Sesi uji bakat pencarian Dewi Remaja 2022 kini berada di Pulau Pinang, dan sejak pagi tadi kami menerima ramai peserta yang bersemangat demi mengejar impian mereka untuk bergelar finalis Dewi Remaja tahun ini.
Untuk pengetahuan korang, kami tidak menghadkan penyertaan kepada peserta yang pernah menghadiri sesi uji bakat, malah kami berbesar hati untuk menerima finalis top 20 yang pernah disenarai pendek sebelum ini.
Naina Zalee merupakan Top 20 Dewi Remaja 2018/19 yang sekali lagi hadir pada sesi uji bakat di Pulau Pinang kali ini dengan semangat baharu dan tampil lebih yakin. Sebelum ini, Naina juga pernah menghadiri uji bakat Dewi Remaja 2019 dan agaknya apa yang membuatkan gadis berusia 24 tahun ini tidak berputus asa untuk menyertai buat kali ketiga?
“Saya memilih untuk datang ke casting dewi remaja pada kali ini adalah kerana saya ingin terus mencuba selagi tiada had yang menghalang progress sebagai anak seni. Persediaan saya untuk penyertaan saya sangat tinggi kerana saya memilih untuk menyertai program ini untuk kesekian kalinya di mana ianya memerlukan banyak praktikal dan juga mental yang kuat,”
Ads
“Kelainan yang saya pilih untuk menyertai ujibakat dewi remaja kali ini bukan sahaja dalam bidang peragaan yang ingin ditonjolkan, malah dalam bidang pengacaraan dan juga lakonan. Selain itu, ujibakat yang bertempat di Pulau Pinang memberi saya kelebihan untuk menyertai ujibakat pada musim kali ini di mana tempat yang diadakan adalah berdekatan dengan kediaman saya,” jelasnya.
Namun begitu, nasib tidak menyebelahi Naina apabila dia hanya berjaya ke peringkat ketiga namun tidak berjaya untuk disenarai pendek menjadi finalis tahun ini.
“Juri berpendapat bahawa saya perlu perbaiki cara/gaya pengacaraan saya dengan lebih baik lagi kerana banyak kekurangan dari segi persediaan yang kurang memberangsangkan pihak juri. Perancangan saya selepas ini adalah untuk teruskan lagi langkah percubaan seterusnya di dalam bidang ini. Saya ingin memperluaskan bakat saya dalam bidang-bidang baru seperti lakonan dan pengacaraan,”
Ads
“Oleh itu, saya juga berpendapat bahawa menimba ilmu dalam bidang tersebut adalah persiapan terbaik sebelum memulakan karier tersebut. Saya percaya atas usaha yang berterusan, rezeki akan datang sama ada lambat atau cepat,”
“Terima kasih kepada juri-juri ujibakat dewi remaja pada kali ini atas perkongsian ilmu dan peluang yang diberikan kepada saya pada kali jni. Tak lupa juga kepada petugas ujibakat dewi remaja yang tak lekang dengan senyuman dan sokongan sepanjang ujibakat berlangsung. Mereka juga banyak memberi kata sokongan dan bantuan kepada saya dan peserta yang lain sepanjang ujibakat berlangsung pada hari ini,” tambah Naina lagi.
Ads
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=gboUm1B8Sm4
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sempat menyaksikan episod kelima pencarian Dewi Remaja 2019 pada hari Sabtu lalu..?
Seperti yang telah korang tonton, episod kali ini telah menyaksikan kolaborasi Dewi Remaja bersama rakan telekomunikasinya, redONE untuk cabaran menyediakan idea dan iklan 30 saat untuk jenama tersebut.
Ia perlulah selari dengan 8 kelebihan yang ditawarkan oleh pelan data RM8 redONE.
Jadi jom tengok satu-persatu hasil video mereka dan komen yang diberikan oleh para juri; Yusry Abdul Halim, Scha Alyahya, Encik Farid Yunus (CEO redONE) dan juri jemputan Fizo Omar.
AZRA
IDEA: “Seorang ibu tunggal yang perlu memikirkan banyak komitmen bayaran. Apabila kos perbelanjaan bertambah, dia terlihat iklan redONE yang lebih murah dan terus ke Service Centre untuk subsribe pakej redONE bagi 2 orang anaknya, Nynaa dan Adriana.”
SCHA: Jujurnya, saya tak faham jalan cerita bila sampai tengah jalan. Saya tak dapat bezakan karakter awak sebagai ibu dan mereka berdua sebagai anak.
FIZO: Alang-alang nak buat, letak effort sedikit pada body language.
. .
.
SYAMIRA
IDEA: “Saya tukar jalan cerita 100% untuk poin pengguna blacklisted diterima. Apabila dia berpisah dengan ‘kekasih’-nya yang merupakan pelan data syarikat lain, dia berjumpa redONE dan terus jatuh cinta dengan prinsip Blacklist Accepted itu.”
FARID: Saya terkejut apabila idea awak bertambah bagus daripada yang asal. Ia mudah untuk ditonton, semua orang faham dengan konsep kahwin di antara kita dan jenama pelan data.
.
.
.
NYNAA
IDEA: “Saya mendapat kelebihan Unlimited Free Calls dan saya cuba untuk terangkan mengenai situasi mudah membuat panggilan dengan menggunakan redONE.”
SCHA: Saya nampak yang awak plan jalan cerita ini dengan rapi. Yes, ia mudah difahami tetapi saya rasakan ia terlalu ringkas dan expected.
FIZO: Saya melihat ia adalah lebih baik daripada semasa awak present tempoh hari.
.
.
.
ADRIANA
IDEA: “Saya kehabisan data, malah terkejut bila menerima bil bulanan. Dengan pelan data RM8 redONE, saya tak lagi berdepan masalah itu.”
YUSRY: Kadangkala bagus untuk keluarkan idea yang selamat. Tapi kali ini saya rasakan ia hanya biasa-biasa saja.
FIZO: Maaf jika saya katakan ia seperti idea asal ada saja. Too dry. Tidak salah untuk awak gunakan one-man show tetapi awak perlu tampil luar biasa dalam video tersebut.
FARID: Saya setuju dengan komen Fizo. Awak juga tidak betul-betul highlight tentang poin komitmen terendah.
.
.
.
AMANDA
IDEA: “Saya perbaiki jalan cerita dan menukarnya 100% agar penonton mudah memahami.”
YUSRY: Walaupun awak bermain dengan 1 frame saja iaitu di dalam kereta, jalan cerita awak bagus dan penggunaan info grafik juga berjaya menerangkan konsep susah mendapatkan line di kawasan parkir kereta.
.
.
.
SHAZA
IDEA: “Saya perlu terangkan kelebihan International Direct Dial yang kompetitif oleh redONE. Saya jadikan jalan ceritanya mudah dengan menggunakan pasangan kekasih.”
FARID: Bagi saya, poin awak yang paling sukar untuk diterangkan kepada pengguna muda kerana zaman sekarang kita ada cara berhubung yang lain seperti WhatsApp dan sebagainya. Tetapi lakonan awak menarik perhatian saya.
.
.
.
ASH
IDEA: “Saya perlu lakonkan watak seorang yang alami isu overcharged. Dengan redONE saya ada pilihan untuk memilih pelan data yang sesuai dengan penggunaan bulanan saya.”
SCHA: Sangat plain. Visual awak terlalu cepat untuk saya fahami. Mesej awak juga seakan tidak sampai.
.
.
.
DIAN
IDEA: “Saya menerima poin redONE dengan Caj Mobile Rendah. Cuma kalau saya ada lebih banyak masa untuk proses editing, saya akan lebih puas.”
FIZO: Saya suka ada elemen kelakar dalam mesej awak. Idea awak yang paling saya sukai semalam dan awak berjaya terapkan idea tersebut dalam bentuk visual.
*
Walaupun sukar untuk membuat keputusan, para juri perlu sebulat suara membuat keputusan untuk meletakkan Azra di kedudukan terbawa.
Sekaligus, Azra menjadi peserta kelima tersingkir dari pencarian Dewi Remaja 2019.
Istimewa untuk Dewi Remaja 2019, kami dengan kolaborasi penaja dari Scoot Airlines mengadakan peraduan khas ‘Kumpul & Terbang’!
Basically, apa yang perlu korang lakukan adalah menonton kesemua episod Dewi Remaja 2019 di saluran Astro Ria & Ria HD (setiap Sabtu jam 9.00 malam atau siaran ulangan setiap hari Selasa jam 1.30 tengah hari). Ataupun korang boleh menontonnya secara online di aplikasi Astro GO.
Tonton dan kumpul soalan & jawapan pada setiap artikel recap Dewi Remaja 2019 (seperti artikel ini).
Hantarkan kesemua jawapan sebelum 25 Disember 2019 kelak ke remaja@ideaktiv.com.
Print.
SOALAN EPISOD 5
1. Siapakah nama lokasi untuk cabaran pertama episod kelima bersama Dato’ Fazley Yaakob?
2. Siapakah seorang lagi finalis yang berada di bottom 2 bersama Azra?
3. Namakan 2 orang pemenang yang dipilih oleh Encik Farid Yunus sebagai finalis terbaik untuk cabaran bersama redONE.
*
Jawab dan kumpul 3 soalan ini hingga 25 Disember 2019 agar korang berpeluang untuk memenangi 3 pasang tiket penerbangan tajaan Scoot Airlines.
Scoot menghubungkan lebih 60 destinasi di 17 buah negara seluruh dunia dari Singapura. Ini termasuklah Athens, Berlin, Gold Coast, Jeddah, Sydney dan terbaru, Trivandrum, Wuhan dan Kunming.
Di dalam Malaysia, Scoot menawarkan penerbangan dari/ke Kota Bharu, Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi dan Pulau Pinang. Penang. Bermula 3 Disember 2019 pula, Scoot akan terbang dari/ke Kota Kinabalu!
*
TERMA & SYARAT PENYERTAAN
• Semua peserta MESTI berumur 21 tahun ke atas pada masa mereka menyertai peraduan. Peserta mestilah seorang warganegara Malaysia dan / atau penduduk tetap Malaysia. Sekiranya peserta di bawah umur 21 tahun, penyertaan mereka mestilah diawasi oleh ibu bapa atau penjaga yang sah.
• Peserta mesti memegang pasport semasa dengan sekurang-kurangnya enam bulan sah dari tarikh perjalanan.
• Follow Facebook dan Instagram (@majalahremaja) serta Twitter (@majalahremajaMY).
• Follow Facebook (@FlyScootMY) dan Instagram (@flyscoot)
• Wargakerja Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Astro Malaysia Holdings Berhad (ASTRO), Scoot Airlines ataupun ahli keluarga serta kenalan rapat tidak dibenarkan untuk menyertai peraduan ‘Kumpul & Terbang’ ini. Sebarang penyertaan akan dibatalkan secara serta-merta.
• Tarikh tutup penyertaan untuk menghantarkan emel adalah pada 20 Disember 2019 (Jumaat). Sebarang penghantaran lewat selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan oleh pihak pengurusan.
• Semua hadiah tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
• Sekiranya hadiah yang diperolehi berupa tiket penerbangan hilang, rosak atau tamat tempoh, Scoot tidak akan bertanggungjawab untuk menggantikan dengan tiket penerbangan baru. Pihak pengurusan berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah yang lain. Tiada aduan yang akan dilayan mengenai perkara tersebut.
• Pihak pengurusan tidak akan melayan sebarang aduan mengenai kualiti dan kuantiti hadiah yang telah diberikan.
• Peserta menyatakan dan menjamin bahawa mereka tidak pernah mempunyai apa-apa sabitan atau rekod jenayah dan tidak pernah mempunyai tingkah laku yang boleh menjejaskan reputasi peraduan.
• Penyertaan yang tidak lengkap dan tidak teratur dikira tidak sah (mengikut budi bicara mutlak pihak pengurusan).
*
Jangan lupa nantikan TIGA lagi soalan dari Episod 6 minggu hadapan!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Episod pertama pencarian Dewi Remaja 2019 sudah pun bermula pada Sabtu lepas. Merupakan episod pengenalan bagi musim terbaru, penonton disajikan dengan kupasan pengalaman para finalis semasa sesi ujibakat, pemilihan 12 finalis akhir di sidang media dan kemasukan mereka ke Vila Dewi.
Selepas episod pertama ditayangkan, sistem undia Dewi Favorite telah pun dibuka di www.remaja.my/dewi. Korang sudah boleh mula untuk mengundi barisan finalis pilihan untuk dinobatkan sebagai Dewi Favorite 2019 pada malam finale nanti.
Macam mana nak vote?
Berikut kami senaraikan 12 finalis akhir yang bertanding dan hanya klik pada profile mereka untuk membuat undian.
Undian hanya boleh dibuat sekali sehari bagi setiap user. So, jangan malas nak vote setiap hari kalau nak Dewi korang menang kategori ini ya. Hiks!
Jangan lupa saksikan episod seterusnya dalam pencarian Dewi Remaja 2019 yang ditayangkan di Astro Ria (CH104) dan Ria HD (CH123) setiap Sabtu jam 9 malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah enam bulan pencarian dilaksanakan, kini tibalah masa untuk gelaran Dewi Remaja 2022 dikalungkan kepada juara dan penerus legasinya.
Bermula sejak peringkat uji bakat ke empat buat lokasi berbeza yakni di Johor Bahru, Kota Kinabalu, Pulau Pinang dan di Shah Alam, Selangor; perjalanan 16 orang peserta Dewi Remaja 2022 telah diwarnai dengan pengalaman sekali-seumur-hidup yang pastinya tidak akan dilupakan.
Mereka yang terpilih merupakan yang terbaik di antara gadis-gadis tempatan yang mempunyai misi serta keinginan tinggi untuk meningkatkan prestasi serta keupayaan diri demi mengejar kejayaan.
Masih berbekas di minda terhadap reaksi yang diterima sewaktu pengumuman 16 orang peserta ini dilakukan sekitar bulan Jun yang lalu. Rata-rata menyambut baik diversiti yang mengalir dalam kalangan peserta terpilih. Dewi Remaja 2022 membuka pintu serta peluang sama rata terhadap semua gadis remaja di Malaysia dan inklusiviti tersebut telah disemat sejak awal lagi.
Begitupun, Dewi Remaja 2022 hakikatnya masih merupakan sebuah program berbentuk pertandingan dan hanya seorang sahaja yang boleh dinobatkan sebagai juara. Tentunya, debaran terus dirasai kesemua peserta saban minggu apabila mereka diberikan peluang mendalami ilmu bagi setiap aspek pertandingan yang dipertaruhkan seperti aspek fesyen, lakonan, pengacaraan, karakter diri, seni etiquette, komunikasi dan pelbagai lagi aspek lain yang menjadikan seseorang itu selayaknya diangkat sebagai seorang Dewi.
Mereka bertuah kerana perjalanan mereka ini diserikan lagi dengan kehadiran penaja bersama, Kinohimitsu Malaysia yang memberikan tenaga serta aura wanita muda sejati dalam diri masing-masing.
Kinohimitsu menerusi duta jenamanya, Farisha Iris telah banyak menyokong pembabitan setiap peserta sepanjang Dewi Remaja 2022. Korang tentunya masih ingat dengan aktiviti Muay Thai lasak mereka pada episod dua. Ada yang menyerlah, ada yang tersungkur.
Namun yang pasti, masing-masing mengekalkan stamina pada tahap tertinggi dengan adanya Kinohimitsu Bird’s Nest dengan kandungan Kacip Fatimah dan Manjakani. Selain menggalakkan kulit kekal muda, berseri dan halus, minuman suplemen ini juga mempunyai kelebihan dari sudut kesihatan di mana fungsi imunisasi disokong baik dan sistem pernafasan juga lebih teratur.
Dan.. siapa dapat lupakan cabaran pengacaraan di episod empat di mana 15 peserta yang meneruskan cabaran perlu berdepan dengan orang ramai sebagai seorang public speaker.
Apabila tiba masa bagi setiap kumpulan mempersembahkan diri di hadapan orang ramai, mereka tidak lagi merasa tertekan dengan penampilan diri. Ini kerana Kinohimitsu Snow Activ mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi lalu mengekalkan keremajaan kulit. Terserlah terus aura glowing sebagai peserta Dewi Remaja 2022!
Kinohimitsu Malaysia terus mewarnai perjalanan pencarian ini menerusi acara pertunjukan fesyen, Dewi Remaja 2022 x Kinohimitsu Fashion Day Out yang baru-baru ini berlangsung di pusat membeli-belah, Central i-City Shah Alam.
Acara yang mendapat kerjasama daripada para pelajar dan pensyarah jurusan Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian dari Politeknik Ibrahim Sultan, Johor telah menerima sambutan meriah daripada para jemputan serta pengunjung yang menontonnya secara langsung.
Pada acara tersebut, Alyssa Azmi telah dipilih selaku penerima kategori Best Catwalk manakala pelajar yang membawa pulang kategori Best Design pula ialah Hamzah Johan yang rekaannya disarungkan oleh Malle Christian dan Fifi Filan Tisya.
Dengan berbaki hanya dua hari saja sebelum pentas akhir Dewi Remaja 2022, sepuluh orang finalis yang masih meneruskan langkah perjuangan mereka sudahpun bersedia untuk memberikan yang terbaik serta menyerlahkan aura diri masing-masing sebagai seorang juara berpotensi. Siapakah dewi pilihan anda?
Jangan lupa untuk menyaksikan pentas akhir pencarian Dewi Remaja 2022 yang bakal disiarkan secara langsung pada 3 September ini di saluran Astro Ria dan aplikasi Astro Go. Teruskan mengundi peserta kegemaran anda bagi kategori Dewi Favourite pada setiap hari di www.remaja.my/dewi sehingga malam finale.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...