Tidur Atas Tilam Nipis Milik Tahanan, Rakyat Bantu Belikan Tilam Tebal Untuk Kakitangan Penjara Reman Pulau Pinang

Share

Peningkatan jumlah mereka yang positif COVID-19 saban hari menunjukkan angka yang agak besar mencecah 800 lebih sehari. Tidak hanya berlaku di kalangan masyarakat tetapi ia turut menular di kalangan tahanan hingga memaksa sembilan buah penjara di Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai hari ini sehingga 4 November akan datang.

Sembilan buah penjara ini ialah lima di utara tanah Pusat Koreksional Perlis, Penjara Sungai Petani, Penjara Taiping, Pusat Koreksional Kamunting dan Penjara Tapah. Manakala di Selangor pula ia melibatkan Penjara Reman Sungai Buloh, Penjara Kajang, Penjara Wanita Kajang dan Pusat Koreksional Puncak Alam.

Dalam pada itu, jumlah tahanan yang semakin ramai positif memaksa kakitangan penjara berada dalam situasi yang pastinya amat penat sebagaimana dilalui oleh kakitangan Kementerian Kesihatan.

Sudah pasti apabila bekerja dalam situasi yang memerlukan tenaga, waktu berehat amat penting.

Dalam satu perkongsian twitter @InjangNation #RakyatJaga Rakyat tular beberapa keping gambar tilam nipis yang menjadi tempat rehat frontliners merehatkan diri. Agak nipis, masa yang sama ia juga milik orang tahanan yang dibekalkan untuk orang tahanan di mana mereka terpaksa menggunakan tilam berkenaan untuk berehat dengan beralaskan tong kosong yang menjadi katil.


Bos, kalau ada lagi kawan-kawan bos atau Ngo nak buat sumbangan. Bos boleh rekemen tilam. Sekarang ini anggota kami tidur atas tilam kosong dan terpaksa ambil tilam orang tahanan yang dibekalkan untuk orang tahanan. Terpaksa kami guna tilam itu. Pagi ini doktor kata anggota kami dan semakin letih. Perlu rehat yang baik sikit untuk kembalikan semangat.

Ya Allah, sedihnya. Inilah pengorbanan frontliners dalam menjaga keamanan negara.




.

Ekoran perbualan berkenaan, dari tweet yang sama, satu kempen mengutip derma bagi mereka yang membantu membelikan tilam baru untuk frontliners di Penjara Reman Pulau Pinang. Ketika itu mereka memerlukan dalam RM10,000 untuk membeli 90 buah tilam dengan harga satu tilam RM135 yang agak selesa buat frontliners merebahkan badan. Mengujakan, hanya dalam tempoh dua jam, duit sebanyak RM𝟏𝟏,𝟕𝟑𝟗.𝟎𝟕 berjaya dikumpulkan dalam tempoh tak sampai dua jam.

 

Alhamdulillah atas rezeki dari orang ramai, sebanyak 100 buah tilam telah disampaikan.

“Selesai menyampaikan amanah anda semua di Penjara Reman Pulau Pinang”

Antara sumbangan yang diberi:

-Facemask

-Makan tengahari

-100 unit tilam

Terima kasih kepada anggota-anggota Penjara Reman Pulau Pinang dan semua frontliners yang menyambut kedatangan kami dan membantu proses penyerahan dan penerimaan sumbangan ini. #RakyatJagaRakyat

Apa pun korang memang superb. Ini bukti kita sebagai rakyat Malaysia bersatu hati membantu antara satu sama lain. Inilah Malaysiaku!

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros