Normal lah dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan Berkawal (PKPB) ini, ramai di antara kita yang mungkin lebih ‘mudah’ untuk tertidur ketika sedang berpuasa di siang hari.
Jadi apakah hukumannya?
Kami sempat untuk bertanyakan soalan tersebut kepada Pencetus Ummah Amin dalam sesi #RemajaDengarKata.
Menurut PU Amin, ada sebahagian hadis bertaraf lemah yang menyebut, ‘Tidur seorang yang berpuasa itu adalah ibadah dan tasbih.’ Jadi di sini, jika kita tertidur sepanjang hari semasa berpuasa, itu memanglah adab yang tidak baik. Tetapi..
“Terdapat golongan yang tertidur di siang hari ini bukanlah kerana sengaja hendak tidur. Yang saja-saja nak tidur itu rugilah.
“Tidur kerana ibadah di sini dimaksudkan dengan golongan yang tidur untuk merehatkan tubuh badannya dalam keadaan perlu. Contohnya, ibu yang mengerjakan anak dan perlu masak untuk sahur. Orang yang bekerja penat.
“Mereka perlu berehat kerana kehendak badan. Yang penting tidur itu tidak mengganggu waktu solat dan ibadah lain.
“Tidur yang merugikan adalah tidur yang membuatkan seseorang itu meninggalkan solat dan menghalangnya daripada melakukan ibadah sunat pada bulan Ramadan.”
ARTIKEL BERKAITAN: Perempuan Haid Lebih 15 Hari, Boleh Puasa Atau Tidak?
Ada orang kata, tidur setelah waktu solat Subuh ini akan menghalang rezeki masuk.
Biasalah dalam bulan Ramadan ini, kita akan melebihkan aktiviti pada malam hari. Jadi pastikanlah selepas Subuh itu kita sempat untuk melakukan perkara yang memberi kebaikan seperti membaca Al-Quran, solat sunat dan mendengar ceramah.
“Hanya selepas itu, kita berniat tidur untuk merehatkan badan. Dan segeralah bangun sebelum tiba waktu Zuhur. Hukum makruh tu tetap makruh apabila kita tidur sehingga Zuhur. Ingatlah yang makruh itu juga boleh bertukar haram jika ia diulang banyak kali secara sengaja,” pesannya.
Tonton video highlight #RemajaDengarKata di bawah: