Ads
Home Hiburan “Tidur Beratapkan Langit & Tak Mandi 2 Hari” – Pengalaman Berharga Alif...

“Tidur Beratapkan Langit & Tak Mandi 2 Hari” – Pengalaman Berharga Alif Satar Ketika Menunaikan Ibadah Haji

Ads
Panggilan hajiTelah tiba lagiMenunaikan ibadahPanggilan Baitullah

Begitulah bait-bait lirik lagu Panggilan Haji nyanyian kumpulan Raihan yang sentiasa bergema di stesen radio, terutama ketika musim haji sedang berlangsung.

ARTIKEL BERKAITAN: “Setelah Hampir 15 Tahun…” -Selamat Berangkat Ke Tanah Suci, Aliff Syukri Tunai Haji

Tahun ini, kota suci Mekah sekali lagi menyaksikan sendiri lambakan jemaah haji dari segenap pelosok negara hadir untuk menunaikan rukan Islam yang kelima itu. Antaranya ialah pelakon dan penyanyi terkenal tanah air, Alif Satar.

“Tidur Beratapkan Langit & Tak Mandi 2 Hari” – Pengalaman Berharga Alif Satar Ketika Menunaikan Ibadah HajiAlif hadir bersama isterinya di sisi.

Beliau sering dilihat berkongsi pengalaman pahit manisnya menunaikan ibadah tersebut bersama peminatnya di media sosial.

Ads

Bahkan bekas pengacara Big Stage ini turut mengakui bahawa pengalaman hajinya baru-baru ini, di mana dia bermalam di Mina telah membuka matanya untuk melihat bahawa setiap insan adalah sama, tanpa mengira kedudukan atau pendidikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Alif turut mengakui bahawa pengalaman dilayan bak gelandangan di sana telah menghadirkan rasa rendah diri kepada semua jemaah haji.

Ads
“Mengikut manasik haji Nabi SAW.. kami semua jamak takhir Maghrib Isyak dan bermabit sampai solat Subuh di Muzdalifah.
“Di sini, tidak kiralah bayar pakej ratus ribu, engkau berpangkat Tan Sri, artis yang orang sanjung hatta Mufti sekalipun, semua orang tidur di tepi jalan.
“Bila aku fikir, rupanya macam ini lah rasa orang ‘homeless’. Tak ada tempat mandi, lepas itu tengah-tengah malam korek tanah cari batu (nak prepare utk melontar).
“Aku gerenti, siapa datang buat haji insya-Allah rasa sombong takabbur tu mesti hilang,” kongsi penyanyi tersebut di Instagram.
“Tidur Beratapkan Langit & Tak Mandi 2 Hari” – Pengalaman Berharga Alif Satar Ketika Menunaikan Ibadah Haji
Penyanyi terkenal ini turut sempat bersua muka bersama rakan karibnya, Faizal Tahir.

Selain itu, ayah kepada tiga orang cahaya mata itu sempat berkongsi gambar dirinya yang sedang tidur di kawasan lapang bersama jemaah haji lain.

Turut terselit di perkongsian tersebut ialah gambaran pengalaman pahit getirnya di mana hampir dua malam penyanyi tersebut tidak berkesempatan untuk pergi ke tandas untuk mandi.

Ads

“Tidur Beratapkan Langit & Tak Mandi 2 Hari” – Pengalaman Berharga Alif Satar Ketika Menunaikan Ibadah Haji

“Tiada tempat mandi, tengah-tengah malam korek tanah cari batu (nak persediaan untuk melontar).
Wallahi, walaupun masa ini dah dua malam tak mandi, tak pergi tandas, badan dah penat ditambah pula kekecohan bunyi dan bau asap ekzos bas.
“Dengan berlapikkan ‘sleeping bag’ beratapkan langit bintang,” jelasnya lagi.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Alif Satar

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI