Anda buntu nak belikan hadiah untuk ibu yang tersayang sempena Hari Ibu yang lepas?
ARTIKEL BERKAITAN: Muzik Dan Makanan Bergabung, Secret Recipe X Universal Music Malaysia Meriahkan Hari Ibu
Meskipun hari istimewa itu sudah berlalu, anda masih berkesempatan untuk menghadiahkan sesuatu buat bonda tercinta. Maklumlah, setiap hari adalah hari untuk menghargai pengorbanan mereka dalam membesarkan kita. Acehh…….
Buat anda yang sedang memikirkan apakah hadiah yang sesuai untuk dihadiahkan kepada para ibu, ayuh kami kongsikan senarai cadangan hadiah buat ibu tersayang berdasarkan hobi dan minat mereka:
Untuk ‘Mommy’ Yang Gemar Wangian Menusuk Kalbu
Bagi golongan ibu yang sukakan wangian dalam kehidupan harian mereka, boleh dapatkan minyak wangi eksklusif dari jenama dipercayai, Arombay.
AromBay merupakan jenama tempatan terkenal dihasilkan oleh pengilang berdaftar, dan mempunyai pengalaman dalam industri kosmetik selama lebih 15 tahun.
Anda juga usah khawatir kerana produk mereka telah disahkan oleh Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA), mesra wudhu, dan dalam proses mendapatkan sijil Halal.
Sama ada anda sedang mencari wangian harian untuk wanita tersayang atau wangian yang membuatkan ibu tercinta rasa yakin dengan dirinya, jenama ini sedia membantu untuk menyerlahkan hari anda dengan bauan buah-buahan dan bunga flora.
Pasti orang tersayang yang menerimanya akan rasa dihargai dan bahagia!
Untuk ‘Mommy’ Yang Gemar Dengan Motif Bunga Atau Berkebun
“Semuanya Bermula dengan Ibu…”–
Itulah yang disebutkan oleh jenama terkenal, Kate Spade sempena kempen meraikan ibu baru-baru ini. Tampil dengan koleksi beg tangan dan perhiasan yang bermotifkan cetakan bunga, serangga dan flora fauna ternyata sesuai bagi para ibu di luar sana yang gemarkan motif bunga dan semulajadi.
Kempen Hari Ibu ini juga merupakan lanjutan daripada kempen Musim Bunga 2023 jenama yang dilancarkan baru-baru ini di mana Kate Spade New York melancarkan koleksi imej dan video yang menggalakkan pengguna untuk melihat kehidupan sebagai satu pengembaraan.
Haaaa… cantik sungguh koleksi terbaru Kate Spade ini! Sangat ‘feminine’ dan sesuai bagi para ibu yang berjiwa lembut dan sukakan alam semulajadi serta motif bunga.
Untuk ‘Mommy’ Yang Aktif & Amalkan Gaya Hidup Sihat
Bagi mereka yang mempunyai permaisuri hati yang kerap menghabiskan masanya dengan membuat aktiviti lasak atau ‘outdoor’, boleh dapatkan koleksi jam tangan pintar dari jenama terkenal, Garmin.
Jam tangan pintar siri Forerunner 265 sangat sesuai untuk para ibu yang suka bersiar-siar dan ‘jogging’ kerana ianya bukan mempunyai saiz yang sesuai dengan pergelangan tangan wanita, malah membolehkan para ibu yang aktif untuk mengoptimumkan setiap larian dengan fungsi rekod data kesihatan yang tepat.
Manakala bagi para ibu yang sibuk bekerja dan menguruskan keluarganya pada masa yang sama boleh dapatkan jam tangan Garmin, Venu Sq 2 yang direka dengan reka bentuk yang anggun untuk dibawa ke pelbagai majlis.
Untuk ‘Mommy’ Yang Menjaga Kulit
Sama seperti kasih sayang lembut seorang ibu, Paula’s Choice mahu anda dan semua ibu mencapai kulit yang lembut dan terjaga. Haaaaa… jadi usah risau lagi, beli sahaja produk penjagaan kulit dari Paula’s Choice. Pasti ibu anda akan tersenyum lebar memikirkan masa depan kulit mukanya yang akan makin lembut dan bersinar.
Hadiahkan ibu anda pada Hari Ibu ini dengan Paula’s Choice Ultra Smooth Glow Duo yang terdiri daripada skrub muka lembut Paula’s Choice dan produk pengelupasan ikonik, untuk mencapai kulit yang licin.
Untuk ‘Mommy’ Yang Elegan & Suka Bergaya
Tocco Toscano, jenama beg tangan utama, melancarkan koleksi baharu mereka yang cantik untuk meraikan Hari Ibu tahun ini.
Diinspirasikan oleh landskap yang indah dan warisan seni unik Tuscany, Itali, reka bentuk beg yang unik dan elegan jenama ini adalah bukti kekuatan peribadi, keanggunan dan keunikan wanita, terutamanya para ibu.
Haaa……lawa kan koleksi beg dari Tocco Toscano kali ini? Pasti ibu anda akan gembira sekiranya mendapat hadiah berupa beg cantik sebegini.
BACA LAGI: Angkara Obses Dengan Jimin BTS, Pelakon Kanada Meninggal Dunia Selepas Jalani 12 Pembedahan
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.