan kami (sebagai peragawati),” katanya yang bekerjasama dengan jurugambar wanita, Zoey Grossman bagi iklan koleksi Holiday baru-baru ini.
Kongsi Bella lagi sewaktu berada di set bersama model lain seperti Paloma Elsesser dan Adut Akech, mereka semua bersetuju bahawa ‘energy’ di set Victoria’s Secret yang baharu adalah lebih positif berbanding sewaktu ia diterajui oleh beberapa golongan lelaki yang dahulunya hanya mementingkan keuntungan.
Kini mereka tahu fokus Victoria’s Secret adalah ke arah pelanggan wanita dan tidak lagi merasakan diri mereka sebagai peragawati VS dipergunakan semata-mata bagi keuntungan syarikat.
ARTIKEL BERKAITAN : Bella Hadid Pun Syorkan! Apakah Trend K-Beauty Bernama JAMSU Ini? – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.