Satu tembakan rambang dilepaskan semasa festival Garlic Gilroy di utara California menyebabkan tiga orang dipercayai terbunuh manakala 11 lagi cedera.
Memetik The Guardian, pihak polis daerah tersebut mengesahkan ada kematian dan kawasan tersebut masih lagi dalam siasatan pihak polis.
Salah seorang saksi di tempat kejadian mendakwa pada mulanya dia ingatkan tembakan tersebut hanyalah bunyi bunga api.
“Saya baru sahaja nak beredar apabila ternampak seorang lelaki bersama bandana terikat di kaki kerana dia kena tembak.
“Kemudian, ada pula anak kecil yang tercedera dan terbaring di atas tanah. Pengunjung semua mula mencampak meja dan memotong pagar untuk menyelamatkan diri masing-masing,” kata Evenny Reyes.
Sementara itu, penyanyi band, Tin Man menceritakan pengalaman dia dan ahli bandnya menyelamatkan diri sejurus tembakan pertama kedengaran.
“Saya melihat seorang lelaki memakai t-shirt berwarna hijau dan sapu tangan berwarna kelabu terikat di lehernya menembak ke arah kawasan makanan menggunakan senjata api.
“Saya dan ahli lain segera terjun ke bawah pentas, kemudian terdengar ada orang bertanya kepada lelaki tersebut kenapa dia berbuat demikian dan jawapannya adalah kerana dia sedang marah,” katanya kepada Associated Press.
Dalam pada itu, insiden tersebut turut mendapat perhatian Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang memohon agar semua rakyat di daerah itu berhati-hati.
“Pihak berkuasa kini berada di kawasan kejadiaan di Gilroy. Laporan mengatakan bahawa penembak masih lagi belum ditangkap. Hati-hati dan semoga selamat,” tulisnya.
https://twitter.com/realDonaldTrump/status/1155676540631506944?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1155676540631506944&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.theguardian.com%2Fus-news%2F2019%2Fjul%2F29%2Fcalifornia-garlic-festival-shooting-police-casualties