Jumaat lalu menjadi tarikh istimewa buat penyanyi dan ikon fesyen kegemaran kami, Yunalis Zarai apabila dia selamat diijabkabulkan dengan kekasih hati, Adam Sinclair yang juga merupakan adik kepada selebriti, Ashraf Sinclair dan Aishah Sinclair.
Di sebalik berita yang mengejutkan pihak peminat itu, ahli keluarga, rakan terdekat serta rakan media sebenarnya sudahpun dimaklumkan terlebih dulu tentang majlis itu.
Ramai yang tak putus-putus mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.
Namun, tak kurang ramai yang merasa kagum kepada rekaan pelamin dan baju yang disarung oleh Yuna pada majlis tersebut. #pelamingoals !
HANYA Yuna yang boleh mencetuskan trend pelamin di atas gunung apabila dia dan Adam memilih venue Puncak Rimba di Bentong sebagai lokasi akad nikah dan majlis resepsi.
Tapi korang tahu tak, tiga orang penting di sebalik majlis ini semuanya berasal daripada graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM)?
Seperti yang dikongsikan oleh Khairul Ikram di Twitter miliknya, Firdee Othman adalah merupakan graduan Diploma Rekaan Dalaman dari UiTM Seri Iskandar, dari batch ke-54 ‘Bulan Studio’.
Semasa menyambung pengajian pada peringkat ijazah Sarjana Muda pula, Firdee memilih jurusan Seni Bina Dalaman di UiTM Shah Alam bersama batch
Amadeus Studio. Tak hairanlah rekaan Firdee untuk pelamin dan gubahan bunga perkahwinan Yuna cantik sangat!Dalam perkongsian di Instagram, Firdee mengakui proses menyiapkan pelamin untuk Yuna dan Adam sedikit memenatkan. Barangkali kerana majlis diadakan di kawasan pergunungan di luar kawasan Kuala Lumpur.
Namun, setelah membaca reviu dan komen yang memuji rekaan ala Tropikal itu, dia sendiri berasa terharu dengan feedback yang diterima.
Kini, Firdee memiliki syarikat perkhidmatan perancang perkahwinan dan acara sendiri bernama TheCalla. Flores.KL yang menyediakan khidmat gubahan bunga dan hantaran untuk acara Jumaat lalu juga merupakan pecahan anak syarikat milik Firdee.
Pereka Hatta Dolmat tak perlukan pengenalan lagi memandangkan ramai serba tahu kebolehan dan kredibiliti yang selalu diletakkan oleh beliau pada rekaan baju pengantin mahupun koleksi siap pakai (Ready To Wear).
Hatta juga merupakan go-to-designer Yuna sekiranya dia menghadiri sebarang acara hiburan, persembahan, anugerah atau – in this case – perkahwinannya sendiri.
Walaupun ura-ura Hatta bakal menjadi pereka pilihan Yuna untuk perkahwinannya bertebaran, namun baik Hatta mahupun Yuna tidak memberikan hint di media sosial.
Hatta Dolmat merupakan alumni jurusan Seni Reka Fesyen di UiTM Seri Iskandar. Dalam perkongsian di Instagram sekitar November tahun lalu, Hatta pernah berkongsi
bahawa projek tahun terakhir diploma beliau mendapat keputusan 4 flat dan sehingga kini, gambar rekaan baju itu dibingkaikan di UiTM.Untuk persalinan Yuna semasa majlis akad nikah, Hatta menggunakan fabrik lace dan lace bunga dari stor Moods di Los Angelas, stor sama yang selalu ditunjukkan dalam siri Project Runway USA. Hatta juga merupakan pereka untuk pakaian gadis pengiring (bridesmaids) Yuna.
Apalah erti hari perkahwinan if you do not look your best.
Yuna memilih jurumekap self-taught, Noriana yang cukup familiar dengan dandanan selebriti Malaysia. Kongsinya kepada penulis secara peribadi, dia merupakan pelajar junior kepada Yuna di UiTM Kedah dan Shah Alam. Yuna turut selalu meminta khidmat Noriana ketika menghadiri sebarang acara.
Jangan lupa untuk follow Instagram miliknya jika korang nak lihat hasil sentuhan mekapnya pada wajah selebriti. Mana tahu, esok boleh nampak macam Yuna jugak!
Yasss, our girl is also an alumni from UiTM!
Setelah menamatkan zaman sekolah menengah di SMK USJ 4, Subang Jaya, Yuna telah memilih jurusan Undang-Undang di UiTM Shah Alam.
Semasa belajar di UiTM lah, Yuna mula berjinak-jinak mempelajari gitar dan lagu pertama yang dimainkannya ialah single Peterpan bertajuk ‘Ku Katakan Dengan Indah’.
Pada tahun 2009, Yuna menamatkan pengajian dengan ijazah sarjana muda Pengajian Undang-Undang (Hons) (!) Penulis masih ingat lagi antara temu ramah pertama Yuna bersama rancangan 8TV Quickie di saluran 8TV.
Masih malu, awkward berhadapan dengan lensa kamera namun mempunyai personaliti ceria dan yakin dengan bakat yang dimilikinya.
Cepatnya masa berlalu. Kini Yuna sah menjadi isteri kepada Adam dan tiada apa yang diharapkan oleh penulis melainkan kesejahteraan, kesihatan yang baik dan perkahwinan yang berkekalan sehingga akhir hayat.
Bak kata Yuna sendiri dalam trek ‘Best Love’ :
I guess it’s not too much to ask
If you feel the same
We can build something that will last
No more playing games
You’re the best kind of love