Sejuk perut ibu yang mengandungkan tiga beradik ini.
Mana tidaknya, tiga adik beradik ini iaitu Muhammad Alif Naim, 8; Muhammad Haidar Syahmi, 10, dan Nur Zahra Irdina Mohd Hafez, 12, mengharumkan nama negara apabila melakar kejayaan di peringkat dunia dalam pertandingan Eurasian Spelling Bee Lexical Skills Competition 2022, di Gdańsk, Poland.
Pertandingan menguji kecekapan ejaan dan penggunaan perkataan bahasa Inggeris pelajar dari negara-negara Asia dan Eropah seperti Thailand, Uzbekistan dan Singapura ini telah berlangsung selama empat hari bermula 3 November lalu.
Ads
Ketiga-tiga adik-beradik tersebut yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 11 (2), Putrajaya, telah membuktikan kemampuan masing-masing apabila Muhammad Haidar dinobatkan sebagai juara Oscar Bee Award 2022 untuk kategori Bee 3 manakala Muhammad Alif pula mendapat tempat kedua untuk kategori Bee 2.Tidak ketinggalan Nur Zahra yang turut tersenarai lima peserta terbaik dalam kategori Bee 5.
Menurut Haidar, mereka tiga beradik sedar mewakili negara merupakan tanggungjawab besar dan bersyukur kerana berpeluang membawa nama Malaysia dan SK Putrajaya Presint 11(2) di mata dunia.
Ads
Pertandingan ini yang merupakan acara tahunan turut disokong oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dan tahun ini merupakan penganjurannya buat kali ketiga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tragedi gempa bumi bermagnitud 7.8 skala richter di selatan Turkiye dan Syria pada pagi Isnin waktu tempatan telah mengejutkan dunia.
Sehingga kini, angka kematian dilaporkan telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 3,830 orang mangsa. Naib Presiden Turkiye, Fuat Oktay melaporkan jumlah kematian di negaranya telah mencatatkan angka 2,379 orang.
Manakala di Syria pula, laporan mangsa kematian terbahagi kepada dua kawasan di bawah pemerintahan berbeza. Agensi berita SANA melaporkan 711 kematian di kawasan yang dikawal oleh kerajaan mankala di kawasan yang dikawal oleh pembangkang atau ‘White Helmets’ pula, ia melaporkan 740 kematian.
Tatkala tragedi melanda di kedua-dua buah negara tersebut, pasukan bola sepak Kedah Darul Aman atau KDA FC rupa-rupanya sedang berada di Turkiye bagi aksi siri jelajah pramusim skuadnya!
Bagaimana agaknya keadaan mereka di sana?
Kongsi Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali menerusi satu kenyataan di Facebook pasukan semalam, keberadaan pasukan KDA FC di sana tidak terjejas memandangkan jarak di antara lokasi bencana dengan pusat latihan mereka di Antalya adalah jauh; malah kedua-dua lokasi terletak di zon berbeza.
Maka, jadual latihan dan aksi empat perlawanan persahabatan di Limak Arcadia Sports Centre tidak terjejas. Lebih utama, para pemain dan pegawai pasukan KDA FC di sana disahkan berada dalam keadaan yang selamat.
“Pihak pengurusan bersyukur dan mendoakan semuanya dalam lindungan Ilahi dan mangsa terlibat dengan kejadian tersebut selamat dan dipermudahkan semua urusan.
“Terima kasih dari kami di bumi Turki, teruskan sokongan, doa semuanya selamat dan ikuti perkembangan semasa pasukan Sang Kenari di saluran rasmi kelab,” kata Khamal Idris.
Sebagai info, KDA FC kini berada di Antalya, Turkiye selama 10 hari bagi mengadakan empat aksi perlawanan. Ia melibatkan aksi menentang pasukan FC Nasaf (dari Uzbekistan, 9 Februari), FC Shakter Karaganda (dari Kazakhstan, 10 Februari), FK Maqtaraal (dari Kazakhstan, 12 Februari) dan FC Metalist Khakiv (dari Ukraine, 14 Februari).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini banyak kematian akibat Covid-19 terdiri daripada warga tua atau yang mempunyai penyakit kronik tetapi tidak sekarang ye guys!
Semalam kes kematian harian di negara mencatatkan angka tertinggi akibat jangkitan Covid-19 iaitu sebanyak 126 kes. Peningkatan hari demi hari ini sangat merisau kan semua pihak.
Kes kematian yang meningkat sehingga tiga angka ini melibatkan 29 kes di Selangor, 18 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 14 kes di Negeri Sembilan, 12 kes di Kelantan, 11 kes di Johor, 10 kes di Kedah, lapan (8) kes di Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing lima (5) kes di Melaka dan Terengganu, empat (4) kes di Sarawak, tiga (3) kes di Pahang, masing-masing dua (2) kes di Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Perak, serta satu (1) kes di Pulau Pinang.
126 kematian dilaporkan hari, kematian harian tertinggi sejak pandemik melanda negara kita.
✅29 kes di Selangor
✅18 kes di Kuala Lumpur
✅14 kes di Negeri Sembilan
✅12 kes di Kelantan
✅11 kes di Johor
✅10 kes di Kedah
✅ 8 kes di Labuan
✅ 5 kes di Melaka, Terengganu
Ajal maut ditangan Allah, walaupun baru berusia dua 20-an, dua gadis tanpa sebarang latar belakang penyakit turut maut sekaligus membuktikan wabak ganas ini boleh menyerang tanpa mengira siapa.
Mangsa pertama dengan nombor kematian 2921, berasal dari Kelantan dan berusia 27 tahun meninggal dunia di Hospital Machang.
Mangsa kedua dengan nombor kematian 2933, berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan dan berusia 26 tahun meninggal dunia di Hospital Labuan.
Berikut pula merupakan ringkasan kes kematian berkaitan COVID-19 yang dilaporkan semalam.
Al-fatihah dan takziah kami ucapkan kepada semua mangsa Covid-19 dan keluarga mangsa.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak kebelakangan ini, video permainan ‘Latto-Latto’ banyak disiarkan di tatapan (feed) utama pelayar media sosial khususnya di TikTok dan Facebook. Tidak dinafikan, ramai golongan kanak-kanak yang tertarik dan meminta ibu bapa membelikan permainan tersebut.
Di negara jiran, Indonesia pada masa ini, lato-lato sudah menjadi permainan kegemaran kanak-kanak dan video kanak-kanak bermain lato-lato dengan pelbagai ‘skill’ mula menular semua platform media sosial di Malaysia tanpa menyedari bahaya sedang menanti.
Permainan ‘Latto-Latto’ ini berasal dari Amerika Syarikat yang mula diperkenalkan pada tahun 90-an. Ketika itu, lato-lato diperbuat daripada kaca dan setelah beberapa tahun kemudian, material kaca digantikan dengan plastik agar ia lebih selamat dimainkan.
Populariti permainan ini agak terkenal pada zamannya untuk kanak-kanak di Amerika Latin. Ini kerana bunyi berirama mereka yang menarik perhatian apabila dimainkan dengan tepat. Tidak dinafikan permainan itu turut digemari oleh kanak-kanak di sana. Namun, permainan ini dibimbangi boleh menyebabkan kecederaan kepada pemainnya. Maka pihak berkuasa Amerika Syarikat mengambil keputusan untuk mengharamkannya.
2. Asalnya Senjata Memburu
Latto-latto pada asalnya juga bukan dibuat sebagai mainan. Objek seperti bandul virus ini sebenarnya merupakan bentuk evolusi senjata pemburu yang digunakan oleh koboi di Amerika dan diperbuat daripada dua bandul bola logam yang dilekatkan pada tali.
Nama objek adalah boleadoras, atau sering juga dipanggil bolas. Senjata pemburu ini pernah sering digunakan oleh Gauchos atau penduduk di Pampas, Gran Chaco, dan Patagonia, Amerika Selatan. Mereka melemparkannya dari kuda di kaki permainan yang dipanggil guanacos sehingga dia jatuh.
3. Diperbuat Daripada Kaca dan Diharamkan
Pada mulanya, permainan ini juga dibuat dengan bahan kaca dan membahayakan kanak-kanak. Kerana dengan hentakan kuat antara dua bola yang berlanggar itu menyebabkan objek tersebut pecah dan sering terkena muka mereka.
Oleh itu penjualan mainan ini dikatakan telah diharamkan oleh Food and Drug Administration (FDA) di Amerika pada tahun 1985. Hanya apabila ia dibuat dengan bahan yang tidak berbahaya termasuk plastik, akhirnya permainan ini dihalalkan semula. Malah, menurut New York Times, terdapat kejohanan dunia latto-latto pada tahun 1971 di Itali.
4. Mempunyai Banyak Nama
Lattos juga mempunyai banyak nama yang berbeza di negara dan wilayah yang berbeza. Di Amerika, mainan ini dikenali sebagai clackers ball, kemudian ada yang memanggilnya Click-clack-rage, dan banyak lagi. Bagi Indonesia, objek ini juga mempunyai nama yang berbeza, seperti ‘tek tek’ di Jawa, dan ‘kato kato’ di Sumatera.
5. Mampu Melatih Ketangkasan
Ada sumber yang mendakwa, permainan latto-latto bukan hanya sekadar permainan biasa. Sebaliknya ia permainan yang memberikan manfaat kepada si pemain untuk menghilangkan tekanan dan fokus terhadap sesuatu perkara.
Tapi, awas ada beberapa keluhan ibu bapa meluahkan rasa bimbang mengenai bahayanya permainan ini. Mereka mendakwa, anak-anak mereka telah mengalami kecederaan di bahagian dahi, muka dan mata akibat terkena lantunan lato-lato
Sebelum ini juga tular video Presiden Indonesia, Joko Widodo yang diiringi Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil berkesempatan mencuba mainan Nok-nok atau Latto-Latto yang sedang trend ketika berkunjung ke Pasar Baru, Subang.
Tindakan ini turut mengundang gelak tawa warga pasar yang menyaksikannya. Tidak mahu ketinggalan dengan Presiden, Ridwan Kamil juga cuba bermain Latto-latto.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejarah tercipta di bumi Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila atlet silat negara, Thamaraj Vasudevan menjuarai kategori bebas Putera di Kejohanan Pencak Silat...