Internet Challenge kini bagaikan sudah menjadi perkara yang semakin dianggap biasa. Ada sahaja trend cabaran yang kadangkala tidak masuk akal dilakukan oleh generasi muda yang mudah terpengaruh melakukan sesuatu yang dianggap viral. Walapun ada challenge yang dilakukan untuk memberi kesedaran seperti ice bucket challenge, tapi kebanyakan yang sering ditonjolkan adalah sesuatu yang seolah tiada point langsung. Just for the sake of having fun.

Jika sebelum ini kita sudah melihat pelbagai cabaran seperti cinnamon challenge, running man challenge dan mannequin challenge menjadi viral di pelbagai platform laman media sosial. Terbaru, remaja di Amerika Syarikat terutamanya telah muncul dengan cabaran terbaru iaitu Tide POD Challenge.

Cabaran ini agak mudah dan ia berkaitan sama seperti cabaran makanan. Cuma kali ini ia bukanlah melibatkan makanan tetapi bahan pencuci basuh pakaian! Tide POD Challenge menyaksikan pelakunya merakamkan dan berkongsi aksi mereka di laman media sosial dengan memakan paket atau kapsul kecil yang mengandungi detergen dan bahan kimia yang lain; biasanya digunakan untuk mencuci pakaian di dalam mesin basuh!

Tide Pod Challenge, Cabaran Internet Makan Sabun Yang Boleh Membawa Maut

Ads

Guys, this is NOT a good challenge untuk korang turut serta. Malah, ia boleh membahayakan kesihatan. Dianggap sebagai meme media sosial pertama untuk tahun 2018, Tide POD Challenge menyaksikan pelakunya mengigit paket kapsul plastik mengandungi detergen semata-mata untuk menarik perhatian follower mereka.

Tide POD merupakan satu jenama detergen yang dipaketkan dalam bentuk kapsul dan bentuknya kalau sekali lihat memang nampak seperti gula-gula. Apatah lagi ia mempunyai warna-warni dan mempunyai bau buah-buahan.

Tide Pod Challenge, Cabaran Internet Makan Sabun Yang Boleh Membawa Maut
Inilah rupanya Tide Pod

 

Ads

Cabaran viral ini telah menarik perhatian ramai pihak yang cukup risau akan bahayanya terutama di kalangan ibu bapa. Melihatkan trend ini pihak berkuasa Amerika Syarikat telah mengeluarkan amaran tentanG ancaman bahaya dan kesan sampingan yang boleh berlaku seperti muntah keterlaluan, masalah pernafasan dan boleh juga mendatangkan maut.

Malah jenama detergen ini, POD telah memuat naik video melarang penggunanya memakan atau memasukkan produk mereka, Tide POD ke dalam mulut. Menerusi video ini, duta mereka iaitu Rob Gronkowski (pemain profesional American Football) berkongsi bahaya dan kesan jika ia dimakan.

Ads

Pada minggu lalu, The American Association of Poison Control Centres (AAPCC) turut mengeluarkan peringatan dan mereka cukup risau akan trend ini yang semakin popular terutamanya di kalangan orang muda yang turut serta melakukan cabaran ini. Pada tahun lalau sahaja, AAPCC menerima sebanyak lebih 12 ribu aduan tentang keracunan melibatkan bahan detergen dan majoritinya adalah kanak-kanak berusia bawah lima tahun.

Apa yang cukup dirisaukan ialah jika golongan kanak-kanak terpengaruh melakukan cabaran ini. Dengan menonton laman media sosial yang tiada sebaran sekatan, ia mampu mempengaruhi mereka yang masih tidak kenal apa itu baik dan buruk. Buat masa sekarang masih belum ada laporan kematian melibatkan cabaran ini. Namun, ia menjadi satu kerisauan kerana trend Internet boleh tersebar dengan cepat.

Kami berharap golongan remaja di Malaysia tidak mudah terpengaruh dengan cabaran-cabaran yang boleh membahayakan diri. Tidak salah untuk having fun dengan turut serta melakukan Internet chanllenge tetpai biarlah ia tidak keterlaluan boleh mengancam nyawa, menyusahkan orang lain dan tidak melanggar tata susila kita sebagai orang Timur.

Say NO to this kind of challenge!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI